Rabu, 29 September 2010

Berita Baik Untuk Peminat Wayang Di Terengganu


JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.

Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.

"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.


Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda.

"Wajah baru ini diperkenalkan pertama kali sempena pembukaan multipleks Wangsa Walk April lalu yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Reka bentuk yang menitikberatkan keselesaan penonton dan memperlihatkan persekitaran berasaskan gaya hidup serta ruang menunggu yang lapang akan membuatkan penonton berasa santai sementara menunggu tayangan filem bermula," katanya.

Mesra OKU

Tambahnya, tempat duduk dalam pawagam memberikan ruang antara tempat duduk yang lebih lebar dan ruang letak kaki yang lebih panjang untuk menjamin keselesaan pengunjung.

Ujarnya, multipleks itu juga menitikberatkan golongan kurang upaya (OKU) dengan menyediakan keperluan tandas yang direka bentuk khas untuk mereka termasuk laluan bagi kerusi roda dari foyer ke pawagam.

"Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.

Sebagai menghargai sokongan penonton di Terengganu, sempena pembukaan TGV Mesra Mall baru-baru ini, TGV memberikan ganjaran tiket percuma untuk dua sesi pertama tayangan pada hari pembukaan. Sebanyak 1,000 tiket habis diberikan kepada pengunjung pada 25 September lalu.

Selain itu, mereka yang membeli set kombo pula mendapat minuman Coca-cola atau F&N Seasons Soya dalam tin secara percuma.

TGV Cinemas adalah pemilik dan pengendali pawagam multipleks terulung di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Setakat ini TGV sudah mempunyai 15 multipleks dengan 114 skrin dan hampir 23,000 tempat duduk.

credits to: kosmo

p/s: Sebenarnya aku dah tau tentang pembukaan panggung wayang kat mesra mall ni jumaat lepas. Adik aku yang inform sbb dia pun dapat tiket percuma tu. Senang la nak gi tengok wayang lepas ni kan. Aku sendiri pun, sejak bergelas isteri en. is pernah sekali jer masuk panggung. Itupun waktu kami mula2 kahwin dan masih dalam mood pengantin baru....hehehe 

18 comments:

cheqna berkata...

nok g r kekgi2..

Ain berkata...

@cheqna

jangan lupa blanje kak ain sekali, mahal tu tiket dia, 12 henggit untuk dewasa....

Zaidah berkata...

klu dah kawin memang agak susah skit nak gie tengok wayang....lagilah klu ade anak kecik...tak bleh nak fokus...

Ain berkata...

@Zaidah

betul tu zai, silap haribulan anak2 pulak yang buat wayang dalam tu...

mengamuk dan menangis nak keluar...

haha..

Softtouch [Hanim] berkata...

lepas ni bolehlah ajak en is tengok wayang..

az rina a.k.a jaijina berkata...

wah², dah maju skang ye mamang..so takyah lah nak pegi sampai kontan kalu mau nonton..macam² ade dah kat kemaman skang ni..

Ain berkata...

@Softtouch [Hanim]

kalau nak pergi kena la carik waktu anak kat sekolah, kalau tak susah...

ain risau dorang tak bagi kerjasama dlm panggung tu nanti...

Ain berkata...

@az rina a.k.a jaijina

kemamang maju dari daerah lain sbb MB kan orang kemamang...

dok lama lagi giant pulak siap kat kijal tu...

untung sungguh la orang kemaman ni. orang paka tumpang tempias jer la...

hahaha....

kella berkata...

wah... ade wayang doh.. bagus bagus.. kalo dulu, orang2 teganu selalu turun kuantan je nak tengok woyang.. hehehehe...

zue @ annaleeya berkata...

bagus ar doh ader panggung wayang.... besenye msti turun kuantan ork????

en_me berkata...

abes bangkrapla towkey wayang kat kuantan tewwww.. uhuhu

al-lavendari berkata...

uncle tengok kat tv yang tak berbayar jer lah nanti.. !

p/s: uncle ada masalah nak komen entri ain kat tempat kerja. ain ada tambah gajet atau wijet baru ke ? ofis uncle pasang alat yang block laman2 sembang online. fb langsung tak boleh.

mamalieyna berkata...

waaa syok la kaki2 wayang@ ganu ni..hehe..

Ain berkata...

@kella

jimat la sikit minyak keta lepas ni....

hehehe...

Ain berkata...

@zue @ annaleeya

kalau dulu, kuantan tu la tempat paling dekat nok tengok wayang....

lerning dekat la banyak...

haha...

Ain berkata...

@en_me

susut la pendapatan dia kans...

Ain berkata...

@al-lavendari

ain pun biasanya tengok wayang tak berbayor kat tv jerk...

ada anak kecik, payah sikit nak kelek anak bawak masuk dlaam tue...

huhuhu....

p/s: mungkin sebab ain tambah "reply to comment" kat kotak komen ni yang buat uncle susah nak komen...

nak kena remove ke uncle....huhu

Ain berkata...

@mamalieyna

tak payah la susah2 lagi nak gi kuantan sana nun kan...

hehehe...

Related Posts with Thumbnails