Sabtu lepas seawal jam 5 pagi kami bersiap untuk ke Kuala Terengganu. Destinasi yang dituju adalah Terengganu Equastrian Resort. Bukan nak gi menunggang kuda, tapi sebab Danish ada kejohanan teakwando kat sana. Buat pertama kalinya danish terlibat dengan kejohanan besar camni dan semestinya mama ngan abah sangat-sangat teruja.
Kejohanan ni sebenarnya berlangsung selama dua hari (6-7 Ogos), tapi kami cuma hadir untuk sesi kedua sahaja. Sesi pertama (6 Ogos) melibatkan pelajar sekolah menengah manakala pada sesi kedua (7 Ogos), kanak-kanak dari tadika dan sekolah rendah pula beraksi. Memang cukup meriah sekali memandangkan dalam satu masa 4 gelanggang pertarungan dibuka sekaligus.
'sebelum pertarungan bermula'
'sebahagian dari peserta kanak-kanak tadika'
'warm-up sikit'
'pose sebelum sesi taklimat'
'menunggu giliran dipakaikan protector badan dan kepala'
'pemakaian jaket dibantu oleh senior'
'topi ni penting untuk protect kepala'
'bersedia untuk bertarung'
'here we go!!'
'penyokong setia yang berpeluh kepanasan'
Keputusannyaaaaaaaaaaaaa........
Danish kalah dalam pertarungan tersebut. Dia sikit pun tak melawan bila ditendang bertubi-tubi. Untung lawan danish tu sebab dia boleh tendang sampai ke kepala danish. Mama pulak yang terlebih risau takut danish pengsan..... huhuhu.
Walaupun kalah mama tetap kasi danish hadiah. Penghargaan untuk danish sebab danish semakin berani. Ada peluang kita join lagi next next year.
'basikal yang jadi idaman danish sejak sekian lama'
p/s: selamat menyambut ramadhan buat semua.
20 comments:
tahniah untuk danish walaupun kalah tapi dapat hadiah n berani untuk bertanding...cuba lagi lain tahun yer...
takpe, kalau kalah pon..yg penting danish dah join tu pon kira membanggakan..
see, kalah pon dapat adiah jugak kan..bagus betul mama & abah danish ni tau..
wa wa wa..hebatlah danish ni smpai masuk kejohanan taekwando...
siap dpt adiah lagi..Xpe danish wpun kalah danish ettap hero di hati untie ...:)
psst cantiklah ain ari tu..:)
ain.. cutenya ain..suka tgk ain senyum. sweet sgt2...
menang @ kalah x kisah.. y penting berani dedahkan ank dlm apa2 pertandingan dlm meningkatkan jati diri...
manatau kot2 next year ada rezeki..lya time sek ren pun aktif taekwando...
walaupun xmenang.. tp x mgecewakan, sbb ttp ada hadiah y superbb tu.. kiranya sgt berbaloi.. nanti beskal tu blh transfer kat sarah..
menang kalah xkisah yg penting pendedahan tu...syabas utk danish....
tahniah utk danish...tak kisahla kalah atau menang, yang penting pengalaman..best dpt basikal idaman yer..hehe
tahniah danish...selamat berpuasa untuk ain sekeluarga...& salam ramadhan..
salam kak
woh..tahniah untuk danish..keberanian masuk gelanggang pun dah dikira cukup berani..mama dia ada berani???
hahahahaha
nway selamat berposer kak =)
zaidah: tengok gaya dia bertarung memang sadisss tau...
takmo angkat kaki langsung, camne nak dapat point...
huhuhu...
rina: akak beli jugak basikal ni sbb dah bertahun dia mintak...
hari2 asyik duk pakai basikal anak jiran sebelah, segan haihh mama dia nie....
hanim: danish tak pandai gaduh la nim...
dari kecik tak biasa pukul2 orang, bila kena fight memang takde bakat langsung....
tapi ok la jugak, sbb dia nak masuk gelanggang....
hehehe...
thanks atas pujian tu, ain biasa-biasa jer nim....
lya: agaknya camne nak senyum tanpa nampak gigi erk....
hehehe....
ni kira pengalaman pertama danish bertarung kat gelanggang, sblm ni just grading jer...
memang mencabar sbb dia asyik kena tendang jer....
tak melawan pulak tu....huhuhu
kak nza: betul cakap akak, at least dia semakin berani kan...
nieda: danish cam tak rasa bersalah pun bila kalah...
huhuhu, agaknya dia mesti bangga sbb orang pukul dia, tapi dia tak balas pun....
hadiah tu memang dah lama dia idamkan....
balik rumah terus nak kayuh beskal...
azie: thanks dear...
selamat berpuasa untuk azie sekeluarga jugak....
cheqna: mama dia memang penakuttt punya olang.....
hahahha..... kalau tak dah lama akak terror drive kan kan....
selamat berpuasa untuk cheqna jugak...
walaupun tak menang, tp tetap juara di hati mama kan..^_^..so dptla hadiah..best la danish, mkn bersemangt dia nnti! ^_^
mamalieyna: sokongan mak ayah penting untuk kejayaan anak2....
kalau kita kutuk dia bila dia kalah, lain kali tak bersemangat dah nak masuk bertanding...
pengalaman yang cukup bermakna untuk dia kan....
mama pun tak pernah merasa pengalaman camni waktu seusia danish...
alahai...comei2nyer bebudak ni...
danish ni baik..tak sampai hati agaknya nak tendang lawan dia tu..takpe danish,janji berani bertanding.hadiah pun lawa tu.
ieda: tu la, dia memang dah biasa mengalah....
dengan adik pun, susah nak tengok dia lawan balik....
bila dah masuk bertanding ni, dia tak faham agaknya konsep siapa lawan dia menang....
hehehe....
Catat Ulasan