Isnin, 18 Oktober 2010

Tarikh Lahir Ajaib dan Istimewa


DETROIT - Dalam sebuah keluarga yang besar, agak sukar untuk seseorang ibu mengingati hari lahir setiap anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi Barbara Soper, 36 dan suaminya Chad Soper , 33, di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS), tugas itu mudah berbanding kebanyakan keluarga lain.

Masakan tidak, anak bongsu mereka, Cearra lahir pada 10/10/10 manakala tarikh lahir abangnya, Cameron jatuh pada 09/09/09 diikuti oleh kakaknya, Chloe yang dilahirkan pada 08/08/08.

"Chloe adalah nombor bertuah lapan, Cameron nombor bertuah sembilan dan Cearra pula nombor bertuah sepuluh," kata Barbara mengenai tarikh lahir mereka.

Menurutnya, dia dan suaminya tidak merancang kelahiran anak-anak mereka manakala seorang profesor di Universiti California, Philip Stark berkata, kebarangkalian perkara itu berlaku adalah 1 dalam 2,500 kelahiran. - Agensi

credits to kosmo online

p/s: tiba-tiba teringat perbualan aku dengan en. is 2 hari lepas. 

"Kalau boleh, abang nak anak kita lepas ni sama tarikh lahir dengan abang"

"Nampak gaya, bulan 12 ni kena planning betul-betul la....." (sambil duk hitung dengan jari anak seterusnya patut lahir bulan 9)

hahaha..... gelak kami tak henggat dunia. Kemain lagi merancang laki bini kanssss..

Apakah aku sudah bersedia sepenuhnya????? Tunggu jer la nanti beritanya macam mana. Papepun aku dah rasa cukup bertuah sebab kedua-dua anak aku lahir pada 11hb sama tarikh dengan abah dorang. Bezanya hanya bulan dan tahun ajer. 

19 comments:

Rohani Hashim berkata...

owhhh sungguh chanteq tarikh lahir dorg kan...huhu

Ain berkata...

suanihanyisterizuki: payah nak jumpa keluarga yang macam ni kan...

LYaFRINA berkata...

wahhh..
bertuah dpt tarikh lahir g2.. kalo g2.. 7 keturunan pon blh ingt..

nmpaknya sarah dah kena bsedia utk jd kakak ni... Ermmm mcm mana kan kalo ada adik?? Insyallah ok semuanya..

lya xleh byg kalo asya ada adik.. hbis la dia kerjakan adik dia, sbb asya mrh kalo papa @ mama dia ambik baby lain.. ada cop HAKMILIK dah tu..

apa2 pun.. gud luck ain...

Ain berkata...

lyafrina: satu dlm seribu keluarga blm tentu dapat tarikh istimewa mcm ni kan....

sarah dah ok skrg ni. dah boleh terima kalau mama atau abah pegang baby....

dia sendiri pun mcm excited kalau ada baby. dapat baby patung pun dia usung ke hulu kehilir...

hahaha....

mama dia jer yang tak berapa yakin dah bersedia ke belum...

cheqna berkata...

amboi..
semoga misi berjaya
chayok chayok

Unknown berkata...

famili ni memang istimewa...
tp walau xde tarikh istimewa tp setiap anak2 adalah istimewa... ;)

Ena berkata...

a'a la.. cantik sungguh tarikh lahir anak2 dorng tu.. ajaib pun ada..

wah dah siap hitung dah tu.. hehehhe

Lily@MamaZaraZareef berkata...

sweetnye tarikh lahir budak2 tuh..=D...mmg special sgt2 kan..

nway, gud luck utk ain jugak..slamat menambah ahli keluarga l..heheh

Unknown berkata...

entah2 dieorg pakat dgn doktor bg tarikh lahir cantik..paksa anak tu kuar dari rahim..huhu

Unknown berkata...

SALAM,
BOLEH JADI MACAM TU ! MACAM TAK CAYA JE ! APAPUN UTK MAMA DS, LF DOAKAN APA YANG DIHAJATI TERCAPAI !

TeacherNunu berkata...

wahhh tarikhnye unik betul..yeee
dah bersedia nak tambah famili
lagi ye..insyaALLAH/Saya ni teringin nak tambah tapi bukan la masa terdekat ni.ira dan ara masih kecil lagi :)

Unknown berkata...

Bestnye diorang..
Congrats coz nk tambah lg..

Softtouch [Hanim] berkata...

sy plak xde lah rancang2 nk tarikh lahir anak ni..sbb tengok2 je dah melekat...he he he..

Fieza79 berkata...

ishh mcm mn leh kebetulan sebegitu ghupa..mmg ajaib..!

::..dYa..:: berkata...

wah, sungguh bertuah nya mereka.
Tarikh lahir senang nak ingat.

mamaarifakeemaisy berkata...

memang takkan lupa la tarikh lahir anak2 camtu...haih bertuah betul! ^_^


hahaha...plan jgn tak plan ain! =P

Zaidah berkata...

cantik tarikh lahir tu....lepas nie nak tunggu ain plak....klu ade any news ...jangan lupa bagitau...

♥ Che NamNam ♥ berkata...

besnyer kalo dapat bersalin taun depannn kannn...3 bulan coti hooo...gempak gempita duk kat umahhh..

NzA berkata...

mrk mmg insan brtuah....

Related Posts with Thumbnails