Ahad, 21 Jun 2009

HAPPY FATHERS DAY

Alhamdulillah, aku bersyukur tika dan saat ini aku masih lagi punya insan bergelar ayah. To my beloved ayah, Selamat Hari Bapa.......Budi, Jasa dan Pengorbananmu selama ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Semoga ayah ceria-ceria selalu hendaknya dan dikurniakan kesihatan yang baik juga. 

Bila tengok image from google ni, aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Bila waktu malam dan aku nak gi rumah mak sedara aku yg kebetulan duk blkg rumah aku, ayah aku akan dukung aku kat atas belakang dia. Aku pegang leher dia erat-erat sbb takut jatuh. Ayah aku tak kasi aku jalan sendiri... risau kot2 ada ular atau binatang berbisa gigit kaki aku.....Kalau la aku mintak ayah aku dukung aku sekarang ni, agak-agak dia nak dukung tak??? DusssssshDussssshhh.....tak sedar diri betul kan aku neh... dah tua nyanyuk, ada hati lagi nak ayah dukung. 

Selamat Hari Bapa jugak untuk Hubby tersayang sbb sudi menjadi ayah untuk anak-anak aku... Semoga menjadi abah yang terbaik untuk anak-anak kita. Petang nanti boleh la tuntut kek ya.....

Buat semua insan bergelar bapa di luar sana, terutamanya ayah mertua aku......Selamat Hari Bapa. 

3 comments:

honeylanz berkata...

wah..siap ptg cake?? best tu..tadi kami "potong" durian aja..hehehe/

ainie aziz berkata...

ni apa kes dah besar panjang nak suh ayah dukung nih. ish ishhh...hehe!

Mama-Danish & Sarah berkata...

honeylanz: mlm tadi tak jadi potong kek sbb hubby kul 12.00 mlm baru balik kerja. kami semua dah terbongkang tidooo...

ainie aziz: asyik kita jer duk dukung anak, rasa cam nak jugak skali skala orang dukung kita....hikhik....

Related Posts with Thumbnails