Rabu, 3 Februari 2010

PELIK TAPI BENAR

 

Lagi benda pelik yang abang aku jumpa...

Ikan keli albino terperangkap sesama ngan ikan keli biasa dalam bubu yang abang aku tahan kat paya...

Kejadian ni berlaku waktu musim tengkujuh hari tue....

Bezanya ikan keli albino ni ngan ikan keli biasa, misai dia ada dua..... warna sah-sah la putih kan, kalau tak takde la orang panggil dia albino plak....

Selalunya kan, bila kita tahan bubu kat sesuatu tempat tue, sekiranya hari pertama kita dapat hasil yang banyak, hasil tersebut akan berkurang pada hari berikutnya.....

Anehnya di tempat ikan keli albino ni ditemui, semakin hari hasil tangkapan semakin bertambah.... berpuluh ekor masuk dalam bubu sekali tahan (faham ke korang apa aku cakap ni erk)..........

Menurut citer abang aku, lepas 3 minggu baru ikan keli ni mati.....

PEMENANG - TEKA SUKA SUKA

Sebelum kita umumkan siapa peneka paling tepat itewwww, sini mama sarah story mory dulu pekebenda la yang anak dara pingitan dia buat tue.....

Ini memang hobi terkini sarah. Bukan takat jari dia jer, jari sesiapa pun leh jadik mangsa. Kalau dah dapat tu kans, memang tak henggat dunia. Dia punya tak puas hati kalau misi dia tak berjaya, jari orang tu dia masuk mulut nak geget tau.... ntah pape. 

Apa dia buat sebenarnya? 

Jawapannya: Dia cuba cabut dan tanggal kan isi yang terlebih pada tepi kuku mama dia.  Pantang nampak isi terkopek sikit, dapat kat dia terus terkopek banyak. Sakit gila wehhh!!! 

Pemenang bertuah yang paling tepat dan pantas meneka adalah

*

*

*

*

*

DAN HADIAHNYA IALAH 

*

*

*

*

*

* 

 
 'pandangan depan'

'pandangan belakang'

Harap Nadia suka ya. Please email address kat akak secepat mungkin kat sini: ain.flowtech@gmail.com. 

Dahhhhhhh..... nak pi bungkus hadiah plak.. hehehe...... 

Selasa, 2 Februari 2010

CUBA TEKA

Cuba teka anak mama Sarah tengah buat apa?

Nak hadiah? Teka la dulu....

Besok mama kasi tau jawapannya ya...... 

Isnin, 1 Februari 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST

 Musim kontest masih belum berakhir lagi ya. Kontest seterusnya anjuran Pretty Zaza sempena 2 tahun penglibatan beliau dalam dunia blog. 

Apa yang perlu dibuat:

* Buat ENTRY di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambar anak anda berposing manja cam contoh gambar kat banner contest di atas tu..
( HEHEH.. Tak MANJA pun TAKPE la, janji muka baby!! CAMNER posing pun, tetap nampak COMEL! ) 

* Anak anda boleh berposing di mana-mana saja .. tetapi, sila CLOSE UP bahagian MUKA saja tau!!
( Kata, "BABY FACE" contest ?.. Mesti la kena fokus kat muka kan?!!)


TERMA DAN SYARAT :


1) Terbuka kepada semua pem'blog'2 yang ada
2) Add blog ni dalam blog list anda ( sesiapa yang belum jadi follower.. )
3) Letak banner contest di sidebar blog anda dan banner mestilah di'link'kan terus pada ENTRY Ni 
4) Umur anak-anak anda mestilah dari 1 hari hingga 6 tahun.
5) Letak gambar anak anda beserta nama, umur dan jantina.
( Secara otomatiknya anak anda akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu, BABY BOY & BABY GIRL mengikut jantina mereka)
6) Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya saya boleh menjengah N3 anda (bagi link untuk entry tu sekali..)
7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kecomelan masing-masing dan gaya posing yang menarik hati.
8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Febuari 2010 tepat-tepat pada pukul 12.00 tengah malam.
9) Top 10 bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada 10 Febuari 2010
10) Top 5 pada 15 Febuari 2010 dan pemenang akan diumumkan pada 20 Febuari 2010.

Pertaruhannya adalah

*

*

*

*

*

*

*

*


Nama Anak: Nur Atikah Maisarah

Umur Anak: 1 Tahun 10 Bulan

Jantina: Perempuan


BERITA BAIK...

* ANAK/ANAK SAUDARA/ADIK/CUCU/CICIT... SEMUA PUN BOLEH JOIN..SUKAHATI ANDA!! JANJI.. MEMENUHI TERMA & SYARAT KAT ATAS!!


HADIAH-HADIAH MENARIK SEDANG MENANTI PARA PEMENANG... HADIAH APA TU..? TUNGGUUUUU.........
Related Posts with Thumbnails