Isnin, 23 Ogos 2010

Naga Tasik Merah......Ehhhhh Ehhhh Bukannnn, Buah Naga La.

Ikutkan hati memang takmo tayang gambo neh, tapi sebab dah tertayang (ter ke atau sengaja...hahaha), korang semua redha jer lah ya....


Alaaaaa, takkan terliur kot. Mesti tak kan kan.... Aku memang tak leh tengok buah naga. Pantang nampak ada orang jual kat tepi jalan, aku paksa en. somi berhenti dan beli. 

Untungnya aku, hubby ngan danish tak suka ngan buah ni. Jadinya yang tukang perabihkan stok tinggal aku ngan sarah jer....

Memang syiokkk habess kalau dapat makan, terutamanya bila taruk dalam peti es. Sejukkk sampai ke dalam perutt....hahaha

Masa baru berkenalan ngan buah naga ni, aku tak reti nak makan tau. Aku kupas kulit dia sampai tinggal isi, pastu potong dadu..... 

Now dah dapat cara paling mudah dan pantasss. Potong jer dua pastu cedok ngan sudu. Tunggu apalagi..... ngappppp ler..... 

 

Ahad, 22 Ogos 2010

Latih Anak Berpuasa, Banyak Cabarannya....

Pada sesetengah ibubapa mungkin takde masalah nak didik anak-anak berpuasa, tapi pada aku boleh tahan jugak cabarannya. Kalau mental kita tak cukup kuat, nak ajer mengalah dan kasi anak berbuka.

Alhamdulillah, setelah masuk hari ke-12 kita berpuasa, akhirnya danish berjaya jugak berpuasa penuh. Bukan penuh satu bulan tapi penuh dari pagi sampai azan maghrib. Masuk hari ni dah 4 hari dia berjaya buat Allah tambah kasih dan sayang pada dia (cara aku psiko dia untuk puasa). Hari-hari yang selebihnya Allah sayang sikit jer la sebab dia puasa separuh hari....hehehe.

Di awal puasa, untuk kejut dia bangun sahur tak jadi masalah bagi aku. Pujuk rayu 4-5 kali, main tarik-tarik selimut, geletek kaki dan badan, dia bangun jugakkkk. Lepas cuci muka dan kadang gosok gigi kadang idak, dia makan apa ajer yang terhidang kat meja. Takde nasi pun dia tak kisah janji ada kurma dan air sudahh. Setiap hari sejak 12 hari yang lalu dia tak pernah tidur lepas sahur. Mama dia pulak yang terbongkang lena atas sofa. hehehe.... Apa dia buat???? Main sensorang dengan keta lumba, lego dan traktor yang dah berkecai separuh badan (jangan dia gi minum air taim aku lena ni udah la kan). 

Bila hari sekolah, tugas memantau dia puasa rasanya ringan sikit. Cikgu yang pantau, mama tinggal dapatkan info jerk. Dalam pada duk pantau tu, pandai jugak si Danish ni mengelat. Dia curik-curik makan bila ada peluang.....huhuhu. Kat rumah pulak, nampak jer kelibat dia nak ke dapur, aku sound cepat-cepat. "Danishhhh..... buat apa tu ha?" Mmemang takde can nak ngelat-ngelat....

Yang aku peliknya, tenaga super power gagah perkasa danish ni. Asal mintak jer ngan aku nak main kat luar, segala letih lesu hilang. Lima nam ploh kali duk tawaf ngan beskal kat kawasan perumahan kitaorg tu pun dia relaks jer.... Apakah dia dah togok air paip????? Fikiran negatif camni datang jugak sekali sekala tau.... Mana taknya, bila lepak sesama ngan kita kat rumah, kejap2 lapar, kejap2 nak mintak minum sikit, kejap kang dah tahan dah ni, mula la sebokkk tanya bape jam lagiiii......

 'kat rumah tokma, main bola sementara tunggu berbuka'

'baru 4 petang waktu ni.....huhuhu'

'ke hulu ke hilir kejor dan sepak bola' 

Sejak 2 hari lepas dia dah mula tido belah petang. Lega sikit hati aku sebab tak perlu dengar rungutan lapar, sakit perut, tak tahan dan sebagainya dari dia. Tengok dia tido lena (almost 4 hours, biasanya 1 jam pun payah) dengan perut kempis sampai terpacak tulang gitar paru-paru, sadissss pulak rasanya. Dalam hati redha jer la, kalau tak sekarang, bila lagi kita nak didik kan....

Syukur Allah permudahkan segalanya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran, tapi takla sesusah manapun. Paling membahagiakan danish puasa bukan kerana ganjaran semata-mata. Dia puasa sebab dia nak Allah sayang banyakkkkkkk kat dia. Dia cakap nanti Allah bagi dia mainan yang macam-macam kat syurga. Hadoiiiii sampai ke situ dia fikir.....

hehehe.....

p/s: apa agaknya pengalaman kengkawan dengan anak-anak ya. Jom la share.  

Rabu, 18 Ogos 2010

Ikat Dua Tocang, Mama Failed....

Yupppp, mama sarah memang tak reti nak ikat tocang....

Kalau satu tocang ok ler, tapi ikat dua tocang memang faileddd. 

Nasib baik jugak sarah selalunya keluar rumah  pakai tudung, so tak ikat tocang pun takpe.....hehehe

Tapi tu la, bila duk kat rumah, mama rimas jugakk tengok rambut sarah berserabai. Dah la rambut sarah ni ala-ala curly gitew, bila tak ikat memang nampak cam budak tak terurus......

Kalau nak tengok ghupe tocang hasil keras tangan mama sarah, silakan yer....

 'senget benget mama kerjakan rambut sarah......huhuhu'

 'tak balance kan kan??'

 'mama sarah cakap takpe, janji anak mama nampak kemas'

'tak kisah la kan, bukan ada yang pandang sarah pun.....duk rumah jer'

'yang ni ok tak? ke senget jugak erk!!

Kesiannn mama sarah tu kan kan...... nak ikat tocang pun tak pandai. Apa la agaknya yang mama pandai. Membebel kotttt.....

hahhahaaaaaaaaaaaaaaaa.......... 

p/s: mood mama untuk berblog bulan pose ni agak wenggg sikitttt, sbb tu la kejap tenggelam kejap timbulll.... 


Ahad, 15 Ogos 2010

Telekung Sembahyang Untuk Sarah

Minggu lepas sarah sonot sangat tau....

Sarah dapat hadiah telekung sembahyang dari tok chek sarah....

Tok chek sarah beli kat indon..... sepuluh henggit jer satu....

Cantekkkk!!!! Siap dengan buah strawberry lagi kat situ. Gerammm jer sarah nak ngappp masuk mulut....hehehe

Lepas ni boleh la sarah solat sesama ngan mama.....

Bestnyaaaaaaaaa...... 

Kat bawah ni aksi-aksi sarah masa cuba telekung ni tauuu.... Mama cakap kena basuh dulu baru la boleh pakai untuk solat.  

 'terpaksa pakai pin sbb telekung ni besor sikit'

 'sarah tak selesa la bila tangan sarah tak leh keluar'

 'eiiii.... gerammm pulak tengok strawberri neh'

 
Related Posts with Thumbnails