Rabu, 2 Jun 2010

Menang Kontest Abang Eq

HIP HIP HOOOOREYYYYYYYYYYYY!!!

Jom nyanyi sama-sama

Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan,
Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan,
Kalau Rasa Gembira Beginilah Caranya,
Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan.........


Aku terlebih gembira dan suka sekaranggggggg...... 

Happynya sebab menang kontest kat blog Abang Eq. 

Dapat hadiah SAGUHATI pun, itu dah cukuppp bermaknaaaa........

Thanks Abang Eq..... Tahniah jugak untuk Ayu, Jaja'z dan Kniedaz. 

Meh tengok n3 kemenangan kat SINI.  

Saksikan Lagenda Budak Setan Di Pawagam Esok!!!



Di dunia, jarang sesebuah novel digarap baik menjadi sebuah filem. Jika ada, bilangannya terlalu minoriti. Namun itu tidak bermakna idea sutradara tidak boleh menandingi idea novelis, sebaliknya imaginasi pembaca telah membuat kebanyakan visual dalam fikiran tidak selari dengan apa yang diterjemahkan.

Bagi novelis Ahadiat Akashah, penantian 25 tahun untuk melihat naskhah ulungnya, Lagenda Budak Setan divisualkan berbaloi.

Lagenda Budak Setan secara harafiahnya berkisar tentang cinta kudus lelaki bernama Kasyah yang digelar 'setan' kerana kenakalannya di sekolah terhadap gadis bernama Ayu. Cinta mereka bagaimanapun berhadapan pelbagai dugaan sehingga Ayu berkahwin dengan Azmi dan kemudian kemalangan sehingga terpaksa menukar wajah. Kasyah masih setia meladeninya.

Kedengaran jalan ceritanya sebagai cinta yang 'memenatkan'. Namun apabila ia divisualkan, Ayu di tangan Lisa Surihani, Kasyah di tangan Farid Kamil dan Azmi di tangan Que Haidar bagai mempunyai roh tersendiri.

Jika bukan tiga anak seni ini yang membawakan tiga karakter penting naskhah ini, barangkali ia akan menjadi sebuah cinta melankolik yang cukup tipikal dan memualkan.

Selaku penerbit dan pengarah, Sharad Sharan telah melakukan pemilihan yang bijak. Secara total, filem yang bakal menyerang pawagam esok hari dengan tayangan perdananya ini begitu memuaskan.

Khalayak tidak akan dihidangkan dengan sebuah naskhah tipikal. Ya, ia sebuah kisah cinta yang begitu melankolik. Realistiknya terkadang lari dari landasan, namun bagi sesiapa yang membesar dengan membaca novel hebat Budak Setan, anda akan mengetahui apa yang divisualkan oleh Sharad dan produksinya sampai tepat kepada audiens. 

Sekurang-kurangnya 70 peratus filem ini divisualkan dengan baik berdasarkan novel setebal 500 muka surat ini.

Selaku teraju utama filem ini mengaku, membawa karakter Kasyah adalah satu tuntutan yang agak 'mengerikan' dirinya. Apatah lagi apabila mengenangkan Kasyah adalah karakter imaginasi banyak remaja lelaki - nakal dan pintar. Sementelah impak Kasyah dalam kehidupan pembaca novel ini cukup besar.

"Tapi Alhamdulillah, saya rasa saya telah membawakan karakter ini dengan baik. Saya akui, saya tidak pernah membawa novel ini sehingga saya dilamar untuk berlakon dalam filem ini."

"Kemudian saya baru mula membaca dan apabila mendapat skrip, saya tidak lagi mengikut aturan skrip dengan banyak. Sebaliknya saya merujuk kepada novel ini untuk mendalami Kasyah," katanya yang ditemui usai majlis pratonton filem tersebut baru-baru ini.

Menurut Farid yang menganggap pemilihan dia dan Lisa adalah pemilihan 'bijak' dan 'selamat' memandangkan mereka bukan pasangan asing di layar kaca mahu pun filem, sifat kudus dan pendamba setia Kasyah bukan cermin bagi diri seorang Farid Kamil.

Tersenyum dan beberapa kali mengangguk memahami soalan, kata Farid ringkas: "Saya tidak akan membuang masa menanti sesuatu perkara seperti ini (cinta)."

Sementara bagi Lisa Surihani yang menunjukkan prestasi lakonan memberangsangkan malah terlihat lebih berani dalam beberapa adegan romantis bersama Farid, terlibat dalam produksi ini adalah satu penghormatan baginya.

Sudah terbiasa berdamping dengan Farid, dia masih kekok untuk 'dipeluk cium' aktor tersebut. Namun sebagai seorang pelakon profesional, dia masih membataskan dirinya dalam hal-hal yang akan mengundang sensitiviti khalayak.

"Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan membawa watak Ayu dan terlibat dalam projek besar ini. Berlakon dengan Farid juga tidak memberi saya masalah memandangkan kami sudah biasa berganding bersama," katanya.

