Selasa, 6 Julai 2010

Pleaseeee...... Pick-up The Phone!!

Bengang tak rasanya bila kita buat panggilan, tapi orang seberang sana senyappp jerk!!!

Kita dail lagi dan lagiiiii (kadang sampai masuk message dan kredit kita kena telan), dia buat endah tak endah jugakk....

en. google punya....

Kalau orang tu duk dekat ngan kita, rasanya dah lama dia kena pelangkung kan kan.....

Aku bukan la nak mengata orang, tapi tengah duk fikir-fikirkankan masalah sendiri ni.......

Kalau dengan henfon asyik lupa memanjang.....lupa nak keluarkan dari henbag. Yer la, carik henfon pun taim nak buat panggilan atau sms orang jer. Sekali sekala ambik la jugak wat snap gambo ke hapa. 

Bila henpon syiokk tido dalam henbag, mula la orang situ sini call aku tak dengar. Agaknya berlori-lori dorang ni duk bebel kat aku kan. 

Padan la en. somi selalu sakat aku suruh gantung henpon kat leher jer.....hahaha

p/s: sorry kepada en. somi (3 miss call), my ofismate (4 miss call plus 1 msg) and sis linda (3 miss call)  yang jenuh tunggu ain jawab panggilan semalam. Uwaaaaa, ain lupa nak keluarkan henpon dari henbag.......

Isnin, 5 Julai 2010

Kacang oh Kacang....

Siapa kat sini tak kenal kacang ?? Memang nak kena la tuh!!

Yang ini bukan kacang cap tangan tapi kacang cap panjang......hahaha


Cuba perhatikan betul2 yang color merah tue, pernah tengok tak?

 'close-up sikit'

Aku mengaku aku memang jakun sikit. Kalau kacang panjang yang aku selalu tengok dan pernah makan yang kaler ijo jerk, lain kaler memang tak pernah jumpa. 

A little bit surprise bila balik rumah mak hari tue, mak bekalkan kacang panjang kaler merah nie.... biar betik!!

Papepun dah selamat aku masak lemak petang semalam. Rasa dan rupa dia lepas masak sama jer dengan kacang panjang ijo tue. Sedapppp la jugak sampai abih nasi satu periuk......hahaha 

Diari Manjaku.....

Nak citer tentang tugas aku yang bertambah lagi satu........hehehe

Setiap hari terpaksa bukak dan tulis diari..... Bukan mama punya diari, tapi anak dara mama yang punya.....


Sejak duk taska baru, wajibbbb setiap hari update tentang perkembangan sarah. No compromise kecuali Jumaat dan Sabtu. Diari ni parents kena sediakan sendiri untuk anak masing-masing. Takde dijual dipasaran tau....hahaha. Paling best, diari tercantik dan kreatif boleh masuk pertandingan dan menang hadiah.... 

Menariknya tentang diari sarah nie, setiap hari cikgu dia akan rekodkan aktiviti sarah sepanjang di taska. Dalam ni jugak, kita boleh tengok mood dia macam mana untuk hari tue.  Senang nak pantau giteww kans.... 

Beruntung budak kecik nie. Kalau nak compare ngan mama dia, dari kecik sampai  ler ni satu diari pun tada'. Memang tak pernah dan tak rajin nak tulis diari. Kalau tanya pasal blog ada ler, tu pun baru setahun dua nie berjinak-jinak rekod semua aktiviti.....

Ahad, 4 Julai 2010

I Likeeeee..........

Balik rumah nanti dengan perasaan penuh munga-mungaaaaa....

Hari ni sangat la murah rezeki.....

Pagi-pagi dapat hadiah kiriman dari Little Mama Diary sebab jadi salah seorang early birds yang join kontest kat blog beliau....

Credits to Kak Ros

Dalam duk happy tue, sedih jugak bila satu hadiah tu hilang cozz envelope dah terbukak......huhuhu.... dah takde rezeki nak buat camne kan.....

'missing-sedey sebab kak ros jahit sendiri hadiah nie untuk aku'

Tapi kesedihan tu terubat bila tengahari encik posto datang bawak hadiah lagiiii.....hehehe....

Kali nie dari Mas yang baru habis bercuti ke Pantai Timur. Hari tue aku sesedap rasa join teka teki tekuk anjuran Mas berkenaan tempat penginapan beliau di Cherating. Antara hadiah yang Mas kasi.....

 credits to Mas

Terima kasih daun keladi, Sukaaaaaa sangattttt-sangatttt.......
Related Posts with Thumbnails