Kalau masuk mana-mana pertandingan mesti target nak menang kan kan?? Sama jugak la bila kita join kontest atau giveaway kat dunia blog ni. Bezanya bagi aku, bila kalah mana2 kontest atau giveaway kat dunia blog, frustnya secubit jer. Tapi kalau kontest kat paper, majalah atau syarikat pengeluar produk yang memang kita pengguna setia dia, aku frust banyaaaaakkk....hahaha
Kenapa frust secubit jer?? Aku join sebab nak tambahkan kenalan maya dan juga meriahkan kontest tersebut. Dan aku tumpang gembira bila kengkawan yang memang kita kenal menang dalam kontest yang aku join tu sebab dia memang layak. Suka tau tengok baby2 chomell ni. Kadang2 bila mana2 result kontest keluar aku tumpang sekaki skodeng, padahal aku tak sempat join pun....hehehe
Percaya tak kalau aku cakap aku tak pernah menang kontest bergambar di pentas blogging ni. Pencapaian paling tinggi pun jadi antara yang ngetop jer. Itupun kalau tak silap aku dalam 3 kontest jer. Antaranya:
Jangan ingat aku tak menang aku dah takmo join kontest dah. Selagi berpeluang berblog, insyaallah blog kontest aku akan tetap meriah dengan n3 kontest. Kalau tengah busy tu tak dapek la nak join.....huhuhu
Yang sama senasib dengan aku (kaloh sokmo), jangan la marah2 kat penganjur andai tak terpilih sebagai pemenang. Kesian dorang tu semua. Nak kasi hadiah free pun kena bambu. Kalau nanti semua serik nak anjurkan kontest @ giveaway, siapa yang rugi?? Kita semuaaaaa jugak kan?
Daaaaa....

.jpg)






