Khamis, 2 Julai 2009

DI KALA SUBUH

Pagi ni, aku terbangun awal sikit dari biasa. Semuanya gara-gara hubby aku. Ari ni dia masuk kerja kul 5 pagi. Elok2 jer dia keluar bilik, tetiba plak ketuk pintu bilik suruh aku bukakkan pintu. Ropenya dia terlupa nak ambik kunci van. Carik punya carik kunci tak gak jumpa. Alih-alih jumpa kat belakang pintu. Nyanyuk betul laling aku ni tau....

Lepas jer hubby keluar, aku plan sambung tido. Baru jer nak terlelap, tetiba dengar cam bunyi orang nak masuk rumah. Aiiii...... dah dekat nak subuh pun ada hati lagik nak mencuri ke? Aku cepat2 bangun kunci pintu bilik. Lantak la ko nak ambik apa kat luar tu, janji aku ngan anak2 aku selamat. Aku baring semula kat atas katil, sesambil tu pasang telinga. Nak tido pun dah tak jadik dahhhh.

Sekali tu kans, aku cam terdengar bunyi orang kena belasah. Gedebakkk..... GEdebukkkk..... ni tak leh jadi nehhh. Hubby aku ke yang dorang tengah ganyang tuuuuu. Otak aku dah mula fikir yang bukan2. Kalau aku bukak pintu kang mmg betul ada pencuri kat dlm umah aku camne? Naya aku!!! Tapiiiiiii..... kalau aku tak selidik, dan sah2 hubby aku yg kena belasah, lagik nayaaaa!!!! Apa  nak jadik jadik la, aku kena selidik gak ni. 

Dengan penuh tawakkal aku bukak pintu bilik. Ngintai kat ruang tamu rumah aku. Takde pape ponnn. Aku tak puas hati lagi nehhh. Aku pergi lak dekat ngan tingkap dan intai kat luar. Aku nampak hubby aku duk terbongkok-bongkok dekat ngan pintu van yang terbukak. Sudahhhhhh!!!!! Kena pau ngan pencuri lagik ke??? Ari tu dah pernah kena skali dah..... abih gaji hubby aku dorang ambik. Sib baik gak dompet dorang tak ambik.....

Kali ni aku tak kira dahhh. Aku bukak jer pintu depan rumah aku tu. Nak tahu gak apa yang tak kena ngan hubby aku tuuuuu. Lagi pun aku nampak cam takde orang lain yang mencurigakan kat situ.

Aku: Nape bang?

Hubby: Ni ha...... patah. Dia jawab tanpa toleh kat aku.

Aku: Apa yang patahnya?

Hubby: Kunci van ni.... macam mana ntah boleh patah.

Adoiiiiiiya. Ingatkan apa benda la tadik. Penat otak aku fikir yang bukan2 tau. Ropenya kunci van jer yang patah. Mata ngantuk pun dah terang benderang dahhhhh. Tak jadik nak sambung tido lagik dahhhhh. Baik aku gi mandi dan masak lauk utk Sarah...

Kesian gak tengok hubby aku duk usaha keluarkan kunci yg melekat kat starter tu. Siap ambik gam gajah dan carik dawai bagai.... mana la nak carik dawai pepagi buta nehhh. Last2 tepon kawan dia tolong pick up staff dan pick up dia skali.Huhuhuu........ mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ni kans..... Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 

SEKIANNNN.....

   

13 comments:

nita berkata...

camnerr leh patah ehh..
tu laa..
kekadang bila nak cepat..
aderr jerr kesahnyerr..

tapi..

mmg aderr hikmah kot..

Tanpa Nama berkata...

dugaan di pagi hari..mlm td has tido 3 am. men dobi bj..sapu n mop lantai..ac ery makan ice cream..abih belengas lantai...

Lela berkata...

awalnya cik abang pergi kerja..

Ummu Mishkah berkata...

sekali sekala lari dari rutin biasa.. :)

Ain berkata...

sis_nita: betul jugak cakap akak tu erk... agaknya hubby kalut nak cepat, sampai patah konci tu dibuatnya....

honeylanz: lewatnya tido Has.... ain kul 10 wajib masuk bilik. dah terbiasa sejak dari kecik. anak2 ngan hubby pun dah terikut sama. hihihi.... mlm tadi aon pun sempat basuh n lipat baju.. hahaha....takmo jadik cam ari tu...

Lela: paling awal kul 3.30 pagi kak. hubby ain tu trauma sket kalau kena gi keje pepagi sbb dia pernah kena samun dlm pagar rumah. siap letak pisau kat leher lagik. Macam tau2 jer hubby baru dpt gaji waktu tu.

ummumishkah: betul tu kak.... kalau tak, tak dpt la nak rasa masam manis kehidupan ni kan.

ainie aziz berkata...

buat suspen je kan. hehe! tapi betul gak, maybe ada hikmah kunci tu patah.

Softtouch [Hanim] berkata...

adoyai mcm mana boleh patah ekkk? Kalu nak cepat tu ade jer yg berlaku kan. Yg xtahann tu yg pk kene blasah tu, teruk yer bunyi nk kuarkan kunci tu....he he he

atie berkata...

Suspen jek....hihi

DaKoSue berkata...

ganasnyer sampai patah btul2 start nih

ibu_Arifa berkata...

saya baca dgn penuh suspen giler lah tadi..nasib baik ending nya okey..selamat semuanya..
takut lah sebut2 pencuri nih..mintak simpang lah kan..

Unknown berkata...

Hehe wat suspen jer tau..igatkan tul laa td rmh kna masuk pncuri..msti bhati2 tu Yang..skrng ni pn mcm2 kes dh blaku kan..kita kna slalu curiga

Ain berkata...

ainie aziz: tu la... ain mmg ingat ada pencuri. sib baik bukan tau.

Softouch [Hanim]: agaknya bunyi gedebak gedebuk tu bunyi tapak kaki hubby masa pijak lantai. Biasa la kan, badan besar jalan mesti ada bunyi. kita yang telinga lintah ni cepat jer tangkap.

atie: hahaha.....berdebar gak jantung neh nak bukak pintu. mana la tahu tetiba kita lak kena terkam..

Ain berkata...

Da Ko Sue: hari ini dlm sejarah tau aksiden patah kunci tuuuu. dah lebih lima tahun hubby akak jadik pilot kat darat, tak pernah lagik kunci patah. mungkin tuhan nak jauhkan dia dari sesuatu yg tak baik agaknya.....Alhamdulillah..

ibu arifa: akak pernah sampai termimpi-mimpi rumah masuk pencuri disbbkan takutt ngan pencuri tauuu. kalau hubby takde, tidor mlm selalu tak lena sbb otak fikir yg bukan2.

Mama Qaseh: tu yang tidor malam termimpi-mimpi tu... perasaan curiga kuat sangat. lebih2 lagi kalau hubby kerja shift malam.

Related Posts with Thumbnails