Khamis, 29 Oktober 2009

ABANG DANISH UDAH BOTAK

Balik kerja petang semalam terus bawak danish gi kedai gunting.

Bila cakap kat dia nak botakkan rambut, dia senyum ceria....

Seronok pasal dia dah tak perlu nak garu-garu kepala...

'ready untuk dibotakkan'

Dekat 10 minit menunggu tapi aku tak kisah janji danish botak. Dan yang paling penting KUTU-KUTU itew mesti dihapuskan jugakkkkk!!!!

'misi bermula'

Pstttt masa tunggu amoi ni nak botakkan kepala dia, elok jer kaki dia kat bawah kan. Bila amoi ni dah start operasi, tiba2 kaki danish terangkat ke atas. Adoiiiyaaa, takut ke Danish?? 

'misi berjaya'

Aku sebenornya kan tak bape suka tengok anak bujang aku nie berkepala botak. Sebabnya bila dia takde rambut, dia nampak cam naugthy ckit..... huhuhu.... 

Jangan la lepas ni kepala danish kena serang lagi..... Weiiii kutu, kot ya pun ko nak merayap tak tentu hala, jangan ler atas kepala anak aku.....pi la lepak kat kepala anak orang laen. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku carik ubat kutu kat farmasi. Shampoo A-Lices nie rege dia 13 henggit. Ainie, ain dah beli dah nie, tapi sikat kutu plak takde. Nak kena carik sikat kutu la pulok jawabnya..... 

Shampoo ni takde la aku sapu kat kepala danish tue. Nak buat ape lagi, kan kepala dia dah botak. So syampoo ni utk kegunaan aku ngan hubby kot kot ler KUTU HARAM tue berkenan kat kitaorg plak nanti.

Rabu, 28 Oktober 2009

HELPPPPPPPPPPPPP........

Aku tengah tension tahap gaban neh. Semuanya gara-gara si kerdil ni.

si jantanz

si betina

rope 'dia' kala bermaharajalela - aku rasa cam nak tenyeh2 jer sampai mati

Dekat lima tahun aku anto Danish ke taska, ni kira first taim dia berani serang kepala anak teruna aku tue. Entah anak sapa la yang bawak kutu ni ke skolah idak ler aku tahu. Malas nak menanya kat teacher danish tu sebabnya kepala anak aku dah terkena....

'mangsa serangan'

Yang pasti, skang ni aku rasa 'dia' dah mula nak menguasai rumah aku. Abih la kitaorang wehhh!!! Mana aku nak lari neh!!! Eiiiiiiiiiii geramnyaaaaaaaaaaaa.....

Papepun, aku nak paksa gak hubby gie botakkan kepala danish secepat mungkin. 'Keturunan Hang' terpaksa aku kuburkan. Kalau dah terkena kat kepala aku nanti, takkan aku pun nak berbotak gak!!! Ayoyoyoooo kerja gila namanya tue....

Serius cakap, aku rasa cam kotor jer bila kutu ni ada atas kepala. Susah sebenarnya kita nak control bila anak duk taska or tadika nie. Sama jugak la dengan penyakit berjangkit yang lain. Jadik to all parents kat luar sana yang menyerahkan anak2 untuk dijaga pihak ketiga tue, sila pastikan anak2 korang tidak mendatangkan masalah kepada anak2 yang lain. Bak kata wonderpets, "Apa yang penting KERJASAMA"......

Kepada yang punya pengalaman membanteras kutu-kutu haram nie, pleaseeeee share your experience dgn aku. Nak tau jugak ubat apa yang paling berkesan untuk hapuskan kutu-kutu neh.  

Sedikit info dari google yang mungkin boleh dikongsikan dengan kengkawan tentang KUTU HARAM ni. 

*************************************************************************************

KUTU KEPALA

Kutu kepala adalah sejenis parasit yang menghisap darah. Kutu betina mengeluarkan lebih kurang enam telur setiap hari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala tiada kaitan dengan kebersihan. Orang yang bersihpun mengalami masalah ini. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
 

Tanda-tanda

1) Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.

2) Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.

3) Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

Apa yang boleh anda lakukan?

1) Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.

2) Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.

3) Basuh cadar dsb dengan air panas.

4) Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.

5) Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya. 

Ubat-ubat kutu yang boleh digunakan

I) Crotamiton.

II) Benzene hexachloride.

III) Malathion.

Ada di antara produk ini dalam bentuk shampo(A-Lices), krim (Eurax), losyen (Ridped)dan gel rambut (Jacutin). Sila baca aturan menggunakannya kerana ia berlainan antara produk-produk yang ada. Contohnya, ada di antara produk ini terpaksa diletakkan pada kepala selama sehari semalam. Ada yang mesti digunakan sekali seminggu, dsb.

Jangan gunakan jenama yang mengandungi bahan yang sama setiap masa untuk mengelakkan kutu menjadi resistant. Contohnya, sekiranya pada kali ini anda menggunakan bahan yangmengandungi Benzene hexachloride, pastikan anda menggunakan jenama yang mengandungi Malathion pula bila masalah ini terjadi semula.

Semua ahli keluarga hendaklah dirawat pada masa yang sama kerana kutu mudah merebak.

p/s: sources fr google 

Selasa, 27 Oktober 2009

LOVELY DOTER

Entah nape aku suka sangat dengan picas nie...

Salah satu picas terbaru anak dara kesayangan hamba....hiks

Wallpaper handphone aku letak picas nie, kat pc pun picas ni jugak..

Tak tau ler nak cakap ape tau....

Bila tengok picas nie, hati yg sedikit panas leh jadik sejuk......

Fikiran yg kusut pun tetiba tenang......

Duhai Sarah..... moga jadi anak yang solehah penyejuk hati mama dan ibu... 

P/S: Bu, nape lama tak update blog?? lappy rosak ke, internet problem?? 

Isnin, 26 Oktober 2009

YANG HANGIT DAN HANGAT SEMALAM....

Abaikan tajuk yang sangat tak boleh blah tue...

Sentappp betul kan...

Psttttt aku nak citer nie..... memang hangittt lor

Alaaa pasal lontong ngan telur basi ari tu ler...

Pagi semalam, aku singgah warung akak tue...

(hahahhahhaaa....ari tu selamba jerk panggil dia makcik kan, kes tak pueh ati punya pasall)

Dah ler beratus kali berkira-kira nak singgah ke tak, at last singgah jugak...

Aku bukan takott tau, cuma tak sampai hati nak malukan kakak tu depan customer lain...

Tak suka la tabur-tabur pasir dlm periuk nasik orang nie...

Masalahnya, selagi aku tak cakap, selagi tu hati aku rasa tak tenteram....

Sooooo kuatkan semangat, singgah jugak ler....

Lepas tengok customer dia dah takde, aku pun susun la kata-kata...

Aku: Kak, lontong yang saya beli ari tue, telur dia masam la....

Akak Lontong: Eh ye ke? takpe la akak ganti telur lain ya

Pastu terus aku diammm....

Aku sangatt sakit hati tau sebab dia takde pun nak mintak maaf ngan aku.

Kalau takat telur rebus sebiji tu, kat rumah saya pun berlambak kak, sampai expired lagi tak termakan....

Tak faham aku dengan sikap orang berniaga mcm nie...

Dah la tak pernah nak akad jual beli...

Asyik-asyik aku gak yang cakap kat dia "saya beli"

Mencikkk tau!!!! 

Tak nak singgah, kadang aku kesian gak ngan kakak nie sbb dia ibu tunggal...

Susah payah bangun pepagi carik duit nak tangung anak2 dia....

Takkan sbb kesilapan kecik tue, aku nak hukum dia kan...

Entah ler, penat otak aku nak fikir......

Kalau korang la, korang wat camne??

Blacklistkan kedai dia ke???

*****************************************************************************

Apa plak yang hangat semalam yerk!!!!

Pasal Ganu berjaya kalahkan Selangor ke???

