Isnin, 23 Ogos 2010

Khasiat Buah Naga Memang Superb!!

Thank you so much EN. ARMOURIS yang sudi berkongsi info ini......


 
Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit), kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi :

* zat besi untuk menambah darah
* vitamin B1 (mengawal kepanasan badan)
* vitamin B2 (menambah selera)
* vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol)
* vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)

Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci mulut yang lazat.

p/s: yang tak pernah rasa dan makan buah ni kena la cuba. Rugiii tau.... 

13 comments:

cheqna berkata...

enjoy ur buah dragon ball r kak =)

CatlinaFly berkata...

alamak nak kena gi ladang dragonfruit kat sebelah umah nih..seiyes lama dah tak beli..last beli masa balik kg bulan 3, itupun sebab mama abah yg kirim buat balik kelate..

Lelord berkata...

bestkan...

Lia berkata...

sedap kan buah naga ni mkn sejuk2...

Zareda Norman berkata...

ohhh khasiatnya dah hampir dengan buah kiwi

Miss Izah Mohamed berkata...

mmg sedap buah naga ni kak..
buat jus pon best :)

ibu_Arifa berkata...

sedap buah ni..aritu sblm puasa try minum kat kedai..air buah naga plus longan...RM3.50 satu gelas...besttt!!

♥Cik Puan♥ berkata...

sedap buah nie..azie suka ain...kalau letak dalam peti ais huh lagi la sedap...

NzA berkata...

feveret akak tu...blkang sk ada kebun buah naga nie...masa brbuah dpt la murah utk cikgu2 nie....

LYaFRINA berkata...

itula.. byk khasiatnya kan...
lya n asya mmg suka mkn buah naga ni.. sedap.. kalo sejuk2 lg best..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

start harini gua makan buah naga..wa tak kira

Tanpa Nama berkata...

erm saya kurang suka buah naga. tapi kalau family members yg lain...semangat giler dorang makan buah naga itu. heheh

salam perkenalan.

kella berkata...

terima kasih atas info nih...
bagus..

memang byk khasiatnya buah naga ni kan.. :)

Related Posts with Thumbnails