Jumaat, 3 September 2010

Pencarian Malam Lailatul Qadar

Salam pagi Jumaat yang indah,

Sekadar perkongsian dan panduan untuk kita semua......

Pesan junjungan besar  NABI MUHAMMAD S.A.W. (selawat dan salam keatas baginda) adalah malam Qadar berlaku pada suatu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari malam LAILATUL QADAR 

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

 credits to here
 
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 8 hb September 2010. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Credits untuk ainnoraini. Thank you.  

6 comments:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga kita dapat bertemu denganNYA..

Unknown berkata...

mudah2an kite lebih berusaha untuknyer...

Ena berkata...

Jom usaha mencarinya..

Mak Su berkata...

mari berusaha, dgn penuh keikhlasan

Softtouch [Hanim] berkata...

marilah kita berusaha untuk bertemu malam lailatul qadar..

Fieza79 berkata...

moga dpt bertemu dgn mlm tu...mudahan aminn..

thanks to sharing..!

Related Posts with Thumbnails