Selasa, 5 Januari 2010

AKU CINTA DIA

Tajuk Novel: Aku Cinta Dia

Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Terbitan: 2009

Pengarang: Sharifah Abu Salem

Mukasurat: 499 m/s

Sinopsis: Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya Datuk Safuan mendesak agar kandungan  itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah MP3 dan Al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasulnya-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. 

Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.


******************************************************

Aku beli novel ni pada penghujung tahun (27 dec 2009) hari tu. Kononnya sebagai stok bahan bacaan untuk bulan januari 2010. Ingat nak mulakan bacaan hari nie, tapi sayang masih belum punya masa.

Menariknya tentang novel nie, di hujung cerita penulis hadiahkan satu Segmen Ilmu yang mengajak kita berkongsi pengetahuan mengenai kedudukan anak tidak sah taraf dari kacamata islam. Aku terbaca segmen ilmu ni dulu sebelum khatam baca perjalanan cerita....hehehe. Alhamdulillah dapat juga menambah ilmu di dada...  

Isnin, 4 Januari 2010

MOTIVASI DIRI

HUJAN PANAS PASTI AKAN BERHENTI

DAN

MUNCULNYA PELANGI NAN INDAH

p/s: sekadar motivasi untuk diri sendiri 

Ahad, 3 Januari 2010

UPDATE-SARAH

Sedikit coretan berkenaan perkembangan sarah hari ni.... 

Pagi tadi mama tinggalkan sarah tanpa ditemani abang Danish. Abang dah tak boleh bersama sarah dah, sebab abang perlu sekolah. Hari ni kan sesi persekolahan di kawasan pantai timur bermula. Seperti biasa, dari dalam kereta lagi sarah serba tak kena, kejap nak ngan mama, kejap kang nak duduk atas riba abah plak...Sarah macam dah tau dah mama nak bawak dia gi mana.... huhuhu....

Dalam esak tangis tak nak mama tinggalkan, tangan tetap sarah hulur pada cikgu yang menanti. Yang buat mama tambah sedih, mulut sarah tak henti cakap "nak gi kat ibu..... nak gi kat ibu...". Tahan jer air mata mama dari mengalir..... sebelum cikgu-cikgu lain nampak mama nangis, baik mama beransur cepat-cepat.  

Menurut cikgu yang jaga sarah, hari ni sarah dah mula nak main dan bergaul ngan kawan-kawan. Syukurlah anak mama dah boleh adapt situasi baru ni sikit demi sikit... Gud Girl.. Mama yakin satu hari nanti sarah akan seronok berada kat sini.

'abang n adik'

'love each other'

 

ALMARIADEL - NEW YEAR GIVEAWAY

Kali nie berminat nak join giveaway dari AlmariAdel. Saje suka-suka, mana tau ada rezeki dapat hadiah misteri..... hehehe....

Syarat-syaratnya memang sonang ajer:-

1. Jadi follower AlmariAdel dan add AlmariAdel kat bloglist

2. Tempek banner giveaway kat sidebar

3. Buat satu entry mengenai giveaway ni yang bertitle, AlmariAdel - New Year Giveaway.

Jangan lupa letak pic kat atas tuh, OK~!!

4. Tinggalkan link entry pada bahagian comment entry ini.

5. Closing date : 20.1.2010

Apalagi mommies semua, jom la meriahkan giveaway AlmariAdel ni. Siapa tahu anda mungkin antara yang bertuah di luar sana. 

Related Posts with Thumbnails