Selasa, 15 Disember 2009

TERINGIN

Sungguh aku teringin... teringinnya nak makan udang galah. Huhuhu.

Jangan fikir bukan2 ok, takde maknanya..... Sarah belum mintak baby lagi. Dia kata takmo....takmo.... hehehe. 

Semuanya gara-gara adik aku la nie. Sebok duk kompang kat rumah mak skang musim orang mancing udang. Tau ler mung nok suruh aku balik, tapi jangan ler umpan aku ngan menda alah tue.... kecur air liur aku. 

Tak sabar nak tunggu petang besok. Nak balik rumah mak dan ambik udang yang aku dah book tue. Sedappnya kalau dapat masak gulai kari atau masak merah...

Sementara tue, layan pic. dan telan air liur dulu ler....Nyum-nyum-nyummm...

'gulai kari'

'sweet sour'

Ada sesiapa kat sini teringin jugak ke? Kalau dekat boleh aku tolong belikan. Tak mahal pun. Satu kilo dalam 30 henggit jer... Yang penting fresh dari sungai tau. 

p/s: pic. credit to google

Isnin, 14 Disember 2009

AKU YANG NYANYUK

Memang SAH.... CONFIRM!!! Aku dah NYANYUK!!! Teruk la kalau berterusan macam nie. Baru anak dua ni wehhh, kecik2 plak tue. Kalau dah berpangkat nenek sek sok entah apa plak yang jadi.. huhuhu....

'agaknya kena ketuk pale cenggini baru tak lupa'

Kalau pagi semalam kecoh pasal kunci ofis yang hilang. Petangnya pulak kecohhh lagiiiii. Kali ni apa kes pulakk Ain oiii. Muahahhaaaa...... handphone lak yg jadik mangsa.Tertinggal kat ofis lagiiii. Tadah telinga jer la dengar en. somi membebel sepanjang perjalanan. Nak suruh dia patah balik, harammmm.... Padan muka aku kans. Entah pebenda la yg difikirkan..... asyik-asyik lupa jer memanjang...huhhhhhh!!!

Selamat ler handphone aku tido dlm laci ofis malam tadi. Nasib baik dalam laci, kalau atas meja, silap haribulan jadi rezeki orang lain kan. 

Apa yang aku duk perasan skang nie, bulan ni jer dah masuk tiga kali kes nyanyuk ni berulang. Awal bulan hari tue, kecoh pasal buku savings anak-anak aku hilang. Buku savings dorang ni memang aku simpan kat ofis pasal senang nak top-up tetiap bulan. Sekali carik boleh pulak buku tu takde... Habis sume laci aku selongkar, tetap jugak tak jumpa.... Carik dalam handbag pun takde.

Mula la otak duk fikir macam-macam. Sedih dan terkilan usah citer sebab tu jerlah sedikit hasil titik peluh aku untuk masa depan anak2 nanti. Bila mintak tolong hubby carikan kat rumah, hubby cakap takde... Kalau dah memang sume tempat takde, jawabnya besok terpaksa la aku ke bank utk bikin buku baru.....

Korang tau tak kat mana buku savings budak2 tu kami jumpa???? Hubby aku jumpa dalam handbag yang aku bawak gi ofis tue..... Dalam handbag yang memang aku dah sedia carik tapi tak jumpa-jumpa.... sentappppp tau!!!

Yang lawaknya, macam mana aku boleh tak perasan ada zip tersembunyi dalam handbag tue. Dalam tue  jugak la aku sembunyikan buku saving dorang nie.... adoiiiya...  

Jangan la lepas ni aku NYANYUK lagi.... dah tak kose rasanya nak tensi-tensi neh!!! Kesian dekat mereka yang tak bersalah terkena tempias sama....huhuhu... 

Ahad, 13 Disember 2009

GARA-GARA SEGUGUS KUNCI...

Hanya kerana 'Segugus Kunci' buat pagi Ahad aku sangat sentap okeh!!! Jenuh mencari ke sana ke mari sampai ke bawah seat kete sume tapi idak juga berjumpa.... sangat sakit hati tau!!! Entah mana aku letak pun tak tahu. Mana la ko menyorok wahai kunciiii.....taim tu kita nak, taim tu ler dia nak ilang.... huhuhu.......Kalau aku ahli nujum kan senang..... telek jer dalam mangkuk ayun tuh!!! pasti nampak kan....

"punca kesentapan jiwa aku"

Disebabkan ilang kunci ni jugak, plan nak sampai awal kat ofis hancusss. Semua benda yang aku buat jadi serba tak kena.... camne nak kena kalau otak asyik duk fikir pasal kunci tu jer.... kat mana? kat mana? kat mana? Adoiiiiiiii!!!!! Tak pernah2 aku hangin macam ni, sampai sarah pandang aku pun mencebik takuttt......isk..isk...isk...kesian buah hati mama yang tak bersalah.....

Kenapa kehilangan kunci tu buat aku sentapppp sesangat!!! Pasal kunci tu kunci ofis. Kalau kunci rumah aku rasa aku tak sekalut ni. Segala mak nenek kunci ada dalam 'segugus kunci' tue.... Dan yang paling penting, dalam 'segugus kunci' tue jugak terselit kunci peti besi yg menyimpan 'amanah' orang pada aku.... Apa aku nak jawab kalau 'amanah' orang tu hilang.... huuuuuhuuuuuhuuuuu..... fenin..... fenin....

Sesampai jer kat ofis, carik punya carik ropenya kunci tu tak ke mana......ada dalam tray kat atas meja aku jer. Macam mana la aku leh lupa nak ambik sebelum balik kerja last day hari tu. Punya la nyanyuk kepala otak aku skang nie.... eiiiiii tak suka.... tak sukaaaa..... 

Nasib la jumpa jugak kan.... kalau tak jumpa camne??? Mati aku!!! Dapat jer kunci, cepat2 bukak peti besi.... harus la terlebih dahulu pastikan 'amanah' orang berada dalam keadaan selamat kan,  sebabnya kunci nie dah dua hari tiga malam bertapa kat ofis.... psttttt, entah-entah ada hantu jembalang yang sesaje sembunyikan kunci aku kat ofis ni erk!!!! hahhaha..... tetiba berfikiran kolot japppp.....

Yang penting sekarang aku dah mampu tersenyum gembira..... Kunci azimat ku dah jumpa. 'Amanah' yang dipegang pun selamat tak ke mana.... Alhamdulillah...

 

Rabu, 9 Disember 2009

PIG FAT-AVOID IT

ELAKKAN MEMBELI SEMUA JENIS MAKANAN YANG BERKOD DI BAWAH:

E100, E 110, E120

E140, E141, 

E153 

E160, E161

E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280

E300, E301, E325, E326, E327

E334, E335, E336, E337

E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436,

E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478

E481, E482, E483,

E491, E492, E493, E494, E495

E542, E570, E572

E631, E635

E904, E920.

Related Posts with Thumbnails