Khamis, 11 Februari 2010

HANYA KERANA SEPASANG SELIPAR JOPUN - KECOH SATU SEKOLAH

Haiyaaaaa..... budak-budak ni macam-macam hal la kan... Baru jer kat bawah tue aku citer pasal danish dah sebulan gi sekolah pakai selipar jopun kan. Alih-alih balik kerja petang semalam kecoh hubby duk citer teacher danish kena marah ngan sorang parent kes selipar nie. Memang aku tak sangka sungguh, isu selipar jopun leh jadik konstroversi sampai macam tu sekali....

 'jopun baru'

 'jopun buruk'

Sekali pandang memang tak nampak sangat bezanya antara kedua-dua selipar jopun kat atas tu. Tapi bagi seorang ibu yang sangat-sangat prihatin, beza giler aku cakap tau!! Jopun no. 1 jauh lebih baru menurut mak budak tue dari jopun no. 2. Saiz jopun no.1 jugak lebih besor dari jopun no. 2 yer.... Macam mana la aku buleh tak perasan sume neh!!

Korang tau tak, anak bujang bertuah aku tu dah tersalah bawak balik selipar jopun anak orang punyaaaa... huwaaaaaaa.... Kesian cikgu dia kena sound pepagi buta. Dah ler semalam danish gi sekolah ngan selipar baru. Tak bawak lagik dah selipar jopun tu... Mak budak tu nak tuntut balik selipar jopun anak dia sbb selipar jopun anak aku buruk benor dah ropenya.... hukhukhuk....

Adoiiiii kak, saya mintak maaf banyak-banyak la atas kesilapan dan ketaksengajaan anak bujang bertuah saya tue. Mungkin dia dah terkonpius pasal color dan rupa selipar tu sama. Budak tak cukup umur la katakan. Mana la dia tau nak bezakan yang lusuh ngan yang tak. Lagipun IQ anak saya takde la sepintar anak akak... 

Papepun, pagi tadi aku dah pulangkan balik selipar jopun anak akak tue. Mesti sakan dia marah anak dia kan. Kesian anak dia yang tak bersalah. Ikutkan hati aku, nak jer belikan selipar ben 10 mcm danish untuk anak akak tu malam tadi. Karang kang dia ingat aku perli dia pulak, jadi plan tinggal plan jer ler. Lepas ni kalau akak takut selipar anak akak tu terambik dek orang lagi, akak tulis jer terus nama anak akak kat selipar tue. Taruk alamat sekali pun takpe, senang orang yang terambik tu nak pulangkan semula.

 Pada aku perkara macam ni biasa la berlaku bila anak kita duk kat taska/tadika kan. Namapun tempat ramai orang. Macam aku sendiri, bukan tak pernah si danish tu hilang seluar jeans, kemeja, baju sukan dan tertukar tuala selama duk situ. Tapi aku takde la nak marah cikgu atau nak mintak ganti ke apa. Kalau memang dah takde rezeki tu nak buat macam mana kan. Halalkan ajer ler....

Rabu, 10 Februari 2010

SEPATU BARU - PASAR MALAM SAJORK

Semalam aku seronok sakan. Dah lama tak melepaskan gian beli barang kat pasar malam. Kalau pergi pun, just singgah beli makanan atau lauk basah jer, pastu terus balik. 

Malam tadi dengan senang hati merembat apa sajer yang berkenan di mata. Bunyik macam banyak jer benda aku beli kans. hahaha.... Takde pun. Aku beli ni jer ha...... 



'selipar ben 10 untuk Danish'


'crocs hello kitty untuk sarah'

DANNNN

 
 'untuk abah sarah'

Dari awal bulan hari tu lagi plan nak belikan kids sepatu baru (pasar malam pun jadik la, janji baru kan kan.... muahaha....). Asyik bertangguh manjang. Kesian anak-anak aku takde selipar nak pakai. Danish tu dekat sebulan duk usung selipar jepun gi sekolah. Tu la aku beli selipar mahal kat dia, sekejap jer tahannya. Suka sangat sondol tanah ngan selipar tue... mana tak hancusss. Dapat selipar jepun tahan pulakkk, setahun pakai tak jugak putus-putus.... Nampak sangat kan selipar jopun lagik berkualiti... kahkahkah......   

