Khamis, 22 Oktober 2009

AGUNGNYA CIPTAANMU YA ALLAH

(sila on kan speaker anda dan tonton dengan penuh kosentrasi)

Tiada kata-kata yang dapat aku lakarkan bagi menggambarkan betapa tersentuhnya perasaan. Alangkah Agung dan Besarnya kuasaMu Pencipta. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menandingiNya. 

Bila menatap video ni, teringat aku saat mengandungkan permata hati. Terkenang juga pengorbanan ibu membawa kita di dalam rahimnya. 

Sungguh ia pengalaman yg begitu berharga. Tidak kan mungkin dapat ditukar ganti dengan wang berjuta. 

Terbayang seketika saat kuat dan cekalnya 'dia' berjuang seorang diri untuk menemui kita. Dialah anugerah terindah dan teristimewa.  

Apa yang buat aku sedih dan terkilan, bila terkenangkan nasib malang bayi-bayi yang tidak berdosa dicampak dan dibuang tanpa rasa belas kasihan oleh darah daging sendiri.

seperti ini...

ini....

dan ini.....

Kemanakah hilangnya perikemanusiaan seorang manusia sedangkan binatang sendiri sangat menyayangi anak-anaknya.

Semoga video ini memberi pengajaran kepada kita semua. Sayangilah anak-anak kita kerana dialah PERMATA yang begitu berharga.... 

p/s: sumber from you tube & google

22 comments:

QuEeN Of 2 Heroes berkata...

singgah lg...kasi cerah mata yg ngah ngantuk ni jap.. :P
tgk video tu teringat kat darwish...
ape la org yg sanggup buang anak tu....binatang pun tau syg anak dia...

Tanpa Nama berkata...

Waaaaa

sedihnye thg gambor2 nih...

mata ku berkaca2 nih...

nasazfrog... berkata...

tak sanggup nak tengok....sedihnya....

Unknown berkata...

i tak leh tngk rasa cam nak pengsan...sian betul...huhu

ainie aziz berkata...

adoiii ain, hari ni baru je nak pulih mood semalam yg merudum, tgk balik gambar2 ni, lagi la sesak nafas. huhuhu! manusia yang buat ni sume memang lebih elok dipanggil syaitan. adik beradik la tu!

Dearie Pearls berkata...

Dear Kak,
Jika boleh ku xnak scroll ke bawah..

:(

Banyak benda yang bermain di minda..

Thanks for sharing this.
Semoga membuka mata kepada mereka yang pernah atau pun berura-ura melakukannya.
Jangan pernah merancang untuk membunuh PERMATA ini.

Sob..
Sob..

Ku emo..

Til then...

nita berkata...

isk..

sentappppp..

Neeza.Areef berkata...

nanti dia menyesal wat anak dia camtu

ummi afifah berkata...

terkejut tul tgk kat atas tu... dah tak sanggup nak tgk lagi... teringat afifah kat baby sitter... sedih tul.. tidakkk...

kakzie berkata...

nape la sanggup nak buang beby..bukan ke macam2 masalah semasa mengandungkan dia.tak ke rasa sedih bila mana anak yang pernah di kandung dalam rahim seorg ibu selama 9 bulan 10 hari bila mana dia keluar melihat dunia begitu tega kita membuangnya tanpa rasa bersalah..hu hai apa nak jadi..saya yang belum berumahtangga ni pun terasa sgt nak membelai manja beby nak mendidik..pada sesape yg tak nak anak tuh..bak mai la kat saya..

♥ Che NamNam ♥ berkata...

adoiiiiiiiiii senak raser dada..


psttttt ko tolong jawab jap pertanyaan haku kat tutorial image kat blog haku tadi tuhh..TQ

Softtouch [Hanim] berkata...

dah tgk dah klip tu..terasa2 bb nya kat perut sy nie..mmg pengalaman nie sangat berharga...

bila tgk pic2 bwh tu sedihnya sy ain..tergamak diorang buang,dahlah nmpak sihat jer bb tu...masuk neraka lah ko yg buang bb tu...

Unknown berkata...

Sedih kan Yang bile tgk gmbar2 bay tue..
Mna laa peginya perkemanuisaan dorang tue kan..ntah laa dunia skrg nie

Syuhada Kamal berkata...

touching sgt video tu..gmbar2 kat bwh tu mmg tak sanggup nk tgk..kejam!kejam!

Kakak berkata...

Kejamnya manusia yang sanggup buat begitu.
Tidakkah dia tahu bahawa ramai manusia yang bersusah-payah bertahun2 berusaha utk mendapatkan permata hati itu.

atie berkata...

Tak sanggup nak tengok, memang takde perasaan ke hape tah, sudikan ambil award kat blog kaktie

MAMADANISH78 berkata...

allahuakhbar....
tak tau nak komen ape dah kalau dah jadi mcm ni..dapat sapa yg buang tu...terajang jek...
kita ni menunggu2 bila nak dapat anak...dia sesenangnya buang pulak anugerah allah tu...
mmg tak selamat la idup org yg buat mcm tu kan...

Nida n' Hanafi berkata...

Kadang2 terfikir.... kenapa haiwan pun sayangkan anak...sedangkan manusia yang diberi akal untuk menilai tidak mampu berfikir dengan waras...

Tanpa Nama berkata...

x sanggup la nk tgk pic baby tu. kejam nye sape yg sanggup buat mcm tu

Ain berkata...

ain to all: semoga mereka yg tidak mensyukuri dan menghargai pemberian Allah ini mendapat balasan yg setimpal di akhirat kelak...

kepada mereka di luar sana yg pernah terlintas utk melakukan perbuatan sebegini, ingatlah ini bukan jalan penyelesaian yg terbaik...

cukuplah sekali anda melakukan kesilapan dan dosa, jangan diulangi kesilapan itu dengan menzalimi si kecil yg tidak berdosa...

Semoga zuriat dan keturunan kita di bawah lindung dan rahmat Allah sentiasa...aminnn

CuTeMiUt78 berkata...

addoooii la tak sanggup nak tgk rasanya.. sedih yg amat..

Ain berkata...

Cutemiut78: hati pasti menangis tiap kali tengok baby kena buang....

kenapa la tak dihadiahkan aje kepada mereka yg betul2 menginginkan....

Related Posts with Thumbnails