Aku dah buat kek ni sebanyak 2 kali. Memang tak pernah mengecewakan walaupun kali ke-2 semalam aku derhaka tokok tambah sikit pada resepi asalnya.
Rasanya sangat sedapppp dan gerenti tak muak. Sekali geget rasa macam kapas, masuk dalam mulut macam telan buih pun adaaaaa. Punya le gebu gebas tekstur dia...
Actually kek ni kalau nak beli kat kedai, takde 50 henggit kat tangan, main jeling2 pandang2 jer la kita. Ahad lepas aku terpandang kek ni kat kedai bakery, depa juai 48 henggit sebijik. Fuhhhhh, nasib baik aku dah tau buat, kalau tak menabung dulu la baru boleh beli.....hehe
Takmo citer panjang lebar, pada yang memang pencinta kek keju moh ler cuba resepi ni. Ai gerenti U takkan kuciwa punyaaaaa, nangessss ada la nanti sebab U akan rasa bangga U boleh hasilkan kek sesedappp ini.....

4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam
Cara-caranya:
1. Koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. Masak dgn api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter, tutup api.
2. Asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).
3. Masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. Sekiranya berketul boleh di tapis. Kemudian masukkan adunan meringue tadi. Kaup dan sebatikan adunan.
4. Lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.
5. Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.
Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
Selamat mencuba....
p/s: thank you soooo much pada Pn. RMS yang tak lokek ilmu berkongsi resepi ini.