Selasa, 2 November 2010

Aku dah cuba detox foot pad

Dah seminggu rasanya aku dapat hadiah detox foot pad yang aku menang kat n3 ni, semalam baru la terhegeh-hegeh nak cuba pakai....

Itupun sebab tengok Hanim yang pakai dulu.....hehehe. Hasilnya after semalaman menempel kat kaki aku adalah kat bawah ni:

SEBELUM


SELEPAS 

Testimoni Ain a.k.a mama danish sarah:

Masa mula2 lekapkan kat kaki, merenyam jer rasa dia. Serius cakap tapak kaki aku gatal semacam. Ikutkan hati nak jer tanggalkan detox foot patch ni, tapi disebabkan nak sangat tengok hasil dia besok pagi, tahankan ajer ler. Budak dua beradik tu pun cuak jer tengok tapak kaki mama dorang bertampal cenggitu. Risau la tu mama dorang sakit ke hapa....hehehe

Hasilnya pagi ni badan aku rasa ringan. Hilang segala lenguh2 badan tak macam sebelum2 ni yang asyik kebas kaki memanjang. Aku ingat lepas ni nak beli satu kotak dan try pakai lagi sampai detox foot patch ni tak tinggalkan kesan hitam. Baru la puas hati toksin dah berkurang dalam badan kita kan kan...

Sedikit info tentang detox foot patch yang aku dapat dari SINI.

 Detox Foot Patch

Tubuh Manusia membuang sisa-sisa toksik di dalam badan jauh daripada hati. Ini bermaksud kebanyakkan toksin disimpan di bahagian bawah badan manusia terutama KAKI. Herba dan campuran bahan organik yang lain di dalam detox foot patch ini mampu menghangatkan kaki dgn membuka point akuapuntur yang tertutup. Dan ini menyebabkan toksin yg terkumpul dalam badan keluar dan menyihatkan badan.

Apa yg bahaya dengan TOKSIN?

TOKSIN membawa pelbagai jenis penyakit daripada sakit-sakit sendi..lenguh badan sehinggalah ke penyakit kronik.

Antara kebaikan Detox Foot Patch:
 
1. Menjalankan proses ditoksifikasi
2. Mengaktifkan sel-sel badan
3. Meredakan bengkak dan kesakitan
4. Menghilangkan penyakit sendi dan tulang
5. Membantu mendapat tidur yg selesa
6. Meredakan penyakit Gout
7. Melegakan keletihan kaki
8. Mengimbang sistem imun dlm tubuh
9. Menyingkirkan bahan buang dlm sistem limpa tubuh badan
10. Meningkatkan kadar fungsi sistem limpa

Cara pemakaian: Hanya tampalkan di tapak kaki selama 6-8 jam sebelum tidur setiap malam.


p/s: cuba jangan tak cubaaaaa.....

Rahsia Disebalik Jerawat


Dah bertahun muka aku tak naik jerawat, entah macam mana minggu lepas keluar sebijik. Manis pulak bila elok dia duk bertapa kat belah pipi kiri neh. Hahaha........ 

Cuba belek muka kengkawan kejap, ada tumbuh jerawat jugak tak? Kalau ada jom kita tengok rahsia di sebalik jerawat kengkawan tu........
 
DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih dan stress. Kumpulan ini biasanya panas baran. Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Isnin, 1 November 2010

Introducing.....Asistant aku di rumah

Disebabkan aku takdak bibik, dah semua kerja rumah perlu dilakukan sendiri, makanya kena la carik inisiatif untuk bantu aku lakukan kerja rumah sepantas-pantasnya...

Mari kita berkenalan dengan pembantu-pembantu aku ya....

1. Kiwi Kleen All Purpose Cleaner
 


Pembantu aku kala di dapur. Tugas dia adalah membasmi segala minyak dan kotoran pada dapur gas, dinding dan lantai tempat memasak. Spray jer pada tempat yang berkenaan dan biarkan seketika sebelum dilap. Lap lagi dengan kain basah atau tisu dapur supaya bahan kimia dia tak tinggal yer.

Kiwi Kleen ni jugak sesuai kalau nak hapuskan habuk-habuk degil yang melekat pada perkakasan rumah. Contohnya pada kipas rumah. Kipas rumah terutamanya kipas syiling selalunya habuk dia payah nak tanggal kan. Kengkawan cuba spray dan biarkan 5 minit. Lepas tu lap dan mesti kipas tu bersih berkilat macam baru.

2. Kiwi Kleen Floor Cleaner

Kalau nak cuci lantai aku suka guna yang ni. Kadang-kadang aku tukar citarasa guna fabuloso atau dettol. Memandangkan hari-hari aku dengan en. is vacuum rumah dan lap lantai (kami guna kain basah), makanya kerja mengemop kami lakukan sekali sekala jer. Floor cleaner ni kami banyak gunakan untuk lantai dapur dan bilik mandi.

3.  Kiwi Kleen Toilet Cleaner

Paling penting perlu ada toilet cleaner ni kat rumah aku. Aku kan tukang cuci bilik air, so nak mudah kena la guna ni. Curahkan sebelum pergi kerja, balik kerja woooooww!!! berkilat toilet bowl kami. Baru la selesa kalau nak bertapa lama-lama kan. Kalau kengkawan ada masalah nak hilangkan daki pada toilet bowl, aku sarankan guna produk ni sebab memang BERKESAN!!

Satu lagi.....

Pernah guna ni tak?? Kalau nak toilet bowl sentiasa nampak bersih jer boleh cuba. Aku sukaaaaa dan kemaruk nak flash jer sebab air akan jadi kolor biru....Cara nak guna dia macam gambo kat bawah ni. Campak jer seketul pastu biar la dia berenang dalam tu.....hahaha.


Ini jer la yang dapat dikongsi setakat ni. Turn kengkawan la pulak share dengan aku guna produk apa. Mana la tau produk yang kengkawan guna tu aku boleh cuba. Sharing is caring kan....

p/s: kiwi kleen, sila lantik saya sebagai duta tak berbayor produk anda....hahaha




Tetiba jatuh chenta dengan dapur gas kaca

credits to fimaco. com.  

Sebelum-sebelum ni aku tak pernah guna dapur gas jenis kaca, tapi sejak dapur gas aku rosak bulan lepas, hubby aku gantikan dengan dapur gas baru....

Dia pilih jenama faber sebijik macam kat atas tu. Rege dapur ni dalam dua ratus plus plus tapi lepas tawar menawar dan bodek membodek dapat la 180 henggit. Paling aku suka tentang dapur ni sebab senang nak bersihkan kotoran lepas memasak. Lap jer dengan kain basah dah pun bersih dan berkilat. Sukaaaaaa tau. 

Bila sentuh bab dapur tempat memasak ni En. Is memang cerewet banyaaaak. Pantang bagi dia kalau lepas masak bini dia tak terus lap. Siappp la berdesing telinga aku menahan panahan bebelan dia. Redhakan ajer la, untuk kebaikan seisi keluarga jugak kan. hehehe...... 

Pssst, agak2 kengkawan macam aku jugak ke? Wajib lap dapur tiap kali lepas masak!! Kalau yang jenis 5-6 kali sehari memasak, fengsannnn wat kerja mengelap jer kan....hahaha 

Related Posts with Thumbnails