Isnin, 2 Ogos 2010

Macam-macam Hal Danish Ni...

Petang semalam, dalam keletihan berpuasa aku mendapat aduan yang kurang menyenangkan hati dari teacher danish mengenai perlakuan anak bujang sorang ni. Dengan isyarat mata, teacher nor mintak aku pandang ke arah kepala danish. Aku sedikit terkejut dan tertanya-tanya bila terpandang rambut dia sudah sedikit gonjeng.

Teacher nor cakap danish bawak gunting ke sekolah dan potong rambut dia sendiri. Aku rasa bagai tak percaya sebab pagi tu aku yang kemas beg sekolah dia. Takde satu benda pun selain buku sekolah dan baju basahan. Hati bersoal jawab bila masa pulak dia ambik gunting tu? Lagipun kat rumah aku memang simpan semua benda tajam kat tempat tinggi yang anak2 tak boleh capai.....

Sampai jer rumah, aku terus check beg sekolah dia. Fokus aku pada gunting yang teacher nor maksudkan. Memang sahhhh gunting tu bukan kami yang punya. Aku call balik teacher nor untuk betulkan keadaan. Memandangkan waktu kejadian gunting tu danish yang pegang dan dia mengaku gunting tu dia yang punya, makanya danish adalah pesalahnya. 

Bila aku tanya danish dengan nada separuh marah siapa yang gunting rambut dia, dia cakap kawan dia aiman. Malas nak terus membebel aku mandi dan coolkan diri dulu. Lepas mandi aku guna cara lain pulak. Slow talk ngan danish dan pura-pura puji rambut baru dia sangattt cantik. Aku tanya lagi siapa yang gunting?? Mama nak suruh guntingkan rambut mama ngan adik sekali..... Jawapannya still sama "aiman kawan danish". "rambut mimi pun dia gunting jugak mama" huhuhu..... abih ler rambut anak dara orang!!! 

Now, tak tau la siapa yang lakukan kerja tukang gunting ni. Teacher nor sendiri pun tak tahu sebab dia tak nampak. Yang dia nampak gunting kat tangan danish jer. Bagi mengelakkan perkara macam ni berterusan, aku mintak pertolongan teacher nor untuk pantau kelakuan danish. Nak denda pun aku tak kisah, janji dia behave kat sekolah. 

  'budak yang tetap kena denda ngan mama' 

p/s: sebagai seorang ibu, aku malu bila anak berperangai yang bukan-bukan. Mungkin pada sesetengah orang itu perkara biasa, tapi pada aku sesuatu perlu dilakukan.....

* pic. di atas adalah koleksi lama. Tiada kaitan dengan n3 ini. 

26 comments:

Adlina Husaini berkata...

itu lah kan kak..bila pengasuh puji anak kita behave, kita pun kembang sama..tapi bila dikomen yg tak best..malu jugak muka kita nih..

*takleh bayangkan perasaan mak bapak yg telah diconteng arang oleh anak2 mereka

Ain berkata...

adlina: tu la, ni baru umur setahun jagung.....

dah besar nanti lagi la banyak dugaan....

takottt jugak bila difikir-fikirkan...

mamalieyna berkata...

yelah kan..kalau eina pun sure segan if teacher mengadu camtu..harus kita jugak selidik sndiri, yelah..cikgu pun bkn periksa btl2 sapa salah sapa betul..pepun hope danish jd budak yg baik, mgkn kwn dia yg slh tak tu..dia jd mangsa..apa2pun cikgu hanya menjlnkan tugas kan..

Anje a.k.a Mama_Balqis berkata...

tol tu ain budak12 ni tak leh manjakan sangat kadang2 kita kena berkeras tapi kena pada tempatnyer la..nanti takut terlambat jadi macam anakku sazali plak...mintak dijauhkan danish dari semua tu k

Ain berkata...

mamalieyna: ain appreciate sangat2 kalau cikgu inform perangai anak2 kat ain....

at least kita boleh cuba betulkan...

yang ain risau danish ni jenis tak tau pape.... bimbang dia jadi mangsa keadaan...

honeylanz berkata...

mmg kena peka dgn behavior anak. Has tiap kali ambik ac dari sekolah. sambil hulur tgn utk dipimpin, soalan pertama..." ada apa2 ac nk bgtau mama?"...tu mesti... x tau nape. maka otw balik dr sek..dia akan bercerita...:D

Ain berkata...

anje: bila anak2 dah mula bergaul, dugaan nak bentuk peribadi anak2 memang susah....

walaupun kat rumah penuh dengan pantang larang, belum tentu kat luar anak2 akan behave....

pengaruh kawan2 boleh mengalahkan segalanya....

Ena berkata...

huhu..
camner la tu kan!..
bila anak kita tak buat, susah pulak nak salahkan anak org lain sbb tak nampak kan!..

ena pun sokmo susah hati
sbb ena tahu anak ena tak behave di sekolah.. depan orang apatah lagi.. sbb dier memg terlebih aktif walaupun bukan hyper aktif..
kuat nangis pulak tu.. ena memg suh je cikgu tu tegur or marah kalau si kakak buat salah.. tapi tu la.. cikgu takkan nak marah beria2 pd budak yg baru 5 tahun..