Ohhh tidak!!!! Berita itu udah basi dong!!!!

Sabar sis_nita yerk...... takmo nanes-nanes balik peti ess okeh....

Yang ini lagik hangattt..... sehangat goreng pisang panas sis aryanni tu ha!!!

Tapi pada aku jer ler.....hahaha......

Alaaaa sebenarnya adik aku yg en. somi dia kat arab saudi tu dah confirm pregnant anak ke dua...

So next year, InsyaAllah dapat la sorang lagik anak sedara....

Bak kata ainie bertambah la lagik dua sampul duit raya......qiqiqi....

Itu jer la citernya.....

 

Khamis, 22 Oktober 2009

AGUNGNYA CIPTAANMU YA ALLAH

(sila on kan speaker anda dan tonton dengan penuh kosentrasi)

Tiada kata-kata yang dapat aku lakarkan bagi menggambarkan betapa tersentuhnya perasaan. Alangkah Agung dan Besarnya kuasaMu Pencipta. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menandingiNya. 

Bila menatap video ni, teringat aku saat mengandungkan permata hati. Terkenang juga pengorbanan ibu membawa kita di dalam rahimnya. 

Sungguh ia pengalaman yg begitu berharga. Tidak kan mungkin dapat ditukar ganti dengan wang berjuta. 

Terbayang seketika saat kuat dan cekalnya 'dia' berjuang seorang diri untuk menemui kita. Dialah anugerah terindah dan teristimewa.  

Apa yang buat aku sedih dan terkilan, bila terkenangkan nasib malang bayi-bayi yang tidak berdosa dicampak dan dibuang tanpa rasa belas kasihan oleh darah daging sendiri.

seperti ini...

ini....

dan ini.....

Kemanakah hilangnya perikemanusiaan seorang manusia sedangkan binatang sendiri sangat menyayangi anak-anaknya.

Semoga video ini memberi pengajaran kepada kita semua. Sayangilah anak-anak kita kerana dialah PERMATA yang begitu berharga.... 

p/s: sumber from you tube & google

ORANG BARU.....

Pagi ni dapat khabar gumbira dari adik aku yang my sil dah selamat melahirkan anak kedua kul 10 malam tadi.

Syukur kedua-duanya selamat dan paling mengembirakan abang aku dah dapat sepasang. Kalau yang sulung ari tue lelaki, kali ni gegirl pulak.

Dengan kelahiran baby ni jugak, maka bertambah ler sorang lagi cucu orang tuaku menjadikan jumlahnya empat lelaki dan empat pompuan... Chantek punya angka kan....

Untuk mereka berdua yang tengah sonot-sonot dgn baby baru tue, TAHNIAHHHHHHHHHHH...... 

Rabu, 21 Oktober 2009

HADIAH UDAH SAMPAI....

Baru jer lepas jawab mesej Rina a.k.a. cutemiut78 kat chatbox semalam, tetiba ofismate datang bawak surat.

Yihaaaaaa..... adiah yang Rina kirimkan dah sampai. Hari tu kan aku berjaya capture nombor bertuah kat blog dia, ingat tak?

Ini la hadiahnya. Cantik kan kan.....

"Rina, thank u soooo much. Thank you..... thank you".

Sangat la happy dan seronok dapat hadiah ni.  

Pandai sungguh Cik Puan Rina kita pilih hadiah.

Macam tau-tau plak aku belum ada lagi koleksi brooch macam ni. Sukaaaaaanyaaaaaa.....

Selasa, 20 Oktober 2009

GELI TAK??

Apa perasaan korang agaknya bila tetiba jer nampak binatang ni kat atas lantai rumah korang?

Takpun korang nampak binatang ni sedang syiokkk merayap kat atas sofa macam ni?

Kalau tanya aku, serius cakap aku geliiiiiiiiiiiiiii. Tapi itu kalau terpijak atau tetiba dia panjat atas badan aku la. Kalau just pandang macam ni jer, aku tak rasa pape pun. 

