Jumaat, 5 November 2010

Gunung Merapi catat letusan paling kuat


GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi kembali meletus dengan mengeluarkan gas panas dan debu setinggi 4,000 meter ke udara selain mengalirkan lahar dalam satu letusan kuat pada awal pagi semalam, namun tiada kematian baru dilaporkan.

Seorang pakar gunung berapi Indonesia, Surono memberitahu, letusan itu tiga kali lebih kuat berbanding letusan pada minggu lalu.

"Ia letusan yang luar biasa. Nampaknya, kita mungkin memasuki peringkat yang lebih teruk sekarang," kata Surono.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Jawa Tengah, Djarot Nugroho memberi amaran bahawa wang untuk membeli mi segera, air bersih, ubat-ubatan dan bekalan lain akan habis dalam tempoh lima hari untuk membantu lebih 70,000 penduduk yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Askar-askar membawa golongan wanita dan kanak-kanak ke dalam trak, ketika batu dan debu gugur dari langit.

Letusan itu turut menyebabkan sejumlah kenderaan, pokok dan jalan-jalan di bandar-bandar yang terletak sejauh 130 kilometer dilitupi debu.

Seramai 44 orang terbunuh sejak Gunung Merapi yang setinggi 2,914 meter itu meletus buat kali pertama pada 26 Oktober lalu. - AP

Sumber: Kosmo Online. Lagi berita DI SINI dan DISINI.

p/s: Gerunnya bila tengok rakaman letusan kat buletin utama tadi. Moga warga kita di sana dilindungi Allah dari segala mara bahaya.

New Hair Stail

Sempena dengan deepavali hari ni, aku bertukar ke stail rambut baru. Dah tak larat dah sebenarnya nak berambut panjang sebab banyak nau rambut yang gugur. Bila dah berambut pendek ni, ringan sikit kepala aku. Tak perlu nak risau rambut berbau hapak ke apa sbb seharian bertudung kan...

Kebetulan semalam bawak danish gi gunting rambut, so mama dia pun tumpang sekaki lor. Now, dah jadi pendek macam kat bawah ni. 

 credits to: izyan.com

 Apa macam, kacak menawan tak??? hehehe.... En. is cakap bini dia dah macam lelaki. Tak kissah la laling, janji lepas ni ai tak perlu nak dengar u membebel pasal rambut ai yang gugur kat lantai tu lagikk. Kalau agak2 dia nak gugur jugak, kita botakkan terus carik syampoo yang ini. ...hehehe

credits to: min

Khamis, 4 November 2010

Lets sing together gether....

Dah lama sarah tak nyanyi untuk aunty2 kakak2 sume kan? Memandangkan kejap lagi mama sarah ada meeting kat tadika sarah, apakata sarah temankan aunty2 kakak2 sume. Kita nyanyi sama2 nak tak??? Tapi sarah takde la pandai nyanyi lagu britney spears atau celine dion, lagu kanak2 jer la yang sarah tau.

Lagu pertama ni sarah tujukan khas untuk ibu sarah yang dah lama sarah tak jumpa. Sarah rinduuuu ibu sangat-sangat. Setiap hari bila lalu depan simpang rumah ibu, sarah mesti request ngan mama nak gi rumah ibu. Tapi kan, mama selalu cakap kat sarah ibu takde, ibu dah tak duduk sini lagi. Takpe la bu, walau ibu jauh beribu batu sekalipun, sarah nak ibu tahu sarah tak pernah lupakan ibu. Sarah tetapppp sayang ibu macam dulu-dulu.


Ini pulak lagu bonus sarah hadiahkan untuk aunty2 kakak2 yang sudi singgah blog mama sarah ni. Sesuaii sangat la kan dengan tema musim tengkujuh yang sedang berlaku sekarang ni. Kalau hujan mesti ada KATAKKKKK. 



p/s: sarah mmg pantang kalau abang danish menyampuk waktu dia tengah nyanyi. mula la dia nyanyi dengan mulut muncung dan keras lidah mcm air batu. 

Mama-DanishSarah 1st BE is coming!!!!

YESSSS!!!! Akhirnya merasa jugak blog kerdil aku ni BE yang pertama. Penantian yang begitu lama sekali sampai puan blog merajuk membawa hatinya yang rawan....hahaha. Mana tak merajuknya wehh, setahun lebih aku setia dengan dia, tapi dia buat dek jer kat aku ni.

Siapa yang pernah follow blog aku ni tau la kisah rajuk aku tu kan. Serius cakappp,  rajuk sebulan aku tu bukanlah rajuk yang sia-sia. Jadi, kalau kengkawan rasa blog kengkawan diberi layanan yang kurang mengancamm, sila tiru macam yang aku buat. Kirim la surat chenta bermadah puisi dekat en. nuffy, mesti en. nuffy hadiahkan ferrero rocher sebijik. Kalau bernasib baik lagi, dapat sejambak mawar merah pulak tau!!! 

Presenting my ferrero rocher dan juga sejambak mawar merah dari en. nuffy pujaaan hati....


Actually aku dapat sejambak bunga dulu (7 kuntum semuanya tapi 2 kuntum dah layu) lepas tu baru la cekelet idaman hatiku. Faham ke apa aku cakap ni....hehehe

Papepun, thank you thank you thank you en. nuffy. Love u much much much la.....

Saaaaaayang kengkawan semua jugakkkkk. Tanpa kamu semua sunyi sepi la pondok buruk tak berbumbung aku ni. 

Daaaaaaaaa.... 
Related Posts with Thumbnails