Ain berkata...

honeylanz: ain risau bila danish masuk sekolah rendah tahun depan...

jangan la ada budak yang ambik kesempatan kenakan dia....

Ain berkata...

ena: ain selalu pesan kat teacher danish, kalau dia degil kurung dia dalam bilik....

tapi, kalau dah ramai2 tu memang susah nak carik siapa yang salah...

yang sedihnya, nape la danish ni berbohong....

mungkin dia ingat dia akan dapat gunting tu sbb kat rumah mmg mama tak kasi can dia main gunting....

disebaliknya dia tak sedar pun dia akan tanggung satu kesalahan....

adoiiii fenin....

kella berkata...

amboi hensem sungguh anak teruna kak ain berposing kat atas sofa tu, besar nanti mesti hensem!

hmmm bagus la kak ain punya cara mendidik, guna psikologi untuk pujuk anak tu mengaku! dan kita pun puji tindakan akak yg tak menangkan anak, tapi minta teacher hukum jika anak silap..

:D

LyNn HaMzAh berkata...

erm...bagus arr cara akak bertanya kat danish...akak tak panas baran sesuka hati jadi anak-anak leh ceritakan a to z dgn akak tanpa berahsia...

Ain berkata...

kella: kalau anak buat silap memang akak akan hukum tak kira la dia kecik atau dah besar...

cuma bentuk hukuman tu kena la padan dengan kesilapan dorang....

danish sebenarnya membesar tak sebebas anak2 orang lain...

hubby akak cukup garang dengan anak, jadi anak2 memang kena sentiasa beringat.....

kebanyakan masa hanya diluangkan dengan bermain dalam rumah, sekali sekala jer boleh keluar....

mungkin disebabkan kami banyak mengongkong, bila anak2 dapat bebas diluar dorang jadi lupa batasan....

semua benda nak dicubanya....huhuhu

Ain berkata...

lynn: ikutkan hati memang rasa nak marah dan malu tak terkata....

marah melampau pun tak guna sbb benda dah jadi, tapi denda tetap kena supaya lain kali dorang tau bezakan mana betul dan mana salah...

[-suziey-] berkata...

masyaAllah..mane dia dpt gunting tu..pandai plak tu gunting rmbut sdiri..ekekekek:D

Zaidah berkata...

sabor ajelah ain...kekadang bebudak nie akan melakukan perkara yang kita tak duga....

Softtouch [Hanim] berkata...

samalah kita ain..Malu kalu anak buat bnda yg bukan2 nie..Memang saya marah kaw2 punya anak sy danish tu..Lepas tu dah xde buat dah..Ada ke dia conteng bj kawan dia..

Mmg saya pun suruh cikgu dia pantau kelakuan dia . Nak marah ke mmg izinkan..

~aSHa~ berkata...

smlm anak sy luka di dagu..eheh cikgu dia cuak gak..mintak maaf berkali2..tapi sy kenal anak sy..tak salah kan cikgu..sy tau anak sy mmg nakal..

eh tapi si aiman tu leh gunting rambut kawan lak tu....alahai..apa la kata si mama mimi tu agaknye ye...dah la anak dara..

honeylanz berkata...

haah..bila masuk sek ren. mmg cukup risau. dia ada cite..kwn2 tarik tie la..pijak kasut la....tp tu mungkin cara kids bergurau...

Mr PenyuBiru berkata...

anak dara aku pun hampir kena gunting rambut gak tapi cikgu dia sempat perasan dan ambil tindakan.seb baik..

Ain berkata...

suziey: kalau tak sekolah yang punya, maybe kawan dia bawak dari rumah....

dah ramai2 mcm tu ada jer benda kretip yang dorang nak kerjakan...

nasib ler....

zaidah: tu la, nak marah pun tak tau pada siapa....

hukhuk....

Ain berkata...

hanim: budak2 tengah membesar memang sume benda dorang nak cuba....

yang kena guidenya jadi tanggungjawab kita sbb dorang mana tau nak bezakan benda tu betul atau salah....

masalahnya ada jugak parents yang buat endah tak endah.... huhuhu...

danish ain pernah balik dengan water color penuh kat baju ngan seluar....

hasil kreativiti kawan dia yang bakal jadik pelukis terkenal....

skang ni baju tu simpan wat pekasam. sian pulak nak pakaikan kat danish....

Ain berkata...

asha: biasa la kalau budak2 gaduh kat tadika, danish akak pun pernah balik dengan lebam kat bibir....

sabo jer la sha...

honeylanz: ciannya kat ac....

nak bergurau tak salah, jangan sampai luka atau cedera udah...

risau jugak kita ni kan...

Ain berkata...

en. penyu: nasib baik cikgu sempat nampak....

dah la gegirl, terpotong haru la en. penyu kita....

nza berkata...

aduhai...anak2 lelaki ni kalu dh sk mcm2 feel la ain..akak pn pening dgn farouk tu....hish!!!geram jerrr...

Ain berkata...

kak nza: betul la kak, bila masuk sekolah bertambah-tambah nakal....

huhuhu....

kalau yang elok tu ok la jugak kan, tapi kalau bawak benda @ perangai tak elok ke rumah, grrrrr..... geram betul kita...

Related Posts with Thumbnails