Memaparkan catatan dengan label TAG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAG. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2009

TAG ANAK DARI HONEYLANZ - MYDREAM

Seperti yang dijanjikan.... hutang tag kedua lak yg nyusul. Maaf ya Has, dekat sebulan Ain peram tag ni dlm aisbox.....keras kejung dah jadiknya neh......

Here we gooooooooooooooooooooo..... 

Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Soklan cepumas dan paling aku sukeeeee....... dengan bangganya nak kabo yg aku dah dapat sepasang ya......sah sah la sorang lelaki dan sorang pompuan....Alhamdulillah..  

Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Aku mengidamkan lagi sepasang......bila tuuuuuu, kena tunggu sampai sarah dah pandai uruskan diri sendiri la.... mungkin 3 tahun lagi kottttt..

Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Si Teruna Mohammad Danish Ikhwan - Mohammad (nama rasulullah) Danish (Berpengetahuan , Bijak) Ikhwan (Persaudaraan) - Semoga mewarisi sifat2 rasulullah yang sangat bijak menjalinkan persaudaraan sehingga dapat menyatukan kaum muhajirin dan ansar..

Si Dara Nur Atikah Maisarah - Nur (Cahaya) Atikah (Pemurah, Berani, Bersih, Yang Murni) Maisarah (Ketenangan, Nyaman, Kemakmuran, Kekayaan) = Semoga menjadi seorang kaya yang sangat pemurah dan baik hati, kaya bukan hanya pada harta, tetapi juga budi pekerti.....aminnn

Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Aku yang memang gila kuasa kalau bab anak-anak.... tapi atas persetujuan bersama jugak la..idea dari aku dan persetujuan dr cik hubby, maka terhasillah nama2 tu...

Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Fikir2 sendiri......pastu cari makna kat dlm buku...

Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Lambat lagi nehhh.....kasi can kat cik hubby lak la ......cian dia kan kan...

Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Terjarak sampai 5 tahunnn.....terrrrrrr ke?????  qiqiqi.....

Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
Dah tak kisah dah soal jantina sbb dah dpt sepasang kan..... tapiii kalau dpt kembar best jugak ni....

Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Dua-dua sangat sensitif dan rajin mengemas....untung aku takyah pakai orang gaji.....  

Isnin, 3 Ogos 2009

TENTANG AKU

Minggu ni aku nekad nak selesaikan segala hutang piutang tag yang ada....kalau hutang tu bleh bebunga dan berbuah untung jugak kan.... berangan.....berangan...
Hari ni nak settle hutang tag ngan dak Mya Hanny....Rajin ko tag akak ya.... Sila blanjer akak eskrem cornetto 4 ketul sbb akak dah bayar hutang neh.....Jangan buat2 lupa lak ya.....qiqiqi..... 
1. Nama-nama timangan anda ?
> Ain = dipanggil oleh cik hubby dan kengkawan  
> Mama = dipanggil oleh Danish & Sarah
> Kak Ju = dipanggil oleh adik-adik & abang (panggilan ni abang aku yg letak masa dia kecik2 dulu sbb terpengaruh ngan nama kawan dia..... huhuhu.... tak sukeee....tak sukeee)
> Noraini = cikgu-cikgu masa kat skolah dolu2


2. Anda Orang Yang ?
Akulah orang yg tek reti nak menilai diri sendiri.........payah tu wehhhh. Boleh tak korang tolong nilaikan aku ni manusia yg macam mana...... kutuk jer kalau korang rasa nak kutuk, aku tak kisah punyer malah aku hargai lagik.... sekurang-kurangnya bleh jugak aku perbaiki diri aku ni....... pleaseeeeee..........tolong yerk.....

3. Insan Teristimewa Dalam Hidup Anda ?
- Anak-anakku 
- Suamiku......."abang jangan kecik hati ya....duk list yg kedua bukan yg pertama"  
- Ibubapaku......Adik-adikku....Saudaraku.... dan Sahabat-sahabatku....

4. Lagu kesukaan aku ialah...
- Lagu yang sedang berkumandang kat blog aku ni la..... 


5. Makanan Kesukaan ?
- Janji halal dan konyang......sume aku bantai......

6. Warna Kesukaan Anda ?
- Biru + Hijau + Ungu = cuba korang campur jadik color apa......hahaha  

7. Sikap Yang Buatkan Stress ?
- Aku paling benci ngan manusia yg suka menipu....... berterus terang jer dengan aku kalau buat salah, aku tak kisah sbb manusia bukannya sempurna kan..... yang aku tak boleh nak terima dan sakit hati bila orang tu dah buat salah pastu nak putar belit plak..... siappp arr kalau tembelang tu pecah......takde nya aku nak percaya kat orang tu lagi...

8. 5 benda Mesti ada dalam Beg ?
> My Handphone - wajib adoooo
> My Purse - selalu buat aku tension sbb sarah suka main ngan purse aku ni.... boleh ke keluar rumah tanpa purse??? Cam janggal jerk!!! 
> My Perfume yg cinonet-yg penting takde alkohol 
> Puting ngan keldai bucuk Sarah - wajibb ada kalau keluar jenjalan
> Nivea Lip Balm - sahabat baru beg aku.....kekadang tu tertinggal jugakkkk

9. Kali terakhir menangis?kenapa?
-Beberapa minggu lepas....... sangat tersentuh dengan n3 http://mulancomey.blogspot.com/ yg kehilangan anak tercinta yg baru berusia 24 hari. Semoga dia kuat dan tabah menerima ujian Allah..

