Rabu, 28 Oktober 2009

HELPPPPPPPPPPPPP........

Aku tengah tension tahap gaban neh. Semuanya gara-gara si kerdil ni.

si jantanz

si betina

rope 'dia' kala bermaharajalela - aku rasa cam nak tenyeh2 jer sampai mati

Dekat lima tahun aku anto Danish ke taska, ni kira first taim dia berani serang kepala anak teruna aku tue. Entah anak sapa la yang bawak kutu ni ke skolah idak ler aku tahu. Malas nak menanya kat teacher danish tu sebabnya kepala anak aku dah terkena....

'mangsa serangan'

Yang pasti, skang ni aku rasa 'dia' dah mula nak menguasai rumah aku. Abih la kitaorang wehhh!!! Mana aku nak lari neh!!! Eiiiiiiiiiii geramnyaaaaaaaaaaaa.....

Papepun, aku nak paksa gak hubby gie botakkan kepala danish secepat mungkin. 'Keturunan Hang' terpaksa aku kuburkan. Kalau dah terkena kat kepala aku nanti, takkan aku pun nak berbotak gak!!! Ayoyoyoooo kerja gila namanya tue....

Serius cakap, aku rasa cam kotor jer bila kutu ni ada atas kepala. Susah sebenarnya kita nak control bila anak duk taska or tadika nie. Sama jugak la dengan penyakit berjangkit yang lain. Jadik to all parents kat luar sana yang menyerahkan anak2 untuk dijaga pihak ketiga tue, sila pastikan anak2 korang tidak mendatangkan masalah kepada anak2 yang lain. Bak kata wonderpets, "Apa yang penting KERJASAMA"......

Kepada yang punya pengalaman membanteras kutu-kutu haram nie, pleaseeeee share your experience dgn aku. Nak tau jugak ubat apa yang paling berkesan untuk hapuskan kutu-kutu neh.  

Sedikit info dari google yang mungkin boleh dikongsikan dengan kengkawan tentang KUTU HARAM ni. 

*************************************************************************************

KUTU KEPALA

Kutu kepala adalah sejenis parasit yang menghisap darah. Kutu betina mengeluarkan lebih kurang enam telur setiap hari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala tiada kaitan dengan kebersihan. Orang yang bersihpun mengalami masalah ini. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
 

Tanda-tanda

1) Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.

2) Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.

3) Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

Apa yang boleh anda lakukan?

1) Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.

2) Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.

3) Basuh cadar dsb dengan air panas.

4) Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.

5) Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya. 

Ubat-ubat kutu yang boleh digunakan

I) Crotamiton.

II) Benzene hexachloride.

III) Malathion.

Ada di antara produk ini dalam bentuk shampo(A-Lices), krim (Eurax), losyen (Ridped)dan gel rambut (Jacutin). Sila baca aturan menggunakannya kerana ia berlainan antara produk-produk yang ada. Contohnya, ada di antara produk ini terpaksa diletakkan pada kepala selama sehari semalam. Ada yang mesti digunakan sekali seminggu, dsb.

Jangan gunakan jenama yang mengandungi bahan yang sama setiap masa untuk mengelakkan kutu menjadi resistant. Contohnya, sekiranya pada kali ini anda menggunakan bahan yangmengandungi Benzene hexachloride, pastikan anda menggunakan jenama yang mengandungi Malathion pula bila masalah ini terjadi semula.

Semua ahli keluarga hendaklah dirawat pada masa yang sama kerana kutu mudah merebak.

p/s: sources fr google 

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

huwaa.... danish harus di botakkan! pastu ain pg cr ubat kt farmasi. kn cepat bertindak!

