
Berpegang pada Prinsip "BERANI UNTUK GAGAL" aku join kontest lagi. Walaupun tak pernah menang dlm kontest gambar bergambar nie, tak kisah la. Janji tali persaudaraan bertaut mesra.... tak giteww....
Kontest menarik kali nie anjuran Syima Syawal. Kalau nak tahu, beliau adalah seorang penulis sebenarnya.... Koleksi buku-buku di dalam banner kat atas tu sume adalah karangan puan shima kita.
Bila sebut pasal penulis ni kan, aku memang cukup kagum. Apa yang selalu bermain dalam kepala aku ni apa tau...... mana la dorang dapat idea nak menulis ni ya.... Aku nie, usah kata nak menulis atau mengarang novel panjang berjela, nak taip entry ringkas kat blog ni pun asyik blank jer....huhuhu....
Memandangkan hobi aku dah memang membaca, so anak-anak wajib ler terikut sama. Paling ketara minah kecik pengarang jantung hati hamba tue...sapa lagi kalau bukan si Sarah. Habis hancur lunyai majalah mama dia kerjakan. Kasi buku dia idak ler dia mau.... perasan besor gamoknya budak ni kans.... bukan tau baca sangat pun, yang dia tahu tengok gambar jer.... Jadik la kan, at least takde la gambar gajah dia sebut semut kan kan...
Nama Anak: Nur Atikah Maisarah
Nama Ibu: Noraini Khani
Tajuk Gambar: Yang Mana Satu Idaman Kalbu
seeee.... kecik-kecik dah tau nak pilih alat mekap sume.. Jangan cakap Sarah ni menurun feel mama dia, sebab mama dia memang tak suka mekap ok. Suka lagi yang natural tau....hehehe....
Sesiapa yang nak join kontest ni cepat-cepat ya. Klik sini untuk maklumat kontest dengan lebih detail. Closing datenya ialah pada 20 Januari 2010. Sila candidkan pic. anak-anak anda kerana aksi yang dibuat-buat akan direject oleh pihak penganjur...