Isnin, 20 September 2010

Raya!!! Raya!!! Raya!!!!

Sana sini bercerita pasal raya sampai semputtt nafas aku kejor n3 korang......hahaha. Seronok betulll tengok kemeriahan raya kawan-kawan semua. Serius cakap aku jelesssss banyakk sangattt sebab aku ada sikittt jer koleksi piccas raya. Rugiiiiii!!!!

Sebelum bukak cerita raya, nak kongsi sikit citer sebelum raya aku. Petang Selasa adik aku dah jemput kakak dia neh balik kampung. Kecohhhh betull dia bila mak tak buat sekut raya tahun ni. Sesedap rasa dia paksa rela kakak dia ni buat sekut raya. Siannn hubby aku kena tinggal dan terkontang kanting keseorangan kat rumah. Tu la, orang sibuk nak balik beraya dia tak habis-habis dengan kerja. Dah tanggungjawab katanya, nak wat camne????.....huhuhu. 

Malam raya pulak dua-dua anak aku demam raya. Kalau sarah dapat pakej demam batuk dan selesema, danish pulak demam n muntah. Danish ni kan, 2 hari sebelum raya dia dah raya dulu. Punya tak tahan godaaan tengok sekut raya mama dia yang asyik keluar masuk oven, dia pi ngap masuk mulut pulak. Sabo jer la mama dia ni tau!!! 

Sarah demam hingga raya ke-4. Berserabai jer dia di pagi raya dengan hingus meleleh....huhuhu'

Memandangkan hubby aku kerja pada hari raya, pagi syawal aku raya kat rumah mak aku dulu. Lepas jumaat hubby balik jer dari kerja baru la terkocoh-kocoh kami gi beraya rumah mil pulak. Tahun ni kat rumah mil meriahnya luar biasa sikit sebab semua adik beradik ada kecuali family abang ipar aku yang no. 2. Rugi besarrr aku datang lambat, tak dapat nak bergambar ramai2 coz masing2 dah tukar uniform dek kepanasan.....hehehe

Jommm tengok aksi raya yang sempat disnap....

Ahli keluarga yang tak pernah nak cukup korum. Family abang ngan adik aku belum sampai lagi waktu ni. Dorang berdua raya rumah mil dorang dulu. Pasangan masing-masing dari kampung sebelah jer, berlari pun boleh sampai. Adik pompuan bongsu aku pun takde dalam pict. ni sebab dia tukang ambik gambaq.

Kami bertiga di hari raya. Abah melaram baju raya kat ofis jer la, namapun kerja kan.... 

Awal pagi lagi danish dah bersiap nak solat sunat aidilfitri kat masjid. Kali ni terpaksa follow tok bak sebab abah kerja. Paling seronok bila dia dapat duit raya dari jemaah masjid... "mama....ustaz bagi danish duit raya".....hehehe... 

Siapa kata budak demam tak leh beraya??? Sarah totapppp ceria walaupun sok sek sok sek kontrol hingus dari keluar....hahaha

Mama with anak dara yang tak abih2 malu2 mioewwww.... 

Posing dengan abang danish pulakkkk....

Budak kecik yang chubby tu sepupu kami tauuu..... nama dia fatin. 

Kalau bab posing serahkan ajer kat fatin.....

Posing lagi dengan adik bongsu mama. Budak kecik baju oren tu sepupu kami e-chah. Siannnn dia tak dapat nak raya ngan abah dia sebab abah dia kerja kat arab saudi. 

Daaaaaaa...... 

32 comments:

Mak Su berkata...

alamak, siannya kat anak2 yang demam time raya, kita orang tua pun gusar dan tak berapa dpt nak enjoy

Ain berkata...

mak su: betul tu maksu....

nak berjalan pun takde mood sebab kesiankan anak yang tak sihat....

lagi pulak cuaca panas terik minggu pertama raya tu kan...

LYaFRINA berkata...

itula.. terkejar-kejar dgn n3 raya.. tp suka baca.. sgt2 enjoy...

kesiannya sarah n danish kna demam.. tp nsib baik x melarat n still blh berayakn.. okla tu.

wahhh..suka sgt2 tgk muka ain, sgt2 sweet.. mmg susah nk bgambar bg ckp korum.. sama la dgn family lya.. pun x ckp korum gak..

Ain berkata...

lyafrina: seronok betul baca n3 raya ni kan, sana sini meriah sungguh...

raya ke-5 ain gi beraya kat ibok, nak singgah rumah lya risau pulak lya takde kat rumah, lagi pulak sarah dah zzzzz dalam keta....

rugi betulll...