Korang jangan risau ya, binatang ni tak kan sampai nyer kat rumah korang sume. Aku dah siap kurung kat dalam peti besi rumah aku tuh.... confirmmmm dia tak leh lepas kemana-mana.

Tak tau ler kot-kot binatang ni ada magic kan.  Tak pun bebudak berdua tu yang bersekongkol pakat lepaskan binatang ni. Nak buek camne, ni ler geng paling hot depa berdua tuh.   

Tak caya????

Lihattttt....... ini buktinyaaaaa.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

'chantekk punya pose-ngajor binatang tu terbang'

"mati lor pegang pale dia gitu nak oiii"

Dan aksi yang lagik ganasssss

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

"relek jer binatang ni panjat kat badan dia-very the suka kan"

"meh landing kat sini meh"

"eiii geram jer tengok ekor dia"


"panjang sangat lidah dia....geget kang"

"comolot sikit yer"

Yang paling aku gerammm selamba badak kadang tue budak berdua ni duk baling binatang tue kat aku.

Tension mama tau!!! Geli wehhhhh!!!! Dah ler lembik!!!

p/s: sila abaikan keseksian anak dara aku yerk..... ralit duk bermesra-mesraan sampai terlupa terselak seluar kecik!!!

Isnin, 19 Oktober 2009

GALERI SENI WARISAN TERENGGANU

Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila pertama kali masuk dalam bangunan ni adalah:

"Wowwww!!! Chanteknya.......Chanteknyaaaaaa"

Apa sebenarnya yang buat aku sangat kagum tu???

Ini la sebenarnya......

Terkesima tengok betapa kretip dan inovatipnya orang2 kita dalam bidang senireka ni...

Korang nak tengok jugak ke????

Jom kita cuci mata....

Semua hasil rekaan ni adalah pemenang Anugerah Seri Iman dari tahun 2005 - 2008.  

Percaya tak kalau aku cakap songket ni berharga puluhan ribu ringgit? Pertama kali aku tengok tau. Songket dengan benang emas ni dihasilkan oleh Habibah songket, salah seorang pengeluar songket terkenal di Terengganu.  

Ahad, 18 Oktober 2009

EKSYENNYA DIA...

Kemain lagik minah ni skang tau. Kalau naik kete dia dah takmo duduk atas riba mama dia lagik dah. Dia start demand nak duduk seat belakang sesama ngan abang pulak.

Aku bukan apa la kan, risau jugak kot2 hubby tertekan emergency break ke hapa, tak pasal-pasal menonong ke depan minah ni kan.  Kalau nak duk kejap-kejap tue boleh la ya dik non, lama-lama sorry naik lorryyyy....

Suka la tu, mama ikut cakap dia. Baik duk diam-diam, kang mama tarik pi depan ni balik baru tau!!!!

Bila aku pas dia ke seat belakang, punya la behave minah ni. Korang tahu tak pasal apa?? hahahahaaaa.......dia tak berani nak melasak pasai dia takut jatuh. Asal rasa cam terhoyong-hayang sikit, sibuk duk jerit nak duk ngan mama balik... tu la eksyen lagik lain kali.

Apa yang aku kadang tak berapa berkenan ni ha!! Bila dua-dua dah duk dekat, mula la nak start adegan gado-gado, rebut-rebut.  haiahhhh......mcm ni ha, abang duk menganjing kat adik gula-gula sebijik, yg adik pulak apa lagik, sakan mengamuk selagi orang tak kasi....

"dah habis"

Untuk elakkan aksi-aksi yang lebih ganaz dan diluar kawalan harus la mama kena jadik pengadil kan. Gula-gula sebijik dibahagi-bahagikan dan yang selebihnya mama la yang telan..... hahaha..

Gitu ler gaya minah kecik tiap kali mama  cakap 'dah habis'. 

Jumaat, 16 Oktober 2009

ADA-ADA AJER....

Aku nak tanya nie....

pernah tak???

bila korang bangun tido dan nak mandi...

korang jadik camni....

