Rabu, 14 Oktober 2009

SUNGGUH AKU TERKILAN

Apa agaknya perasaan korang, bila makanan yang korang beli tu tak dapat korang makan?? Tak kira la samada makanan tu ada bendasing ke, basi ke atau sebagainya. 

Semalam aku rasa betul-betul terkilan, sakitt hati, kecewaaaaa dan gerammmmmm. Selalunya, pagi2 aku bese la beli breakfast dengan sorang makcik ni. Apa yang paling aku suka beli kat gerai dia pastinya lontong. Sangat sedap tau!!! Pagi semalam jer aku borong sampai empat bungkus. Dua untuk bekal aku ke ofis dan dua lagi untuk sarah ngan ibu dia. 

Yang buat aku sakitt hati dan terkilan sangat tu, makcik ni jual makanan yang dah tak elok dan sepatutnya dah lama dibuang. Ada ke patut dia masukkan telur yang dah masam dalam lontong tu. Kalau setakat kena satu bungkus jer aku tak kisah lagi, ni dua-dua bungkus sama jer. Nasib baik yang makan tu aku, kalau la budak kecik yang tak tau pape, tak ke naya. Silap haribulan masuk spital kerana keracunan.

'telur memang paling last aku makan, kalau tak dah lama aku termuntah'

Kalau betul pun nak kaut untung lebih, jangan la sampai niaya kat orang. Tak berkat rezeki yang makcik dapat, tau tak?? Sebelum ni pun, kawan hubby pernah cerita pasal makcik ni simpan makanan yg tak habis dia jual dlm peti ais besar. Pada aku tak kisah la kan, janji makanan tu still elok dan tak memudaratkan orang. Bila dah jadi kes macam ni, siapa sebenarnya yang rugi,  dia jugak kan. Ini baru kes yang terkena kat aku, yang terkena kat orang lain, mana kita tahu!!! Boleh lingkup bisness makcik nanti, kalau terus amalkan buat macam nie...

Sayang sungguh hari ni aku terawal ke ofis dan tak sempat menyinggah di kedai makcik tu. Bukan menyinggah untuk membeli sebenarnya, tapi sekadar ingin memberitahu yang makanan yg makcik tu jual semalam benda yang dah basi......tak berniat sekalipun untuk minta diganti, tetapi berharap benda yang sama tidak berulang dan berulang lagi.  

p/s: moral of this story (bawak-bawak ler masak sendiri ain oiiii....ahaks.....) 


16 comments:

sis_nita berkata...

urmmm..

tu laaa.. len kali masak sendirikk yerr ain..

mmm.. mana laa tau.. Dearie LOL bagikk hadiah cenggini..

tmpt petama - ko dpt dapur gas..
tmpt kedua - akak dpt tong gas..

jadikk.. kita leh masak lontong sesama..

amacammm..

bernas tak idea akak ko ni haa..?

Mama-Danish & Sarah berkata...

sis_nita: bijak...bijak....bijak.....

bijak nau kakak aku neh. takde yang lebih bijak dari yg bijak bijak melainkan bijak bijak belakaaaaa.... berapa banyak bijak daaaaa...

ain sokong cadangan sis tue.....

Dearie, sila adiahkan kami dapur ngan tong gas supaya kami leh masak lontong sesama dan bukak kedai lontong sebelah warung lontong basi makcik tuh!!!

ain gerenti makcik tu mesti tutup kedai, pasai semua customer dia serbu kedai kita....

untungnya kita serahkan kepada Dearie lol untuk disumbangkan kepada tabung gempa di padang indonesia.....

SOKONGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!

neezareef berkata...

eeeii x baik la cmtu kan..
sbb tu la nk nega kena la ikhlas btl2

penah gak kena camnie..nk wat camne sory la peniaga tu termaki..hehehehe

ninie's corner berkata...

klu niaga mknan mmg kena hati2.....sbb mknan tu akan masuk ke dlm perut.....
klu mknan dah basi.....silap ari bln mmg bleh kena keracunan mknan.....
cuba bayangkan klu yg kena tu anak kite.....
eee.....mintak dijauhkan la..........
rase nyer......ain patut bgthu makcik tu.....
klu betol silap dia......mudah2an lepas ni dia tak wat lg.........
tp klu dia tak sengaja.....maafkan la.......

