Rabu, 10 November 2010

Kalah pun tak mengapa

Kalau masuk mana-mana pertandingan mesti target nak menang kan kan?? Sama jugak la bila kita join kontest atau giveaway kat dunia blog ni. Bezanya bagi aku, bila kalah mana2 kontest atau giveaway kat dunia blog, frustnya secubit jer. Tapi kalau kontest kat paper, majalah atau syarikat pengeluar produk yang memang kita pengguna setia dia, aku frust banyaaaaakkk....hahaha

Kenapa frust secubit jer?? Aku join sebab nak tambahkan kenalan maya dan juga meriahkan kontest tersebut. Dan aku tumpang gembira bila kengkawan yang memang kita kenal menang dalam kontest yang aku join tu sebab dia memang layak. Suka tau tengok baby2 chomell ni. Kadang2 bila mana2 result kontest keluar aku tumpang sekaki skodeng, padahal aku tak sempat join pun....hehehe 

Percaya tak kalau aku cakap aku tak pernah menang kontest bergambar di pentas blogging ni. Pencapaian paling tinggi pun jadi antara yang ngetop jer. Itupun kalau tak silap aku dalam 3 kontest jer. Antaranya:







Jangan ingat aku tak menang aku dah takmo join kontest dah. Selagi berpeluang berblog, insyaallah blog kontest aku akan tetap meriah dengan n3 kontest. Kalau tengah busy tu tak dapek la nak join.....huhuhu

Yang sama senasib dengan aku (kaloh sokmo), jangan la marah2 kat penganjur andai tak terpilih sebagai pemenang. Kesian dorang tu semua. Nak kasi hadiah free pun kena bambu. Kalau nanti semua serik nak anjurkan kontest @ giveaway, siapa yang rugi?? Kita semuaaaaa jugak kan?

Daaaaa.... 

Selasa, 9 November 2010

Yuran Taska Permata Naik Tahun Depan

Nampak gaya tinggal sebulan jer lagi Sarah dapat merasa taska percuma. Tahun depan yuran dah NAIK dah. Kalau sebelum ni aku cuma bayar RM5 sebulan untuk yuran kelab tanpa perlu bayar sesen pun untuk yuran taska, mulai tahun depan pihak taska Permata dah naikkan yuran taska ke RM180 seorang. Mencanak-canak naik bukan???

Bagi aku kadar tu masih lagi boleh diterima akal. Lebih kurang rate private taska la jugak. Actually kalau kat kawasan Paka ni, kebiasaannya private taska kenakan RM200 untuk seorang kanak2 (3-36 bulan). Kalau nak dibandingkan dengan fasiliti dan kelayakan guru, taska Permata jauh ke depan. Jadinya dengan kadar RM180 tu, berbaloi la lagi parents hantar anak kat situ.

Bagi yang tak pernah tengok keadaan  dalam taska Permata, aku ada sedikit pict. untuk dikongsi...






UPDATED 1: Aku baru jer dapat info yang Taska Permata tempat sarah ni adalah di bawah kerajaan negeri Terengganu bukannya di bawah PAPN (Pusat Anak Permata Negara). Modul pembelajaran adalah sama dengan PAPN. 

UPDATED 2: Klik SINI dan SINI untuk dapatkan info tentang Taska Permata bawah PAPN. Makluman terkini dari PAPN menyatakan tiada yuran dikenakan ke atas mereka yang layak. Walaubagaimanapun setiap ibubapa diwajibkan meluangkan masa selama 4 jam sebulan untuk bersama anak2 di taska.  

 

Isnin, 8 November 2010

Tenet macam SIPUT

Hilang mood aku nak berblog hari ni. Line internet mengalahkan siput b*b*. huhuhu..... Maaf ya kengkawan nak komen kat n3 korang mmg tak dapat, aku blokwalking jer lah ya. Tunggguuuuu tau!!!!! 

Kalau la boleh gantikan siput b*b* ni 


dengan kanggorooo 


Sepantassss ni baru la syiokkkk. Betul tak???

p/s: nak masukkan 2 pict. ni pun berzaman tunggu. Mencikk!!!

p/s: pic. credits to goole 

Ahad, 7 November 2010

Free Eyeshadow Mac.... Nak Tak??


STICKY MODE SELAMA SEMINGGU



Entry ni special untuk mereka yang suka bermekap terutamanya tang mata....


Kalau nakkan eyeshadow MAC percuma tanpa bayar sesen pun, KLIK SINI. 


Kembar aku, Kak Ainzuryn berbesar hati nak kasi free....


Join cepat sebab offernya terhad sehingga raya haji ni. 


Jangan risau jaaaangan susah hati, syarat-syaratnya sangat mudah sekali, kalau tak caya, klik ajer kat SINI. 


p/s: kak ain, jangan saman ain sbb tiba2 ngaku kembar akak yer. sajer ain nak share info ni dengan kengkawan yang lain sebab ramai yang sukakan kontest mentost dan giveaway mudah macam akak punya GA tu.
  
Related Posts with Thumbnails