Memaparkan catatan dengan label Masak-masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak-masak. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2011

Peminat Cheese Cake..... Rugi Kalau Tak Cuba nie!!!


Aku dah buat kek ni sebanyak 2 kali. Memang tak pernah mengecewakan walaupun kali ke-2 semalam aku derhaka tokok tambah sikit pada resepi asalnya. 

Rasanya sangat sedapppp dan gerenti tak muak. Sekali geget rasa macam kapas, masuk dalam mulut macam telan buih pun adaaaaa. Punya le gebu gebas tekstur dia... 

Actually kek ni kalau nak beli kat kedai, takde 50 henggit kat tangan, main jeling2 pandang2 jer la kita. Ahad lepas aku terpandang kek ni kat kedai bakery, depa juai 48 henggit sebijik. Fuhhhhh, nasib baik aku dah tau buat, kalau tak menabung dulu la baru boleh beli.....hehe

Takmo citer panjang lebar, pada yang memang pencinta kek keju moh ler cuba resepi ni. Ai gerenti U takkan kuciwa punyaaaaa, nangessss ada la nanti sebab U akan rasa bangga U boleh hasilkan kek sesedappp ini.....



4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. Koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. Masak dgn api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter, tutup api.

2. Asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. Masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. Sekiranya berketul boleh di tapis. Kemudian masukkan adunan meringue tadi. Kaup dan sebatikan adunan.

4. Lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Selamat mencuba....

p/s: thank you soooo much pada Pn. RMS yang tak lokek ilmu berkongsi resepi ini.  

Ahad, 14 Jun 2009

BUBUR JAGUNG

First time aku nak wat entry masak-masak. Aku ada niat jahat sebenornya.... ya Allah Kau ampunkanlah aku......Saje nak buat air liur adik aku kat Arab Saudi tu meleleh bila tengok entry aku neh....Achik, kat Arab Saudi ada ke bubur jagung cam gini? Sila telan air liur kalau terliur ehhh!!!! Sapa suruh ko gi lama-lama??? Bosan aku tak dok geng nak ngobro-ngobro....

Semalam vitamin "R" aku cam terlebih jerk. Apalagi aku buat la aktiviti memasak bubur jagung. Cian tengok jagung yang aku beli ari tuh, sampai naik kuning dah kulit dia.......Tuan dia reti beli jer, masak malaih. Aku benornya ngajuk ngan jagung nih. Asalnya kirim kat adik ipar aku  belikan jagung hybrid, tapi dia gi beli jagung kampung. Mana la sedap kalau rebus, dah la takde rasa apa, pastu isi dia bila makan macam hampas kelapa. Tak reti aku nak explain camne. Kekdahnya nak kasi feel sikit bila makan jagung ni kan, aku masak la dia jadik bubur........Sungguhhhh sodapppppppp..... 

Nampak tak kulit jagung yang dah kuning tu??? Kalau tengok kulit dia, memang takde selera nak makan kan??? Tambah tak berselera bila tengok isi dia yang dah kecut dan mcm gigi rongak tu.......

Tetiba plak rasa cam sedap bila tengok jagung yang aku dah hiris ni. Punya beria aku hiris, sampai atas muka Danish jagung ni terbang...... Sapa suruh menyibuk ngan mama kat dapur?? Yg aku tak tahan nak gelak tu, bila Danish ni tanya aku "Nape mama asyik duk ambik gambar jagung ni??". Hahaha...... "Mama nak tunjuk kat Achik, sbb kat tempat Achik takdok jagung". Bantai aku jawab, bukan dia tahu pun kalau aku tipu. Entah-entah kat tempat Achik tu ada jagung lagik besar dan best dr jagung mama ni. 

Sesambil tunggu jagung ni empuk, aku layan internet...... terjah mana-mana blog kengkawan yang sempat. Sambil tu jugak, hidung aku kembang kempis duk hidu aroma jagung yang tengah menggelegak kat dapur....... tak sabarnya tunggu bubur ni masak..... 

Tu dia, yang ditunggu-tunggu...... dah ready tuk kami makan. Perasminya udah tentu anak teruna ku itewww. "Sedappp ahhhh mama". "Puji ikhlas ke sesaje nak ambik hati mama tu". Part yang paling aku suka bila makan bubur jagung ni, pastinya saat melayan telur-telur katak yang memutih kat dlm pinggan tu??? Syokkk sungguh....... jangan la nanti ada plak telur2 ni yang menetas kat dalam perut aku sudah.......... 

Related Posts with Thumbnails