Isnin, 12 Oktober 2009

SARAH DAH OK...

Balik kerja petang semalam, otak asyik duk fikirkan masalah sarah. Apa la aku nak buat dengan budak ni. Tetiba hati berdetik untuk cuba sapukan minyak ubat ni. 

'Minyak Penawar Hitam'

Dengan penuh yakin dan berdoa dalam hati agar akan ada keajaiban berlaku, ku sapukan minyak ni kat perut sarah. Alhamdulillah, tak sampai 15 minit dia menunjukkan reaksi nak buang air besar. Syukur tuhan memudahkan usahaku. Syukur juga padaMu Ya Allah kerana memberi petunjuk kepadaku agar mencuba minyak ini. 

Sungguh aku tak sanggup nak lancarkan'roket' yang doktor bekalkan sekiranya keadaan sarah masih tiada perubahan. Bukan apa, aku takut dengan reaksi yang bakal ditunjukkannya. Kalau aku sendiri pun berkerut dahi waktu pertama kali menggunakannya, apa lagi budak sekecik dia.

 "mama....sarah dah ok la"

Dan tepat juga naluri keibuanku yg mengatakan apa yg berlaku pada sarah ni hanya masalah sementara. Mungkin disebabkan dia bakal 'beralih bulan' kerna semalam sarah genap satu tahun tujuh bulan usianya.  

Next entry akan aku kongsikan dengan kengkawan sedikit pengalaman menggunakan minyak penawar hitam serbaguna ini. 

16 comments:

sis_nita berkata...

syukur alhamdullilahh..

urmmm..

kekadang mmg camtu dik..

kata orang..

nak tambah akal..

honeylanz berkata...

beli kt mn nih?

arryani berkata...

jgn lupa bg dia bnyk mkn buah..

Mama Qaseh berkata...

Alhamdulillah dah ok..usaha byk2 tuk cba apa cara pn k..Kalau baby sakit perut susah nk buang len x Ain sapu myak kt perut n urut betis dia cba rasa msti keras dn tegang tu tnda memg dia skit perut n susah nk berak tp pastu kalau dia dh buang Ain urut kt betis tue sure dh lmbut kaki dia tu tnda perut baby dh ok..
Kita pn kalau sakit perut sapu myak d betis n urut2 kt citu msti lega pastue..

ibu_arifa berkata...

yeyeh...sarah dah 'membuang' dah seminggu dia 'simpan' tuh..senang sikit hati dgr:)

LotsOfLove-Pearls berkata...

Dear Kak,
Mm..
Thank God Sarah dah ok.
Patut ar lama xkunjung blog LOL.
Hehehe..

Aku dan Sarah hampir2 berkongsi tarikh lahir yg sama. Hehe..

ummumishkah berkata...

Bagus lah Sarah dah OK, Kami pun guna minyak ni.. mak yang supplykan.. :). Memang elok pun...

ainie aziz berkata...

syukur sarah dah ok. pas ni jangan buat mama susah hati lagi tau!

aini pun ada minyak ni. beli dekat makcik yang mengurut masa bersalin adam dulu. mmg best pakai minyak ni.

QuEeN Of 2 Heroes berkata...

alhamdulillah...sarah da ok..
bagus la ubat tu.....

Softtouch [Hanim] berkata...

alhamdulillah dah elok dah sarah yer..agaknya kat kedai jamu2 kot ade nie..nak belilah jgk buat stok kan...

UnGu VioLet berkata...

Alhamdulillah, adik sarah dah ok yer..

Zareda Norman berkata...

alhamdullillah dah lega sarah ek...

LiNda berkata...

Salam ziarah...

Alternative lain ... berikan jus Orange Sunkist 1 or 2 sudu . Insyallah..

Syuhada Kamal berkata...

salam singgah,

anak sy pun pakai minyak ni, fungsi sama cam minyak yuyi, mmg elok..lagi2 kalu kene kembung perut..minyak tu adik ipar dr trggu yg bg, kat sini tak pernah jumpa lg..:)

Mama-Danish & Sarah berkata...

sis_nita: gini ke gayanya budak nak tambah akal kak.....payah jugak ya....

honeylanz: has, selalunya ain order dgn mak jer...tapi susah jugak nak dapatkan bekalan ubat ni. kadang ada kadang tu takde.

kalau dekat kedai atau farmasi, tak pasti la ada jual ke tak..

sis arryani: baik sis....akan ku lakukannya..

Sya: setuju ngan sya... masa urut perut sarah memang terasa keras. yg peliknya mcm mana dia boleh aktif mcm biasa. langsung takde tanda dia tak sihat atau tak selesa....

Min: semalam memang kerja 'membuang' jer dak sarah tue....dekat 10 kali jugak tapi dgn kuantiti yg sikit. paling last dan banyak sblm tido mlm tadi....

LOL: so sorry dearie....mood akak jadik tak menentu dengan masalah nie...

syukur segalanya dah berlalu...

ummumishkah: ain memang sentiasa pastikan minyak ni ada dlm simpanan peti ubat kat rumah....banyak kegunaannya dan sangat mujarab.

ainie: fofular jugak minyak ubat ni ya....ingatkan takde yg guna....

sangat sesuai utk urut mengurut kan ainie..

Nadia: memang bagus dik...kena cuba baru tahu kebaikannya..

Hanim: memang patut wat stok kat rumah.... rege dia pun murah sangat..

Mar: Thanks mar.... lamanya akak tak jenguk mar. nanti akak singgah ya...

Kak Zar: syukur sesangat....keadaannya back to normal kak....

Linda: tq singgah.... idea yg sangat bagus.

akan kucuba sekiranya perkara yg sama berulang lagi.

thanks dear....

Syuhada Kamal: Salam kenal utk Syuhada,

agaknya minyak ni memang banyak dijual kat ganu kan... tapi kena dapatkan dari bidan kampung, bomoh ataupun tukang urut...dekat farmasi mungkin payah sikit nak jumpa...

bintangku berkata...

tak pernah jumpa pun minyak nie. B'kesan jgk erk.. kene beli jgk nie simpan kat umah... ermm... mana leh dpt erk minyak nie?

Related Posts with Thumbnails