♥Cik Puan♥ berkata...

ala cian yer..tapi pagi raya semua dah ceria..ok la tue ain... :)

r|nA @ ja|j|na berkata...

alolo, kesian sarah..org syok² raya dia buleh demam pulak..cobaaann..

yang penting raya tetapp raya, janji $$ raya masyuk kan, hehehe..

Suziey Ahmad berkata...

alor siannya sarah demam laplak..heeh..cuaca la tu..aQeel pn hampir2 nk demam mlm raya tp cpt2 bg ubat:D

oo hubby keje ek..huhu xbestnye la kan..hmmm..

Ain berkata...

azie: pagi raya danish terus sihat walafiat, sarah pulak demam balik lepas solat jumaat....

nasib baek 2-2 elok jer peelnya...

mamaarifakeemaisy berkata...

aloor ciannye anak2 demam tak sihat..tp nmpk muka ceria je di pagi raya! ^_^...ok dah ni..ada gak kenangan di pagi raya kan..hehe..

Ain berkata...

jaijina: budak berdua ni memang excited giler bila dapat duit raya....

danish paling sonot sebab dia dah aim nak beli model lori tanker kat stesyen minyak petronas...

abih laaaa wit raya dia lepas ni...

Fieza79 berkata...

walo sarah kurang sihat pon still beri kerjasama begamba..orait la tu...

Ain berkata...

suziey: ain dah biasa hubby kerja hari raya, so far tak terasa sangat sbb keluarga kami dekat2 jer...

lagipun waktu kerja time hari raya ni kejap jer, kalau masuk kul 6 pagi kul 12 dah boleh balik dah...

hehehe....

Ain berkata...

mamalieyna: dorang sonot kutip sampul raya tue....

hehehe...

al-lavendari berkata...

gambar fatin sorang-sorang tu, betul2 macam model !

gambar makcik dia dalam n3 sebelum ni, macam puteri duyung.

Ain berkata...

fieza: nasib baik dia sporting kan, kalau tak frust la mama dia....

tak dapat nak bern3 raya....

Ciklinn berkata...

ciklinn umar yg tak demam ni pun rasa malas nak beraya.. duk nak meragam jerkkk....

ain... rasanya baru skrg ciklinn nampak gambar penuh kamu yang oii....

slamat hari raya

Ain berkata...

al-lavendari: apakah fatin mewarisi bakat terendam makcik dia atau makcik dia yang ambik course modelling dengan fatin????

hahhahaaaaaaa....

selamat hari raya untuk uncle sekeluarga....

Ain berkata...

ciklinn: umar ciklinn sama dengan anak buah ain baby Q....

tapi dia nangis bukan sebab tak selesa gi beraya umah orang, tapi nak titun dalam buai.....

hadoiiii la, terpaksa kitaorang berkejar balik rumah semula...

Softtouch [Hanim] berkata...

alahai ciannye anak2 demam..tp tgk dorang tetap hepy yer..yelah raya kan budak2 sukalah..kali ni mcm ramai plak yg demam waktu raya..

CatlinaFly berkata...

e-ein demam before raya..sampai maasuk air..huhuhu..syukurlah sarah dah sihat..

MyKhalish Journey berkata...

ala siannye dmm di hr ry.. abah plak kerja. apepun hr ry ttp meriahkan sbb ramai sedara mara penceria suasana. hehehe

Lily@MamaZaraZareef berkata...

alahai..siannye anak2 demam di hari raya yek..tp kire oklah, wlu demam nmpak diorang menten ceria..hehe..nway, suka tgk baju melayu abg danish..tanteklah kaler tuh..=)

NzA berkata...

kesiannya raya tnpa abah ttp xpelh, masih boleh beraya dgn family...

cheqna berkata...

nape tetiba i jatuh chenta ngan u ni kak????

Ain berkata...

hanim: agaknya sebab cuaca asyik hujan dan panas terik, tu yang ramai demam musim raya....

Ain berkata...

catlina: kalau sampai masuk air memang kesian....

Ain berkata...

mykhalish: dah berkumpul ramai2 memang tak terasa orang tersayang takde....

seronok tak terhingga....

Ain berkata...

lily: dorang happy sbb memasing sonot dapat duit raya....

hahaha...

Ain berkata...

kak nza: tak kisah sangat kak sbb hubby kerja dalam beberapa jam jer....

dalam pada kerja tu jugak boleh singgah rumah kejap dan masuk kerja balik...

Ain berkata...

cheqna: tu la sape suruh u tenung ai lama2....

hahaha.....

~aSHa~ berkata...

berkenan la kat tudung kak ain tu...dan kaler baju kurung...menyerlah

Ain berkata...

asha: tudung ngan kain baju ni akak beli kat desa murni, 2-2 tu rega dia 17 henggit....

murah kan....

Related Posts with Thumbnails