Happy sangat bila tengok dia ceria dapat selipar ben 10 baru. Aku cakap ngan dia, ni mama hadiahkan kat danish sebab danish rajin buat kerja sekolah, rajin baca buku dan suka tolong mama. Sengih manjang ler kalau dapat pujian macam tue...

Yang si sarah ni pulak, memang satu jer kasut/selipar basahan dia ada. Aku beli masa dia baru dapat kaki pandai jalan hari tue.  Ala yang n3 kat sini. Dah duk taska nie, kena la ada lagi satu pasang kan. Payah nak usung bawak pergi bawak balik. Tinggal satu pasang kat taska lagik praktikal. Nak tak nak kena la beli juga.... Kira adil la kan, abang danish dapat satu, sarah pun dapat satu....  


'tengah menerai mencuba buah hati baru'

Untuk my laling tu aku kasi hadiah sebab dia sangatttt ringan tulang. Suka tolong aku siapkan kerja rumah taim dia off. Tak kisah pun kalau terpaksa cuci dan jemur baju kat ampaian luar rumah, vacuum segala habuk2 yang ada atau apa saje. Sorry la, mama kasi abah hadiah selipar pasar malam jer. Janji mama ikhlas kan....

Korang perasan tak? Untuk aku takde pun.... hukhukhuk....Sebenarnya macam ni la aku. Selagi sandal aku tak putus takde maknanya aku nak beli baru. Malas nak semakkan rumah yang memang dah semak dengan koleksi sandal yang tak terpakai dek kaki... 

Selasa, 9 Februari 2010

SAYA YANG NAKAL

Minah ni kans, makin besor makin nakai...... 

Ada jer menda nak dibuatnya.... tak reti duk diam langsung...

seee..... soletip abah pun jadik menan dia.... 

Abah guna wat kutip rambut, dapat kat dia wat plaster mulut....

 
'tampal jangan tak tampal'

 
'aunty jngan risau, soletip ni bebas kuman ok' 

 
'camne nak mintak susu ngan mama nie..huk-huk'

 
'bukak balik lor....seksa aihhh'

Apa-ape ajer la sarah.... jangan pi telan soletip tue sudahhh.... 

Isnin, 8 Februari 2010

[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar

 STICKY MODE ENTRY


Ini adalah special n3 untuk Adik Ammar. Adik Ammar adalah pengidap sakit jantung (PDA) yang akan menjalani pembedahan pada 22/02/2010 nanti. 

Beliau amat-amat memerlukan bantuan dari kita semua bagi mengumpulkan kos perubatan bernilai RM15000. 

Semoga keprihatinan kita semua dapat memberi secebis harapan buat Adik Ammar untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan sihat satu hari nanti.

Pleasse hulurkan bantuan anda untuk beliau. Kisah lanjut mengenai Adik Ammar boleh dibaca di sini. 

 Bantuan paling mudah untuk semua lakukan boleh lihat di sini. 

Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke akaun ibu Ammar di Akaun Maybank sebagaimana di bawah:

Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)  

******************************************************
UPDATED (7 FEBRUARY 2010)

Kepada semua blogger yang ingin membantu Adik Ammar, rajinkan diri kalian untuk klik iklan nuffnang aku kat sidebar tue.....

Ringgit Malaysia yang terkumpul hasil dari semua klik kalian akan disalurkan terus kepada Adik Ammar. Sangat mudah kan... 

Bagi blogger yang mempunyai akaun nuffnang, usaha anda untuk meletakkan iklan charity ini amatlah di alu-alukan....  

Semoga usaha tak seberapa dari kita semua sedikit sebanyak dapat membantu mempercepatkan pengumpulan dana untuk beliau... 

Thanks in Advance  
Related Posts with Thumbnails