10. Tag 10 Rakan

Buat sume yang terbaca, terpandang, tertengok dan segala macam ter..................... Buat la kalau korang tak sibuk k..... tiada sebarang paksaan kerana ni sume sekadar utk suka suki sajork.....


Rabu, 20 Mei 2009

ERTI KAWAN

Aku sangat tertarik ngan email ni. Apa erti kawan pada anda? Apa kata aku gunakan e-mail ni untuk lihat carta aku kat nombor berapa. hahaha...... cam carta lagu erk!!! Kerja kengkawan senang jerk, letakkan jer komen kat n3 aku ni....... aku nak tengok berapa ramai kengkawan yang sayang kat aku. Kalau aku dapat kurang dari 10 respons aku stop blogging. qiqiqi..... aci ke????   

kata mak,

KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......


kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....


kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....


kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....


kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan, kawan makan kawan!!


kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........


kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....


kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......


kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!


dia tetap kawan....
tau tak sebab ape???

sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!! 

walaupun kita mempunyai kekasih, tapi
KAWAN tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
KAWAN tetap paling berharga.

Tinggalkan komen jika kamu anggap aku KAWAN selamanya,

Publishkan di blog kamu juga dan lihat berapa banyak KAWAN yg sayang kamu.

Rabu, 29 April 2009

ENTRY TIME BUSY

Aku amat-amatlah sibuk seminggu dua ni. Bukan sebab aku banyak kerja tapi sebab aku sibuk cari kerja atau dengan kata lain saje2 menyibukkan diri. Hambek ko!!!! pening ler kepala korang semua nak pahammm. Aku bukan apa tauuuu, aku takmo nanti orang kata aku ni makan gaji buta......walaupun sebenarnya kerja aku tak pernah pun tak siap!!! Kalau mulut tempayan senang la nak tutup, mulut manusia ni tuhan je la yang tahu..... kepada sesiapa yang terumpat atau memang sengaja mengumpat dan mengata aku, baik lah korang cepat2 insaf.

Banyak citer sebenarnya yang aku nak share kat sini, tapi keadaan dan masa tak berapa mengizinkan. Kena tunggu betul2 free baru boleh buat n3. Lately aku sempat singgah kat blog sorang dua jer, yang lain tak sempat. Nak tinggal komen pun tak sempat jugak. Korang jangan kecik hati, nanti aku free aku singgah lagi. Kepada yang sudi singgah kat blog aku nih, walaupun tanpa n3 baru, terima kasih banyak2.

Nak jimat masa punya citer, aku jawab tag jer lah kali nih. Tag dari eryn ngan ma. hahhaha..... punya lah lama aku simpan tag ni, sampai 2 kali kena tag, baru leh jawab. sorry yerk......

Anda perlu printscreen wallpaper/background desktop anda yang tengah guna sekarang. Jangan tipu2 tau....

Ini bukan tipu okeh. Betul punya. Kalau orang lain printscreen, aku punya kasik kelainan ckit. Siap ambik gambar tuuuu. Pasal aku buta it, tak reti nak printscreen. kahkahkah!!!! gelaklah kalau korang nak gelak, aiman tak kisahhhh. Janji hutang tag aku langsai. Erynn ngan Ma, korang leh terima kan???? kalau korang berdua tak leh terima, ajar aku nak printscreen kat komen n3 nanti k. Ni wallpaper pc aku kat opis, kalau kat rumah takde la gambar gini. Hubby aku letak gambar faveret dua jerk. Gambar faveret aku dia reject.

Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda itu...
Kenapa aku suka wallpaper ni..... pasal aku suka tengok anak dara aku yang happy bila dapat jumpa dan bergurau ngan pooh dia. Bila anak aku happy, aku pun happy sekali la.... bila aku penat buat kerja, aku pandang kat dekstop tu. Satu terapi minda yang sangat berkesan pada aku. Penat dan sakit kepala automatik hilang. Ada majik orang cakap. Kalau rindu dan tetiba teringat kat dia, aku singgah jer kat dekstop tu, pandang-pandang dan renung-renung gambar dia. Pasal tu jugak aku belum tukar lagi wallpaper ni walaupun dah dekat 2 bulan pakai.

Tag 10 people... 10 penama yang dipamerkan di sini... sila jawab, okeh...
Taknak tag sapa2 kali ni, sebab aku ngajuk pasal korang malas buat homework. Kepada yang rajin dan takde kerja, dengan sukacitanya dipersilakan. Tiada sebarang paksaan okey. Dahhhhhhh.....

Khamis, 9 April 2009

TAG DARI NONIE

Dua hari berturut-turut jawab tag. Macam takde kerja lain dah..... hutang kena la langsaikan, kang berdosa plak. Layaaaaanz jangan tak layaaaanz. Nonie aku jawab nih.

