Selasa, 12 Januari 2010

NEW YEAR GIFT

Tengahari semalam aku dapat 1st gift untuk tahun 2010. Penghargaan sebagai salah seorang top komentar kat blog Kak Nza. 

'dah sampai..'

Thank u kak... suka sesangat... Moga akak terus dimurahkan rezeki oleh Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa....  

Yang seronoknya bukan aku jer yang dapat, ada jugak untuk hero mama Danish. Senyum simpul bila tau ada hadiah untuk dia...

'for mama n abang'

Kak, danish cakap "terima kasih untuk kawan mama". Pagi tadi dia dah mula explore something dengan pembaris tue... nasib baik ada banyak coz adik pun berebut nak jugak... selalu dengki ngan abang tau.... 

'suka la tue' 

MC DI AWAL TAHUN

Hari ni aku mc....... selesema sejak jumaat hari tu dan semalam demam la pulak... Habih sakit segala sendi dan urat dalam badan aku... huhuhu...

Dalam pada duk sakit-sakit ni sempat lagi jemur kain baju bagai... hahaha... Sempat jugak blokwalking dan buat n3. Kalau sakit, aku memang tak suka baring atau tido, lagi sakit badan aku ada la. Better buat apa ajer aktiviti yang boleh keluarkan peluh.... baru la demam cepat baik. Kalau rasa cara aku ni tak sesuai ngan kengkawan semua, jangan tiru okeh... kang tambah melarat plak jadinya...

Harap cepat la baik demam ngan selesema aku nie. Malasnya nak telan ubat hari-hari. Kalau ganti ngan cokelet tu best jugak...

'nasib baik sikit jer ubatnya..'

Jumpa lagi..... 

Isnin, 11 Januari 2010

ADRINI’S 1ST GIVEAWAY

Nak join Adrini’s 1st Giveaway anjuran UmmiKhayra pulak....

Syarat-syaratnya memang simple sesangat:  

1. Tulis entry bertajuk ” Adrini’s 1st Giveaway ”.

2. Letak banner di sideboxes dan link kan kepada

http://www.adrinis.com/blog

3. Letakkan link

http://krochetshop.blogspot.com/

sebagai penaja bersama.

4. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan kawan-kawan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15hb Januari 2010 jam 11.59pm.  

Hadiahnya memang menarik sungguh. Jom cuba nasib kengkawan.......

Rabu, 6 Januari 2010

Baby Wearing Baju Melayu/Baju Kurung Contest

Contest lagiiiiiiiiiii. Kali ni anjuran Anak 2 U. Kalau kengkawan nak cari baju mengandung ataupun baju kids, boleh la singgah blog Anak 2 U ni. Banyak sekali pilihan dan koleksi baju yang lawa-lawa tau....

Untuk syarat-syarat lanjut Baby Wearing Baju Melayu/Baju Kurung Contest klik sini. 

Dan pertaruhannya adalah

*

*

*

*

*

Nama: Nur Atikah Maisarah

Umur: 1 Tahun 9 Bulan

Nama Ibu: Noraini Khani

Email add.: ain.flowtech@gmail.com

Kengkawan yang berminat join contest ni cepat buat n3 korang. Closing datenya 10hb January 2010 jam 11.59pm. Sempat lagi nie..... 


Related Posts with Thumbnails