Kalau dah minat tu kan, terbuntang bijik mata pun sanggup. Memang tak kisah, janji dapat kepuasan. Gitu ler citernya dengan hobi kami ni. Suka betul dan excited giler kalau jumpa benda kat bawah ni.
Actually, aku cuma kenal dengan benda alah ni selepas kahwin dengan hubby. Mula-mula tengok dia pasang aneka mak nenek spare parts kecik tuit tu, aku sikit pun tak berminat. Tapi sekali dia mintak tolong aku sambung part yang susah makin seronok la pulak. Rasa nak sambung lagi dan lagi dan tak sabar tunggu model tu siap.....
Manual adalah sangat penting. Takde manual camne nak pasang.....huhuhu. Ada manual ni pun belum tentu berjaya pasang tau, sebabnya manual ni dalam bahasa perancis. Kalau tak faham kena la buat-buat faham.....hahaha
Selalunya kalau bab nak baca manual dan pasang part yang kecik aku la yang jadik mangsanya.
Inilah dia rupa model kapal terbang yang bakal siap nanti. Kalau betul-betul fokus pasang menda alah ni, seminggu siap la kot....
Tu dia engineer aku tengah duk teliti manual. Dia duk kaji cara nak pasang spare parts kecik tu. Kejap jer ni pastu mula la tanya aku camna nak pasang....hehehe
Danish pun dah mula berjinak-jinak dengan model ni. Untuk permulaan kasi can kat dia pasang parts yang besau dulu. Dah pandai nanti boleh la belajar pasang parts yang kecik dan macam mana nak taruk gam pulak.
Gara-gara ralit duk pasang model ni malam tadi, anak dara aku sampai tertidur atas riba mama dia. Jenuh tunggu mama masuk bilik tak masuk-masuk jugak. Abah dia la punya pasal, paksa jugak bini dia ni siapkan parts yang kecik dan susah.
Makanya, setakat ini jer la dulu kisah projek baru kami ni yerk. Model masih lagi dalam proses pemasangan jadi takleh la tayang kat sini. Tunggu siap dulu k.
p/s: lepas ni aku kena marathon laju-laju..... banyak komen kat n3 belum sempat reply. Kengkawan pun tak sempat nak tanya khabar lagi. Tunggu aku tauuuu.
26 comments:
teruja nak tengok yg dahsiap pasang tu.. tak sabar dah nie.. heheh
ena: lum siap pasang lagi Yang....
rumit okeh....hehehe
Aduh.. kena teliti ni. Seminggu baru siap?? Ish ish ish...
kakcik: betul cakap kakcik, terutamanya parts yang kecik...
hohoho....rasa nak terkeluar bijik mata.....
mesti penyabar en abg ain nie..
kalu sy sekejap je dah lanting ke tepi...
tgok yg blum pasang tu dah pening dah..
*x sbr nak tgok dh siap pasang, sama macam gambar kat kotak tu ya?
kena byk sabo nak psg nih... klu akak sori ar nak belek mende alah kecik2 gitu... berpinau bijik mata... heheh!!
ishhh nie perlu kesabaran yg tinggi nie...kalau org mcm lynn nie memang lmbt la siap...silap hari bulan terbengkalai jer...huhuhuhu...
Salam,
memang seronok pasang ni dengan anak-anak, tapi agak memenatkan juga.. sebab selalunya anak tak sabar nak tunggu siap.. kelam-kabut kita dibuatnya, hehe
uncle bukak pandai. pasang tak pandai. kalau pasang balik, tentu berlebih skru.
huhuhu bahaya ni kalau depan najlaa mau ilang spare parts
RUMITNYER AIN...TAPI KALAU MINAT OK JER KAN AIN
boleh brpinar bijik mata nie...hi....apa pn enjoy..
dulu masa sekolah saya suka pasang kereta racing F1..hehe
hubby kita pun minat ngan menda2 ni kak... tapi belum kesempatan nak beli...mesti mahal kan yg ni, sebsb cam besar jer.. :)
hanim: kalau dah beli memang tak sanggup nak lanting ke tepi nim....
model yang tak siap ni kalau beli kat kedai biasa minimum harga 100 ringgit ke atas....
kena pasang sampai siap baru berbaloi....
hehehe....
mumyshane: kena ikut manual dia betul-betul....
kalau tak memang tak jadi...
nak tengok model yang bakal siap nanti, boleh tengok gambar pada kotak tu...
kak zue: memang berpinau kak....
kadang tu kan, pegang jer terpelanting, pastu kutip dan terpelanting lagi....
silap haribulan terpelanting tak jumpa-jumpa...
haru kita dibuatnya...
hahaha....
lynn hamzah: akak ada satu projek terbengkalai, pasang kapal tak siap2 sampai ke hari ni....
projek tu kami buat masa kami baru-baru kahwin hari tu...
dah 7 tahun dah....
boleh tengok kat n3 akak yang ini....
http://mama-danishsarah.blogspot.com/2010/06/jom-kita-belayar.html
bro kulanz: nak ajak anak2 yang dah besar join ok la kan, tapi kalau anak kecik baik jangan....
nangess kita kalau ada spare parts yang hilang....
huhuhu....
betul cakap bro kulanz, anak2 memang tak sabar nak tengok benda yang kita pasang tu siap....
sama la ngan danish....
al-lavendari: uncle jangan risau, sbb benda ni tak pakai skru...
pakai gam sajork....
hehehe...
lelord: memang kena jaga-jaga sbb kalau satu spare part hilang dah takde gantinya....
azie: bagi yang minat memang tak jadi masalah....
kak nza: yang tak rabun pun boleh jadi rabun kan kak....
hahaha....
nia: keta tu nia simpan lagi tak?
mesti penuh nostalgia kan.....
kella: model ni hubby akak beli online, harga dia dalam 90 ringgit lebih....
dulu kami selalu beli kat kedai yang jual toys, paling murah pun 100 ringgit lebih....
kalau kella betul2 minat, boleh usha kat laman web mudah .com...
boleh dapat pada harga murah dengan kualiti yang sama kat kedai....
Catat Ulasan