*

*

*

*

*

*

*

korang mesti gosok gigi dulu kan kan....

masa korang nak ambik berus gigi tu kan....

terambik berus lantai.....hahaha...

tak pun, masa nak ambik ubat gigi tu kan,

terambik pencuci muka.....kui kui kui.... 

tak punnnn, masa nak ambik sabun mandi tu kan,

terambik syamphoo rambut......kahkahkah.....

tak pun korang tenyeh jer shampoo tu kat badan..... kuang kuang kuang....

NI BUKAN CITER MEMAIN TAU!!!!

serius pernah berlaku kat diri aku sendiri....harharhar

masa nak ambik ubat gigi, terambik pencuci muka...

yer la, dah masa tu aku pakai pencuci safi tiub tue...

dan dan ingat tiub ubat gigi....

nasib baik tersedar......kalau idak wajib muntah.....

pernah jugak nak tekan botol sabun....

tertekan botol syamphoooo.....

nasib baik jugak tak sempat gosok kat badan....

ntah pape kan kan.....

agak-agak la kan.... apa masalah aku ni??

masih lagi dibuai mimpi ke.....

very the verangan yg tak sudah sudah.....

Khamis, 15 Oktober 2009

SAKIT PERUT

Entah apa yang tak kena pagi nie..

Subuh hari Danish dah melalak panggil nama aku...

Lenguh-lenguh kaki katanya..

Tak sampai sepuloh min, nama aku dipanggil lagi...

"mama.....danish sakit perut"

Aku paksa hubby bangun temankan dia ke bilik air...

Dekat sejam budak tu bertapa........

Entah apa yang dibuatnya pun aku tak tahu...

Bila dia keluar aku tanya "sakit lagi ke?", dia angguk ajer....

Aku suruh dia tidor balik lepas sapukan minyak ubat dan gosok bagai.....

Dan pagi ini.....

Sebelum ke tadika dah masuk tiga kali dia duk ulang alik masuk toilet....

Muka tak bermaya dan asyik baring jer.....

Aku tinggalkan dia di tadika dgn pesanan kat cikgu dia yg danish tak sihat dan sakit perut

Sempat jugak mintak cikgu dia bagi minum lebih banyak air masak....

Dan yang nyata bukan dia ajer yang kena......

Aku turut terkena tempias yang sama..

Apakah kerana apa yg kami kongsi makan malam tadi.....

Aku yakin dan pasti itulah puncanya...

Rabu, 14 Oktober 2009

SUNGGUH AKU TERKILAN

Apa agaknya perasaan korang, bila makanan yang korang beli tu tak dapat korang makan?? Tak kira la samada makanan tu ada bendasing ke, basi ke atau sebagainya. 

Semalam aku rasa betul-betul terkilan, sakitt hati, kecewaaaaa dan gerammmmmm. Selalunya, pagi2 aku bese la beli breakfast dengan sorang makcik ni. Apa yang paling aku suka beli kat gerai dia pastinya lontong. Sangat sedap tau!!! Pagi semalam jer aku borong sampai empat bungkus. Dua untuk bekal aku ke ofis dan dua lagi untuk sarah ngan ibu dia. 

Yang buat aku sakitt hati dan terkilan sangat tu, makcik ni jual makanan yang dah tak elok dan sepatutnya dah lama dibuang. Ada ke patut dia masukkan telur yang dah masam dalam lontong tu. Kalau setakat kena satu bungkus jer aku tak kisah lagi, ni dua-dua bungkus sama jer. Nasib baik yang makan tu aku, kalau la budak kecik yang tak tau pape, tak ke naya. Silap haribulan masuk spital kerana keracunan.