Ahadiat puas hati

Mahu melihat persepsi pemilik naskhah ini, Ahadiat Akashah secara keseluruhan berkata dia amat berpuas hati dengan kerja Sharad. Malah tanpa selindung, Ahadiat turut menyatakan penantian 25 tahunnya berbaloi.

"Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan Lagenda Budak Setan versi filem. Saya rasa saya tidak salah menyerahkan kepercayaan kepada Sharad untuk merealisasikannya dalam bentuk filem.

"Saya juga cukup berterima kasih dengan semua tenaga produksi dan barisan pelakon yang menjayakan filem ini," ujar Akashah yang tidak turun ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu menganggu kreativiti Sharad menyiapkan naskhahnya dalam bentuk filem.

Malah sewaktu ditanya tentang perbandingan filem saga romantik, Twillight dengan Lagenda Budak Setan, Ahadiat pantas menjawab: "Saya rasa Lagenda Budak Setan lebih hebat daripada saga Twillight. Saya fikir, inilah saga cinta yang boleh dijadikan kisah terbaik di Malaysia, Insya-Allah," kata Ahadiat penuh gembira.

Bagi Sharad yang sebelum ini mempunyai portfolio sebagai pengarah yang dikenali mempunyai sulaman Bollywood, dia memandang Lagenda Budak Setan sebagai naskhah wajib divisualkan kerana impaknya dalam dunia penulisan.

Walaupun tidak mengetahui kisah novel ini sebelum ini, dia mengambil risiko untuk mengadaptasi novel ini dalam sebuah filem dengan baik.

"Saya melihat nilai di dalam novel ini baik kalau diterjemahkan dalam sebuah filem. Selepas berbincang dengan Ahadiat dan memilih pelakon, walaupun pada mulanya saya agak berdebar untuk mengarahkannya, tapi apabila kami memulakan produksi, kerjasama semua pihak telah membuatkan filem ini sukses," katanya tentang filem dengan bajet RM1.6 juta ini.

Respons tuan blog: 

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Nak tengok!!!!!! Bila la panggung wayang kat Mesra Mall ni nak bukak????. Please la...... jenuh ler aku duk tunggu DVD citer ni keluar kat pasaran....huhuhu....... Mencikkkk!!

Lagi satu kan, ada tak sesiapa yang baik hati nak pinjamkan aku novel Lagenda Budak Setan ni. Bukan takmo beli, tapi dah skodeng nan adooooo....  

Aku..... 20 Tahun Akan Datang


Tua ke??? Muahaha....... tua la jugak kan. Sekali pandang, kalau rupa gaya gini, muda lagi mak aku skang neh.....

Papepun, muka jer yang nampak kecut, tapi hati dan jiwa ni fresh n white terasa muda belia lagikkk..... hahaha....

Lepas ni aku nak gi borong tomato banyak-banyak. Nak kunyah hari-hari supaya kulit aku tak makan usia. 

Mau ikut??? JOM!!!!

Selasa, 1 Jun 2010

Kerinting atau Lurus?? Mana Satu Korang Suka?

Hari ni nak sembang pasal rambut. Setiap wanita pasti mengambil berat soal rambut kerana rambut adalah mahkota mereka. Sekiranya lelaki bangga bila botak atau takde rambut, wanita pula adalah sebaliknya. Keyakinan diri boleh jatuh hanya kerana rambut. Tak heran la kalau wanita sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata ingin mendapatkan rambut yang cantik.

Zaman kanak-kanak dulu, aku selalu idamkan memiliki rambut yang lurus dan panjang. Kenapa?? Rambut lurus menampakkan kita lebih kemas dan cantik. Bila berambut kerinting atau ikal mayang mengurai, kita nampak berserabai.......hahaha...... cetek giler pemikiran aku pada waktu tue. Kalau tak nak berserabai, ikat dan dandan la cantik-cantik kan.... Apa susah!!! 

Dengan kecanggihan teknologi sekarang nie, rambut anugerah Ilahi dan boleh diubah rupanya. Yang tak suka lurus, kerintingkan ajer, tak suka panjang, potongkan ia, dan kalau tak suka hitam, warnakan sesedap rasa. Dalam banyak-banyak kaedah nie, satu jer yang pernah aku cuba. POTONG!!! Itupun sebab nakkan keselesaan dan supaya senang nak jaga. 

Lain pulak halnya dengan anak dara aku yang sorang nie. Sejak dari lahir, rambutnya halus dan lurus.  

 4 hari selepas dilahirkan

 di usia setahun

 Tapi dari hari ke hari semakin kerinting dan kerinting..... Buktinya sekarang ini


 Semuanya gara-gara mama yang rajin sapukan minyak kat rambut sarah. Tak sangka pulak rambut sarah boleh jadik camni. Cantik kan kan......hehehe..... 

Related Posts with Thumbnails