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog aku ni Mama Danish & Sarah. Aku pilih nama ni sbb akulah mama kepada putera puteri itu. Anak-anak permata hatiku.

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://mama-danishsarah.blogspot.com/. Memandangkan aku kering idea nak namakan blog aku ngan nama apa, aku gabungkan je la nama anak-anak aku tu.

3. Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Takde sebarang method yang digunakan. Semuanya main hentam keromo.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? sebabnya?
Oh tidakkkkk. Aku dah jatuh cinta ngan blog nih sbbnya ni dah macam diary aku.Diari yang semua orang leh baca. Lagik satu kan ni la tempat aku kenal korang semua.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Aku suka baca blog nonie part perbualan dia ngan anak2 dia. Mama bijak bersama ngan anak2 yang bijak jugaaaa. Nonie pandai explain kat anak2 dia yang suka bagi soklan cepumas. Aku boleh la pinjam idea dia, kalau anak aku tanya soklan yg sama. Bukan senang nak layan bebudak yg serba nak tahu ni.

6. Senaraikan 5 orang yang akan anda tag?

- Pertama: Eryn yg rock sbb dia dah rockkan kepala otak aku. Pening sampai sekarang tak ilang.
- Kedua: Ciklinn yg belum pernah kena ngan aku.
- Ketiga: Puan Hanis sbb dialah follower pertama aku.
- Keeempat: Azie meh wak homework skali
- Kelima dan terakhir: Viruspadu, kalau rajin buatlah.

Rabu, 8 April 2009

ERYN, NAPE TAG AKU?



SEBELUM AKU JAWAB TAG KO AKU NAK AMBIK AWARD NI DULU..... MEKACIH SBB KO LAH ORG PERTAMA YANG BAIK HATI BAGI ANUGERAH NI KAT AKU. SORRY LA AKU AMBIK MASA YG AGAK LAMA NAK SELESAIKAN HUTANG NI..

APA NAMA PENUH ANDA?
NAK TAHU GAK KE NAMA PENUH AKU NI? AKU TRANSLATE NAMA AKU KE BAHASA MELAYU, NANTI KO CARI DALAM BAHAWA ARAB, NAMA AKU APA? BUAT KIJE CKIT, JANGAN MALASSSS..
NAMAKU: "CAHAYA MATAKU BINTI KHANI"

NAMA APA YANG ANDA HARAP ITU NAMA ANDA?
AKU SUKA NGAN NAMA AKU SKRG. TAK PERNAH MENGHARAP DAN MENGIDAM NAMA LAIN SELAIN NAMA NIH.

POST 4 PICTURES KORANG YANG EKSKLUSIF YG XDE SAPE TENGOK LAGI..
GAMBAR AKU TAKDAK YANG EKSKLUSIF, GAMBAR BUDAK KECIK NI KIRA BOLEH LA YA.

BUDAK KECIK PANTANG JUMPA KAIN, DIA START MAIN BA BA CAK

BA BA CAK ..... LA AUNTIE ERYN RUPANYA..

TRAINING CAMNE NAK PAKAI SELUAR KECIK.

KENA DERA NGAN ORANG UTAN

APA KENANGAN PALING BERMAKNA DALAM JIWA RAGA ANDA?
SAAT BERGELAR TUNANGAN ORANG, SAAT BERGELAR ISTERI ORANG, SAAT BERGELAR MAMA ORANG, SAAAATTTTTT.....BERAPA BANYAK SAAT DA......

APA PRINSIP HIDUP ANDA?
AKU ADALAH AKU, SUKA HATI KORANG LA APA KORANG NAK CAKAP. AKU TAK KISAH.

APA PERANGAI ANDA YANG PALING BURUK?
NANTI AKU TANYA KENGKAWAN AKU APA PERANGAI BURUK AKU, SBB AKU TAK RETI NAK NILAI DIRI AKU SENDIRI. YG AKU TAHU.....KALAU AKU PENAT MULALAH AKU HANGIN SATU DUNIA. BURUK KE PERANGAI CAM GITU?

TULIS DIA ATAS SEKEPING KERTAS N POSTKAN JUGA.
ERYN, KO BIAR BETUL NAK AKU POS NI. KOT IYA PUN, KASIK LA ALAMAT AWAL2. SEKARANG TAK BLEH DAH, CLOSING DATE DAH LEPAS.

TAGKAN 10 ORANG KENALAN ANDA
NI LAH PERKARA PALING SUSAH AKU NAK BUAT. AKU BARU JE KAT DUNIA BLOG NI, KAWAN2 PUN ENTAH BERAPA KERAT JER..... TOLONG LER AKU ERYNN.....KEPADA YG KENA TAG NGAN AKU, JANGAN MARAH KAT AKU, KORANG PI MARAH KAT ERYN K.....

1. KAK IZAWANI
2. ZANA
3. NONIE
4. INDAH FRB
5. KAK LUNA
6. KV
7. KAK ATIE
8. AMEEN
9. HANIS
10.SEPHIA

JANGAN MARE.... NANTI LEKAS TUAAAAA
Related Posts with Thumbnails