POSH76 berkata...

ni mmg kureng asam tullah...ari tu i kena laksa..ikan dah busuk...eeee bodo punye org..camno nak tulun org melayu maju...nipu jer

salam kenal...

ainie aziz berkata...

huhu sabo je la ek ain. mesti dah berkobar2 nak ngadap lontong tu kan? takpelah ain, takde rezeki la maknanya tu. nak lagi sodap, buekla sdiri. kah kah kah!

QuEeN Of 2 Heroes berkata...

pas tu mak cik tu cakap ape kak?
sy pun pernah kena cam tu gak kat kl nih...cehh kurang asam tol...pas tu terus saya x gi situ dah...

Softtouch [Hanim] berkata...

org berniaga kan...untung je pk..agaknya dia amik telur org kawin kot..dia simpanlah buat stok menjual dia..sabarlah yer ain..lenkali jgn beli kat dia

CuTeMiUt78 berkata...

eemmm... tak patut makcik tu buat camtu.. kena la beritahu makcik tu ain.. kot la kena kat orgl lain.. kan dah kes naya tu.. nak cari rezeki tu.. biar la ngan cara yg elok

Mama-Danish & Sarah berkata...

neezareff: selalunya orang yg berniaga dengan ikhlas, pulangannya dapat kat dia balik...

pelanggan makin ramai dan jualan pun bertambah laku...betul tak?

nini: niat dihati memang nak cakap dekat makcik tu, tapi bila fikir dua tiga kali, jadi serba salah jugak ni....

bukan apa la kan, bila cakap takut ada yg terasa dan kecik hati, tapi kalau tak cakap, di lain hari pasti perkara ni berulang lagi....

mungkin jugak makcik tu tak sedar agaknya telur tu dah tak elok, tu yg dia main masuk jer dlm plastik lontong tue...sedih sungguhhh...

POSH76: salam kenal jugak dear,

peniaga memang mcm ni agaknya, pentingkan keuntungan semata-mata....

kalau taim bulan puasa kes mcm ni lagi berleluasa kan....

betul2 wat niaya kat orang..

ainie aziz: masalahnya dah siap melantak baru terkena....

ain kalau makan lontong, memang telur paling last ain makan...kalau tak awal2 lagi dah termuntah aini....huhuhu....

nadia: akak blm jumpa dgn makcik tu lagi dik, nanti akak story mory k....

jawabnya, lepas ni takde mood dah nak beli kat sini lagi...

atie berkata...

Salam Ain,

Sennarai hitamkan peniaga itu..... kalau saya itu ajelah caranya.....

cHeRyNa PiReS berkata...

mama, mmg begitu pon...kita nak cakap apa lagi...ada org taknak rugi. contoh, angkat kuih...lepas tuh jatuh kat tanah...angkat balik pastu jual...pon tak elok kan?

* kita doakan diorg amik pengajaran..
* thanks sbb wish buffday sha!:)

Mama Qaseh berkata...

La ciannnya..kalau saya pun sure naik angin n kecewa msa tue..yea lah kita bli mknanan tu kn gna duit bkn mntak free jer kan..
Dh tau cmtu len x tkyah bli lagi laa Ain..t tk pasal keracunan mknan plak next time kan

LiNda berkata...

ain..

Lenkali berhati2 tau ..
bahaya weii..
kang tak pepasal kena keluar masuk toilet.

so.. marilah kita memasak ! hehe

Mama-Danish & Sarah berkata...

atie: tq singgah teratak ain,

nampak gaya itu jer la caranya...tapi nak singgah jugak sekali lg sbb nak cakap pasal benda ni...

teringin nak tengok respon dia mcm mana...

Sha: betul cakap sha, kita sekalipun, even makanan jatuh atas lantai dah siap ajar kat anak suruh buang sbb dah terkena kuman...

dorang ni pulak, makanan dah jatuh atas tanah selamba jer ambik dan jual balik....takde kesedaran langsung utk jaga kebajikan orang lain....

Sya: jawabnya ain kena la kursus masak lontong sendiri sbb kat situ jer ada jual lontong....

agak-agak sapa la nak jadi tunjuk ajarku sifu....hihihi...

Linda: hi kak, tq singgah blog ain...

jom masak kak!!! kita masak lagi best dan sedappppp kan kan....

yang penting kebersihan memang first kelasssssss.....

Ms AiReEn MoHd berkata...

ishkk mmgkuang ajo la gitu ekk...ade lakbende makan nak wat gini tak patut ek kakak

Related Posts with Thumbnails