Hari ini jugak kembali semula ketuk-ketuk keyboard, buat senaman jari jemari, buat kerja ofis sikit-sikit, blogging manyak-manyak tapi satu entry pun belum muncul kanssss.....
Gitulah kalau sakan bercuti, bila nak mulakan balik rutin lama jenuh nak carik mood dan semangat. Dari tadi duk tarik nafas dan hembus, tarik dan hembuussss lagiii dan lagiiiii, satu kerja baru jalannnn.....
Ada sapa-sapa rindu aku tak??? Takde???? Uwaaaaaa..... Kalau ada yang rindu tapi segan nak ngaku tu, I tempek gambo ni just for U. Yang tak rindu sila tutup mata k......hehehe
'posing dulu sebelum keluar beraya'
Aku punya ghairah nak bercuti, sampai tak sempat nak ucap Selamat Hari Raya untuk korang semua. Jangan majukkk yerk, raya kan sebulannnn kira sempat lagi kan kan....
Dengan perasaan penuh bunga-bunga, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog MAMA-DANISHSARAH. Tak kira la yang setia ke, silent reader ke, skodeng jer ke, semuaaaa skali la ya. Ampun maaf dari kami sekeluarga andai ada tersilap kata, terkasar bicara. Sesungguhnya kami semua hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.....huhuhu....
A big thank you pada semua kengkawan yang hadiahkan e-card raya yang satu pun aku tak sempat ambik. Bukan ku tak sudi tapi kaluttt betul sebelum cuti raya hari tu. Tak sempat langsung nak update blog. Aku cuma sempat skodeng aktiviti korang jer...
Gambo raya lepas ni k..... aku nak sambung buat kerja dulu.