'telur memang paling last aku makan, kalau tak dah lama aku termuntah'

Kalau betul pun nak kaut untung lebih, jangan la sampai niaya kat orang. Tak berkat rezeki yang makcik dapat, tau tak?? Sebelum ni pun, kawan hubby pernah cerita pasal makcik ni simpan makanan yg tak habis dia jual dlm peti ais besar. Pada aku tak kisah la kan, janji makanan tu still elok dan tak memudaratkan orang. Bila dah jadi kes macam ni, siapa sebenarnya yang rugi,  dia jugak kan. Ini baru kes yang terkena kat aku, yang terkena kat orang lain, mana kita tahu!!! Boleh lingkup bisness makcik nanti, kalau terus amalkan buat macam nie...

Sayang sungguh hari ni aku terawal ke ofis dan tak sempat menyinggah di kedai makcik tu. Bukan menyinggah untuk membeli sebenarnya, tapi sekadar ingin memberitahu yang makanan yg makcik tu jual semalam benda yang dah basi......tak berniat sekalipun untuk minta diganti, tetapi berharap benda yang sama tidak berulang dan berulang lagi.  

p/s: moral of this story (bawak-bawak ler masak sendiri ain oiiii....ahaks.....) 


ALHAMDULILLAH..........KU MENANG LAGI

Syukur yang teramat-amat syukur kerana kali nie aku berjaya mendapat tempat pertama dalam peraduan anjuran DEARIE LOL sempena dengan ulangtahun kelahiran beliau. 

Mekasih kerana memilih akak sebagai pemenang ya DEARIE... akak memang tak sangka akan menang, sbb kalau tang meletakkan slogan akak memang failed. Tak reti nak mereka ayat bagai. Sudahnya taip ajer la apa yang terlintas di dalam hati... mcm mana DEARIE boleh cair erk....

'wajahku terpampang disitu.....alahaiiii segannyaa..ngeeee..'

Tahniah jugak buat sis nita yang berjaya di kedudukan kedua. Punya gempak dan kecoh blog sis gara-gara nak masuk peraduan teka tarikh lahir LOL kan kan. Lawak jer bila memacam cara dorang suggest camna nak dapatkan tarikh yang tepat tu......sangat enjoy tauuuuu!!!!

Selasa, 13 Oktober 2009

I'M SORRY

MAAF BUAT SEMUA KENGKAWAN BLOGGER YANG DIKASIHI KERANA AKU TERPAKSA MENGURANGKAN SEKETIKA AKTIVITI BERBLOGGING MEMANDANGKAN SEDIKIT SIBUK DENGAN PERSIAPAN JAMUAN AIDILFITRI SERTA SMALL FAMILY DAY YG BAKAL DIANJURKAN OLEH PIHAK SYARIKAT THIS SATURDAY.....

KEPADA KENGKAWAN YANG HANYA SEMPAT KU JENGAH TANPA MENINGGALKAN SEBARANG KOMEN, JANGAN KECIK HATI OK.  JUGA BUAT KENGKAWAN YG BLOGNYA LANGSUNG TAK SEMPAT KU TINGGALKAN SEBARANG JEJAK, NEXT WEEK AKAN AKU QADA' DAN KHATAMKAN SEMUA..... 

INSYAALLAH AKAN KU CUBA UPDATE SEKIRANYA BERKESEMPATAN AGAR KENGKAWAN SEMUA TAK KESUNYIAN BILA KE TERATAK USANGKU NI..... 

SALAM SAYANG...................MMMMUAHHHHH...

Isnin, 12 Oktober 2009

SARAH DAH OK...

Balik kerja petang semalam, otak asyik duk fikirkan masalah sarah. Apa la aku nak buat dengan budak ni. Tetiba hati berdetik untuk cuba sapukan minyak ubat ni. 

'Minyak Penawar Hitam'

Dengan penuh yakin dan berdoa dalam hati agar akan ada keajaiban berlaku, ku sapukan minyak ni kat perut sarah. Alhamdulillah, tak sampai 15 minit dia menunjukkan reaksi nak buang air besar. Syukur tuhan memudahkan usahaku. Syukur juga padaMu Ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku agar mencuba minyak ini. 

