Selasa, 7 Julai 2009

DIA START BOIKOT LA PULOKK

Hambekkkkk...... padan muka aku. Sarah dah start boikot aku la pulokkkk. Sejak balik dari rumah ibu dia petang semalam sampai la ke pagi tadik dia terus-terusan takmo minum susu yang aku kasi. Nampak botol susu pun dia dah start geleng kepala.

Huwaaaaaa........ kali ni aku memang sedey tahap gabannnnnn dah nehhhhh. Menyesalllllll pun ada. Aku jadi rindu nak dengar suara dia mintak susu. "Ucu.....Ucu...." sampai la aku kasi dia susu baru dia diam. Selalunya bila dia nak tidur dia mesti mintak susu dulu, tapi malam tadi dia hisap puting sampai terlena. Sebelum tu aku paksa gak dia minum susu yang aku dah buat, tapi dia ngamok-ngamok sampai terhantuk kepala kat dinding..... Aduhhhhh bersalahnya akuuuuu... tahan telinga jer aku kena bebel ngan hubby sebab paksa dak kecik tu. 

Syukur jugak kat rumah ibu dia pagi tadi dia nak minum. Habis sebotol susu yang aku siapkan awal-awal utk dia. Kalau la ngan ibu pun Sarah boikot jugak, mama tak tahu nak kata apa lagik dahh. Mati akal la mama camne nak pujuk Sarah minum susu semula. Excelli, aku memang dah tukar ke susu asal dia balik. Malam tadi gi kedai beli semula satu tin besar Dutch Lady 6-18 bulan tu.

Skang ni aku berdebar nak tunggu petang...... tak pasti petang ni dia still nak boikot aku ke tak. Tak sanggup rasanya tengok Sarah berlapor lagi. Trauma dah anak aku tu tengok botol susu kat tangan mama dia..... 

Idaman Sarah

20 comments:

Tanpa Nama berkata...

cian lak kt sara..takut dia lapar aja...ery pun dah start pandai ckp.."tak nak" ..hehhee..tp lps tu dia capai botol susu tu sendiri..

Ain berkata...

honeylanz: tu la, risau sgt takut dia lapo.. tapi hubby cakap la, kalau dia lapo mesti dia minum punya...tapi sarah sampai ke pagi tak bangun minum susu... huhuhu....

Softtouch [Hanim] berkata...

pndai dia mrajuk yer..cube balut botol tu ngan kain ker,tukar botol susu lain ke atau pakai mug utk dak tecik tu..sabarlah yer mama sarah..

nita berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zareda Norman berkata...

lama lama sarah oklah tu.. sabo ajelah

Neeza.Areef berkata...

alahai payah plak dah camne nk pujuk tuh

nita berkata...

ish..
sarahhh dah pandai boikot ehh..
ko jgn biar sarah tu mogok lelama dikk..
bahaya kangg..
cuba laa cara terbaik yerr..
huhu!

Miss Izah Mohamed berkata...

alahai..
kecik2 da pandai boikot nye..
biase laa tu sis... budak2.. cam2 ragam dia..
nant elok la tu :)

Ummi Alisya berkata...

kak, anak2 zaman sekarang bukan demand tau, tapi bijak ya amat. even sarra anak ita tuh pun pernah merajuk x nak susu! ni kan pulak anak akak sarah. ade hubby ita nak sgt anak minum susu soya, sudahnya budak tuh meradang! langsung x nak susu asal... nih, sarah akak yg bijak nih lagik lah tau die ditipu ke idok... cian sarah...bijak kan?

Ain berkata...

Softouch [Hanim]: kalau petang ni dia still boikot jugak, kena la cuba mcm yg hanim suggest tu...mlm tadi tak sempat nak cuba sbb dia dah melalak terhantuk dinding...merajuk terussss.

Zareda Norman: harap2 camtu la kak....

Ciklinn berkata...

alahai pandaii lak dia boikot yer....bukan mainn tau anak dara ni

Ain berkata...

neezareef: tu la.... akak pun dah fenin. moga2 hari ni rajuk dia tu hilang la hendaknya

sis_nita: tengok la petang nanti camne, kalau tak kena ikhtiar jugak ler...

Miss Izah Mohamed: sama2 kita doakan ya... tak sukanyeee kalau dia merajuk... payah tau nak pujuk balik..

ita zakaria: akak setuju ngan ita. kadang2 dia lagi bijak dari kita.... kena merajuk gak kalau tak tak dapat la apa yg dia nak kan?

Ain berkata...

ciklinn: kalau asyik kita jer yg nak kena mengalah, parahhhh gak kan?

mama idzareef berkata...

ermm..nape dia boikot?tak suke ngan susu yg br tu ke..hmm..myabe leh try bg susu lame dia then campur susu baru sket2..cthnya..if nak buat 4 scoop.. 3 scoop guna susu lama then 1 scoop lagi guna susu baru.. then slowly tambah2 scoop susu baru.. aritu doc suggest kat saya mcm tu if nak tukar susu anak..hmm..

Tanpa Nama berkata...

Cuba sesekali ko plak merajuk...ngeh3X.Tengok jadik apa plak..

MAMADANISH78 berkata...

kita ni mmg kalau boleh nak jugak usaha..sampai la anak tu minum susu..tp lelaki ni tau nak marah jek klu tak bjaya...lagi2 la bila tjadi kes mcm ain ni...leh pulak terhantuk kat dinding...uuhuhu...tahan je la..
susah jugak nak layan karenah anak bila bab2 susu ngan makan ni...byk2 bsabar ye..boi tunggu sarah betol2 lapar..pandai la sarah mintak nnti...

DaKoSue berkata...

cian nyer dia merajuk ye meh untie pujuk....

♥ Che NamNam ♥ berkata...

wahhhh dah paidai diyer boikot segala yerk..kemainnn lagikk dak kecik nihh..cian diyer weh..sanggup tuhh berlapor...

ater sebelum nihhhh diyer minum susu aper..?naper ko nak tukor lak..?

Ain berkata...

mama idzareef: thanks 4 the idea. Ain pernah try buat camtu, tapi dia boleh rasa susu tu dah kita campur ngan susu lain. dia takmo jugakkk.

Sis Aryanni: aku tak berani kak....carik nahasss tuuuu. nanti takot hubby kata "abang kawin tigaaaa". Naya aku kak. sekali dia pulun dua terusss. Nauzubillah....

MamaD: tertunggu-tunggu saat dia mintak, tak jugak sudahnyaaa. skang ni ngan ain jer dia takmo, ngan ibu dia ok jerk.

ain dah start buat keje jahat dah neh... campur susu tepung yg sarah takmo tu dlm susu danish. Boleh pulak Danish tu kata susu tu sedapppp. siap tanya lagik mama beli susu baru ker? mama dia tak berani nak kabo yg susu tu sarah punya...ain takut dia muntahhh. qiqiqi....

Ain berkata...

Dakosue: meh la sini. tulun akak pujuk dia neh... kalau dapat pujuk akak kasi adiah... hahaha... nak tak????

shi3la: sesajer aku nak tuko sbb umor dia dah lebih setahun kan.. kasi dutch lady 123 lak la. sekali dia majuk takmo minum terusss... padan muka aku... pepandai sgt wak eksperimennn..kenkonon nak jadik saintis la....

Related Posts with Thumbnails