♥ Che NamNam ♥ berkata...

botak..botakkk..botakkkkkkk....

huhuu..betull tuh botakkan danish..sebelum diyer merebakk..kang sekali ngan ko ponn berkutu jugakk kangg...takper Danish lelaki..botakkk ponn encemm jugakkk...

tuhh la kann..kat pengasuh haku pon ader sorang budak ader kutu..tapi haku dah sound kat makcik tuh suh mak diyer botakkan kepala anak diyer tuhh.kalo takk haku stop hantor anak haku kat situ..

terussss besok tuhhh..dan dan budak tuhh botak..maner tak nyerrr antara semua budak-budak yang pengasuh tue jager Danial ler yg paling mahal haku kasik...sangat rugi la kann kalo haku quit..hikss tau takutt...kahhh main kotorrrr....

Ain berkata...

Honeylanz: rasa cam nak nangis jer tau!!!

tak suka dengan kutu-kutu nie...

kesian jugak bila tengok danish asyik duk garu-garu kepala....huhuhu....

shi3la: wajibbbb dibotakkan secepat mungkin kan...

tak sanggup bior dia duk hisap darah kat kepala danish tue....

nasib aku bayor sama jerk ngan parents lain.... kalau tak harusss aku pun ugut tuan punya taska tue mcm yg ko buat....kahkahkahhhh.....

Dearie Pearls berkata...

Salam Kak,
Kena botakkan ar..

Sebelum berjangkit..

kalau tak seisi keluarga botak..

huhu..

*benarlah kata wonderpet..
kerjasama..

Ain berkata...

LOL: dearie, malang ler nasib kalo ku juga terpaksa botak!!!!

sebelum keadaan bertambah parah, ku harus segera bertindak....

kepala kutu-kutu haram tue akan kubotakkan...

SIAPPPPP KO!!!!!

♥Cik Puan♥ berkata...

ain..azie ada pengalaman jugak..si nonie tue rambut lebat tau lag ssh nak cari ..so azie beli syampu kutu kat farmasi,lepas tue syampu rambut dia & balut dalam 5 minit lepas tue masa nak basuh sikat..insyaallah hilang..1 minggu 2 kali wat..lepas tue mest xde dah.selamat mencuba..

nita berkata...

tul kata dak shiela tu..

baik ko wat cepat..

Nida n' Hanafi berkata...

Salam

EEeeiii...gelinya gambar kutu tu.... hehehe

Kat sekolah sini, siapa yg ada kutu tak boleh pergi sekolah sampai dah benar2 takde kutu.. :-)

QuEeN Of 2 Heroes berkata...

sib baik lelaki...leh la botakkan...kalo girl,ohh no...no..no...huhuhu.patua petui ni sy x tau...hehehe baik gi klinik amik ubat kutu...

Chenta berkata...

cari itu kutu sampai dapat ...serang !!!

ainie aziz berkata...

hmmm...rasanya kalau sayang nak botakkan, try la dulu pakai syampu kutu A-Lices tu. cari kat farmasi. make sure sapu rata kat rambut. biar kan kejap. lepas tu bilas. pastu ain sikat rambut dia dengan sikat kutu tu. kena buat selalu. insya Allah kutu tu akan lenyap selenyap-lenyapnya. tapi kena rajin cari dalam tempoh seminggu tu. ni dari experience aini la. hahaha! mmg penat kalau antar kat tadika. dah hilang, pastu kena lagi, so mmg tak putus kena standby syampu tu kat umah. huhu!

Ain berkata...

azie: betul cakap azie, kalau rambut lebat lagik naya...

tambah syok kutu bermaharajalela...

sis_nita: baekkk sis.... nak wat cepat2 nie..

Nida: bagusnya kalau macam tue, takde la kutu tue merayap kat kepala budak lain...

Ain berkata...

Nadia: ada petua yg akak dpt kat tenet suruh luurkan minyak tanah kat kepala...

ada gak yg pakai spray ridset tue!!

yg terbaik botak aje la rasanya....

Linda: jom serangggggggggggggggg!!!!!

ainie aziz: yang part kejap ilang pastu kena lagi yg wat tak tahan nie... huhuhu...

Related Posts with Thumbnails