Selasa, 12 Oktober 2010

Gambar Persandingan Dato' Sheikh Muzaffar Shukor Dan Dr. Halina

Dari semalam aku duk cari, kat mana la boleh tengok foto ekslusif persandingan kayangan angkawasan negara kita nie, akhirnya hari ni jumpa jugakkkk....

Actually tak puas tengok kedua mempelai bersanding masa siaran langsung kat tv3 tempoh hari. Meriah sungguhhhhh kan. Paling suka dan teruja bila tengok pengantin perempuan yang tersenyum manisss sepanjang masa. Memang cocok dan sepadan sekali dengan Dato' Sheikh Muzaffar...

Credits untuk Gua.Com. 
























Nak tengok lebih banyak aksi kedua mempelai, klik SINI. 

Isnin, 11 Oktober 2010

1st BE


Akhirnya dapat jugak, walaupun hanya satu.....

Bukan dari blog yang ini tau, tapi dari yang INI....

At least ada la jugak dari takde langsung.....

Boleh la wat penawar rajuk ari tu.....hahaha 

p/s: masih lagi mencari rentak setelah bercuti sejak khamis lalu. takde mood langsung nak update blog...huhuhu

Khamis, 7 Oktober 2010

Status Halal Burger King


Bila baca jer komen Kakcik pasal burger king ni  diragui status halalnya, sepantas kilat aku call Jakim. Mana boleh main belasah jer makan, papepun mesti sahkan dulu baru boleh pergi. Actually sebelum2 ni, aku pernah la nampak sijil halal yang dorang gantung kat restoran burger king dorang tu, tapi mana tau kan, kot-kot la sijil tu sijil palsu. 



Bila dua tiga kali dail, panggilan aku tak berjawab aku dail dan dail lagi. Sesambil tu aku google carik info pasal status halal BK ni dekat laman web. Satu pun takde website atau laman blog yang cakap BK ni halal melainkan haram tak boleh makan. 

Tak boleh jadi kalau gini sebab aku dah pernah makan....huhuhu. Disebabkan nak jugak tahu halal ke tidak, aku tunggu la sampai pihak jakim jawab panggilan aku. Dan akhirnyaaaaaaa terjawab la segala persoalan. Alhamdulillah pihak jakim dah sahkan burger king selamat dan HALAL untuk dimakan. Buktinya kat SINI.


Tapi kan, bila terbaca pengalaman kengkawan yang dah serbu BK hari ni, berbelah bagi pulak aku nak bukak puasa kat sana ke tak. Silap haribulan karang ada pulak yang bukak puasa telan air liur ngan ambik bau burger tu jer....hahaha

Rabu, 6 Oktober 2010

Sarah Dan Tudung

Perbualan antara seorang ibu dan anak sebelum keluar rumah pagi tadi...

"mama, nak kaka pakai tudung...."(sambil unjukkan tudung dia kat mama)....

"kejap lagi la, nak keluar baru pakai"

"tu mama kaka pakai tudung...." (sambil pegang tudung mama)

" mama kena la pakai dulu sebab mama bersiap lambat. sarah takpe, sarah pakai kejap jer...."

hahahaaaa.... tersenyum aku dengan telatah sarah ni. Dah pandai bagi alasan bila kita cakap itu ini. Bijakkkk!!!!Bijakkkk!!!

Actually sarah ni tak kira tempat tak kira masa, datang mood dia nak sarung tudung dia sarung jer. Since dia dah pandai pakai sendiri, lagi la kemaruk nak bertudung. Paling tak tahan, siap duk depan cermin lagi semata-mata nak betulkan tudung dia takmo bagi senget atau keluar anak rambut. Sebijik ikut gaya mama!!! hahaha.....

'kali pertama bertudung diusia 11 bulan'

'kini di usia 2 tahun 6 bulan'

Besarr dah anak dara mama ni. Luv u soooooooo muchhh!! 

p/s: mamie tu mama kasi sarah wat main jer supaya sarah duk diam...

Related Posts with Thumbnails