Sumber: Mymetro
RAMAI ibu bapa mengambil jalan mudah mengenai penjagaan gigi anak-anak. Gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula pada peringkat janin lagi justeru, pengambilan makanan ibu terutama makanan mengandungi kalsium ketika hamil sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri.
Selepas bayi dilahirkan, biasakan mengelap batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut selepas menyusu. Langkah mengeringkan batas gusi bertujuan mengelakkan sisa susu tertinggal di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.
Apabila bayi dibiasakan dengan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, dia akan berasa selesa dengan keadaan itu dan penjagaan gigi akan menjadi perkara biasa. Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:
Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak.
Selepas bayi dilahirkan, biasakan mengelap batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut selepas menyusu. Langkah mengeringkan batas gusi bertujuan mengelakkan sisa susu tertinggal di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.
Apabila bayi dibiasakan dengan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, dia akan berasa selesa dengan keadaan itu dan penjagaan gigi akan menjadi perkara biasa. Antara panduan yang boleh diikuti ibu bapa ialah:
Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak.
Tetapi pastikan ibu bapa yang menggosok gigi anak dan tidak membiarkan anak melakukannya sendiri bagi memastikan gigi digosok dengan baik dan anak tidak tertelan ubat gigi.
Kebanyakan ibu mengambil posisi di hadapan ketika mengajar anak-anak.
Teknik ini sebenarnya salah, untuk lebih berkesan ibu harus berada di belakang, sambil memegang tangan anak dan menunjukkan cara membersih lidah dan memberus gigi yang tepat.
Ajar mereka menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh, lakukannya bersama anak mereka.
Pilih berus gigi dan ubat gigi sesuai mengikut peringkat usia kanak-kanak. Berus gigi beraneka bentuk serta warna akan mempengaruhi kanak-kanak memberus gigi.
Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa doktor gigi walaupun dia tidak berhadapan dengan masalah gigi.
Jangan tunggu sehingga giginya sakit kerana ia akan meninggalkan ‘pengalaman ngeri’ apabila berhadapan doktor gigi. Lawatan pertama tanpa kerosakan akan membuatkan dia suka dan menyenangi doktor gigi.
Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai perjumpaan keluarga. Kanak-kanak cenderung untuk meniru sikap ibu bapa.
Rasa gerun dan gentar pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya.
Jika anak menikmati makanan manis, ajar dia menggosok gigi selepas makan atau minum.
Ajar anak memilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan dan bukan antara waktu makan.
Air liur pada waktu makan akan membantu membersihkan gula dalam mulut.
Ada pelbagai punca yang menyebabkan masalah gigi. Antaranya adalah pembersihan gigi yang tidak betul menyebabkan kewujudan plak atau lendir selaput gigi yang mengakibatkan gigi cepat rosak. Justeru, pembersihan efektif dan teknik yang betul sangat diperlukan.
Kerosakan gigi susu yang menyeluruh dan reput disebabkan tiada tabiat menggosok gigi sejak kecil. Ini ditambah pula dengan tabiat memakan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula, tetapi tidak pula membersihkan gigi selepas makan.
Menghisap puting, susu botol atau menghisap jari juga antara punca masalah gigi. Pastikan kanak-kanak tidak menghisap puting atau menghisap jari.
Tabiat ini akan mengganggu pembentukan tulang rahang dan boleh menyebabkan giginya jongang. Jika anak menghisap susu botol, pastikan puting susu dijauhkan dari mulut ketika dia tidur.
p/s: satu jer aku tak setuju, rasanya lagi baik kalau perkenalkan berus gigi sejak anak-anak dah mula tumbuh gigi. Kalau nak tunggu sampai anak umur 3 tahun baru nak kenalkan dengan berus gigi, rosak dulu la gigi anak-anak kita. Untuk baby seawal usia setahun, boleh guna berus gigi macam yang sarah pakai kat SINI.
11 comments:
sy fail bab kenalkan anak pada dentist, sbb saya pun tak lawat dentist kecuali time sakit gigi, hahaha
salam kak
cheqna bab g jupe dr gigi ni memang boleh kira r..memang payoh nok g jupe..=)
thanks akak sbb publish n3 ni..rina ni tgh dok pening kepala macam mane nak gosokkan gigi echa tu..rina pakai hak sarung kat jari tu..dia takmo bukak mulot le..nanti tgn rina di gigitnya, huwaa..
lya star guna berus gigi y sarung tu... lps tu btuko k brus gg biasa.. tp pobelmnya bila dh guna brus gg biasa,, dia nk buat sndiri.. n mula la mnagis.. lg 1.. dia brus x btul.. skarang ssh sgt2.. kdg2 nyanyi lagu bgun pg, gosok gg.. barula.. dia buka kejap.. pahtu.. bteriak serumah..
mmg kene ajr anak2 dr awal...tp sy xpernah bwk anak ke dentist..sepatutnya mmg kene bawak..
tengah alami sakit gigi nie...mungkin sebab lynn lalai dalam berjumpa doktor nie...huhuhu...kan dah sakit gigi...
ingat lepas raya ni nak g jumpa dentist...boleh bawa nabila sekalilah..tp risau juga takut dia yg jadi dentist nanti mcm mr bean tu..hehe
ain... info yang padat....
thenkiu..
marsya suka gosok gigi dengan jari.. kalau pakai berus.. dia geli geleman. atoiii
anak azie mmg ssh nak gosok gigi sampai kena paksa tau ain...
tq ain share info
anak fieza pon ssh nk gosok gg men paksa2 baru nak..taktau nk wt cm na..huhu
gosok jgn xgosok......kt umah nie spesis suka berus gigi gamaknya..ain bygkan 1 tiub ubat gigi yg besar abis xsmpai 1 minggu...makan ke apa?????hu....ttp gigi anak2 akan mmg trsusun n xrosak....
Catat Ulasan