Sungguh aku tak sanggup nak lancarkan'roket' yang doktor bekalkan sekiranya keadaan sarah masih tiada perubahan. Bukan apa, aku takut dengan reaksi yang bakal ditunjukkannya. Kalau aku sendiri pun berkerut dahi waktu pertama kali menggunakannya, apa lagi budak sekecik dia.

 "mama....sarah dah ok la"

Dan tepat juga naluri keibuanku yg mengatakan apa yg berlaku pada sarah ni hanya masalah sementara. Mungkin disebabkan dia bakal 'beralih bulan' kerna semalam sarah genap satu tahun tujuh bulan usianya.  

Next entry akan aku kongsikan dengan kengkawan sedikit pengalaman menggunakan minyak penawar hitam serbaguna ini. 

Ahad, 11 Oktober 2009

MASALAH PERKUMUHAN SI DIA.....

Aku sedikit gusar dan bimbang.....nampaknya masalah yang menimpa Catlina dan jugak Min turut menimpa aku, cuma situasinya ajer yang berbeza.

Catlina dengan masalah baby E-ein yg kerap membuang air besar. Min pulak dengan masalah Arifa Dalila yang membuang air besar dgn najis bercampur sedikit darah.  

Dan aku sendiri......dengan masalah Maisarah yang lebih seminggu masih jugak tak buang air besar....

Malam tadi aku bawak dia ke klinik. Menurut kata doktor usus dia memang dipenuhi najis dan perut jugak sedikit kembung. Yang sedihnya walaupun dah bagi ubat yg doktor kasi, keadaan dia tetap sama. Syukur jugak dia tak meragam maupun menangis, kalau tak, tambah tak keruan aku jadiknya.......

'Pilihan pertama'

'Pilihan kedua'

Sekiranya, sehingga esok dia masih berkeadaan yg sama, aku akan mencuba pilihan kedua. Melancarkan peluru berpandu yg memang dah distandby oleh doktor bila ubat minum tidak menunjukkan sebarang kesan..... 

Semoga segala usaha dan ikhtiarku berjaya...........aminnnnnn

Rabu, 7 Oktober 2009

BABY IN GOWN CONTEST

Aku terjebak lagiiiiiiiiii walaupun kalah dan terus kalah. Tak kisah pun sebenarnya sebab join sekadar suka-suka.

Kali ni nak memenuhi undangan Miera untuk join Baby in Gown Contest.

Jom kita tengok syarat-syaratnya:

1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..
( Sempena My Besday )

2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda..

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini 

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja..

Pertaruhannya adalah:

*

*

*

*

*

*

Nama Baby: Nur Atikah Maisarah Binti Iskandar

D.O.B: 11 March 2008

Yang ni kira pic. latest Sarah. Aku snap masa majlis sambut menantu kat rumah MIL Sabtu (3 oct. 209) lepas.  Nasib baik jugak dapat snap, kalau tak tak dapat la nak join kontest Miera. Serius cakap, akak memang takde koleksi pic. Sarah pakai gaun dik.

Kepada kaum ibu semua, jom kita meriahkan kontest kat blog Miera ni. Tapi untuk mereka yang memiliki baby gegirl jer la. Takkan nak pakaikan gaun kat baby boy plak kan. Tak Sesuweiiiiiii tau.....

Selasa, 6 Oktober 2009

DIALAH PENGGANTI BUAH HATIKU

Hari ni, 'SIRIM' dengan suka hatinya memberikan green light kat aku..

hehehe.....

Persoalan akhirnya terjawab jua....

Ku temui sahabat baru, pengganti buat hati 'Norkiah' kesayanganku

'Mek Kiah'..... maaf kerna ku masih kekok berganding denganmu...

Ku perlu masa untuk menjadi pendamping setiamu....

Semoga kita serasi bersama...

Thanks to my dear hubby yg rela hati serahkan 'Mek Kiah' padaku...

InsyaAllah, akan ku jaga dan ku guna ia sebaik mungkin sebagaimana 'Norkiah ku dulu...



p/s: image fr google, me punya malas lak nak snap bagai. ku belum jatuh hati sebenarnya..... 

Related Posts with Thumbnails