Aku sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok cerita ni. Memang cukup menyentuh hati dan perasaan, terutamanya part Laila yang tengah sarat mengandung dibunuh kejam oleh perompak bersama anak-anak beliau. Sakitttnya hati aku bila tengok si Mizi tu syiokkk berjimba sedangkan pada waktu yang sama nyawa anak isteri dihujung tanduk.
Keseluruhannya jalan cerita ni cukup terkesan di hati aku. Buat para lelaki bergelar suami, hargailah anak isteri anda sementara mereka masih lagi bernafas. Layan lah mereka selayaknya kerana mereka semua adalah amanat Allah.
Sinopsis Drama Taubat Nasuha (Anugerah Skrin TV3):
Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.
Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.
Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga. Masa terus berlalu.
Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.
Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.

credits to: budiey.com
25 comments:
ruginye tak tengok malam tadi, en suami pun ado, kalau tgk sam2 kan best!..tp dok tgk tv lain..dah tu sleep awal...huhu..
mamalieyna: ruginyaaaaa, tapi betul tau, kalau tengok dengan en. somi lagi bagusss....
ain tengok dengan danish jer malam tadi sbb hubby tido awal....
tulah, macamne leh terlepas ms tayangan dulu2 tu...memang lakonan fauzi nawawi tu berkesan..sampai sy naik benci tiapkali sy tgk dia marah2 tak tentu pasal..biasalah budak2 memang lah nakal...
pastu syabas buat sheila rusly dan budak2 comel + bijak..nak2 si kecik tu alahai..pandainye!
bab maria si penggoda tu kiranya watak dia berjayalah sebab sy dan hubby naik menyampah tgk dia!gediks!hihi
sedey citer ni sampai nangis kiter tengok....suka budak2 tu berlakon memang menjadi watak nya kan
salam kak :) xsempat tgk cite ni...huhu
cheqna tengok doh dulu..memang nanges r..
jadi malam tadi tak mboh r tengok sebab soh2 nanges plok kekgi..
hahahahha
malam tadikkan citer tu ulangan sebab dicalonkan untuk anugerah skrin...tapi dah banyak yang dipotong...btw citer nie best sangat...hargailah seseorang semasa ada....bila dah tak ade tak ade gunanyer...
cite ni mmg sedih...dgr org ceritalah..tgk sikit2 jer...
catlina: akak setuju sangat2 dengan komen cat tu...
mcm mana la kita boleh terlepas tayangan citer ni dulu kan....
huhuhu....
kalau boleh nak bagi 5 bintang untuk semua pelakon drama ni....
BESTTTTT DAN MEMANG BERBAKAT!!!!
Anje: ain kontrol dari nangis sbb takut danish perasan....
huhu....
nadia: jangan sedey nad, kalau nak boleh download kat internet...
jgn xtau, brjurai2 airmata akak mlm td...hu....
cheqna: tapi akak macam teringin nak tengok lagi....
tak puas tengok semalam, kalau ada sambungan best jugak kan...
haha...
zaidah: nape la dia potong, ruginyaaaaaaa....
jeles betul zai sempat tengok masa 1st tayangan dulu...
tak aci tauuu....hehe
hanim: serius cakap sedih gilerrrr....
tak sampai hati tengok laila dengan anak2 dia asyik kena marah dan tengking jer....
memang malang sangat kalau ditakdirkan bersama manusia macam mizi tu...
eiiiii, rasa nak belasahhh jer dia tau....
hahahaaaaa, tetiba emo pulak ni....
kak nza: sedih kan kak, anak bini kalau dilayan macam tu...
mintak dijauhkan la dari berlaku kat keluarga kita....
ena mulanya nak tengok.. tapi camner ntah leh lupa.. sbb sibuk tengokkan si kakak ngah wat revision kononnya.. tapi mainnya lebih.. sudahnya dah abis.. harap ada la ulangan nanti..
ena: kalau drama ni menang, ada la kot ulangannya....
kalau takde, download jer kat internet ena...
hehe...
nangis tgok cite nii.... tapi nangis dalam ati je la... malu... muahahhaha
iya², malam tadi rina tengok..geram sgt² masa si mizi time tgh berfoya foya ngan pompuan tue tuh..
sedih bebenor endingnye, huwaaaaaaaaaa..
sedihkan...kak ain pun nengok...
betol2... feeling je tengok malam tadi... boleh menang anugerah skrin nih :D
kiter pun layan gak citer ni kak ain... memang sentap je bila endingnya tu...
lama tak dengar khabar kak ain.. howdy.. :D
xsempat tgk..sbb malam tu ada ffm..hehe
x sggp nk tgk, mesti nangis
Catat Ulasan