Tajuk Novel: Aku Cinta Dia
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd.
Terbitan: 2009
Pengarang: Sharifah Abu Salem
Mukasurat: 499 m/s
Sinopsis: Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.
Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah MP3 dan Al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasulnya-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia.
Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.
******************************************************
Aku beli novel ni pada penghujung tahun (27 dec 2009) hari tu. Kononnya sebagai stok bahan bacaan untuk bulan januari 2010. Ingat nak mulakan bacaan hari nie, tapi sayang masih belum punya masa.
Menariknya tentang novel nie, di hujung cerita penulis hadiahkan satu Segmen Ilmu yang mengajak kita berkongsi pengetahuan mengenai kedudukan anak tidak sah taraf dari kacamata islam. Aku terbaca segmen ilmu ni dulu sebelum khatam baca perjalanan cerita....hehehe. Alhamdulillah dapat juga menambah ilmu di dada...


