Jumaat, 4 September 2009

MUHASABAH DIRI DIPAGI JUMAAT

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud : 

"Wahai kaum wanita, aku lihat 
kamu ini lebih banyak di neraka". 


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang 
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu 
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 
2. Kamu kufurkan kebaikan suami." 


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci. 


YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU 


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." 


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


9 comments:

ainie aziz berkata...

bagusnya entri ni ain. insaf rasanya. memang sesuai untuk bacaan semua kaum isteri. semoga kita tergolong dalam isteri solehah yang tidak membebankan suami. thanks ain for sharing this.

QuEeN Of 2 Heroes berkata...

thumbs up la entri ni... :) menyedarkan kaum2 isteri sume...termasuk saya....parent dan parent in law saya adalah contoh dan panduan utk kami suami isteri menjalani kehidupan yg bahagia ini....

kakzie berkata...

kadang kala sedih melihat kerenah isteri yg selalu mempersendakan suaminya.Tak kurang juga kdg kala mengeluarkan kata-kata yg kurang enak seperti Bodoh etc semata-mata melepaskan perasaan tak puas hati apabila kehendaknya tidak di turuti.Manakala suami hanya mampu mendiamkan diri.Ada juga yang sanggup memarahi suami di depan kawan2 tanpa menjaga maruah suami..banyak kali saya terlihat kes sebegi di depan mata saya.harap saya di jauhkan perbuatan begini pabila berumahtangga kelak..Nauzubillah

ita zakaria berkata...

kak, tersentuh ita bace catitan akak kali nih. terasa kerdil betul diri nih dek mengenangkan salah silap kat suami. huh...banyak yang ita tak tau lagi pasal kerohanian & kesefahaman berumahtangga nih. terima kasih atas entry ini. syahdu pulak di pagi ramadhan nih...

miemiey berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
miemiey berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
miemiey berkata...

hik..hik..kasi tulis baru daa...
tul tu mama...suami perlu dihormati..begitu juga sebaliknya..jgn asyik menuding jari kat isteri jerk..lelaki kan ego tapi berpada2 laa...air muka suami perlu dijaga..jgn duk bercrita keburukan somi..akhirnya air muka n maruah suami sendiri yg jatuh..kl rasa perlu nk mita pandangan sekurang2nya org yg boleh dpercayai dan kaunselor ke...mari laa kita sama2 muhasabah diri agar kita menjadi isteri yg terbaik dimata suami...jadikan kekurangan tu satu kemanisan baru aman umah tga...

honeylanz berkata...

insaf aja baca n3 nih ;)

Mama-Danish & Sarah berkata...

ainie aziz: welcome.....muhasabah diri tu penting kan utk perbaiki kelemahan diri kita..

Nadia: sangat kagum dengan keperibadian isteri-isteri rasulullah..kalaulah kita boleh jadi seperti mereka....alangkah manisnya kehidupan berumahtangga...

kakzie: ada jugak isteri yg dengan selambanya meludah suami didepan mertua....betapa malangnya suami yg punya isteri sebegini...

ita zakaria: dik, semoga kebahagian menjadi milik kita selamanya.....

miemiey: apa yg penting give and take kan bu....

honeylanz: ain pun insaf jugak has....banyak lagi yg perlu diperbaiki....

Related Posts with Thumbnails