Isnin, 3 Januari 2011

2 Perkara Yang Mengujakan di Awal Tahun Baru 2011

Rindunya nak menulis dan meluah rasa di sini. Kesian blog aku terabai sekian lama. huhuhu.... Bukan tak teringin nak update, tapi rasa macam malass gitewww. Kalau dah malasss tak dapek la sesiapa nak nolong kan??

Apa cerita mama-danishsarah di tahun 2011???? Awal tahun baru kali ni aku sambut penuh debaran, keterujaaan dan persoalan!!! Macam2 perasaan bercampur baur tapi yang pasti tuan empunya diri tetap cool. 

Bercerita tentang 2 perkara sebagaimana tajuk kat atas sana nun, PERTAMA-TAMANYA mestilah berkaitan dengan anak bujang nan seorang yang dah mula bersekolah hari ni. Tipu kalau aku cakap aku tak risau, tak nerbes, tak takot dan tak yang seangkatan dengannyaaaa. Soal pergaulan mungkin tak menjadi masalah buat danish sebab dia dah bertahun di tadika, tapi kalau bab berbelanja kat kantin sekolah tu masalah sikit kot. Tak biasa pegang duit apatah lagi nak kira duit. Kalau gi kedai memang tak pernah bawak balik duit lebih. Dia memang suka belanja kawan2 dia sekali. Hopefully lepas ni dia lebih bijak menguruskan duit belanja sekolah yang mama bekalkan. Nak belanja kawan boleh aje, jangan sampai awak yang tak makan udah ler....hehe.

 
Lagi satu yang aku risaukan tentang danish, soal nak ke toilet sekolah. Since dia ni memang jenis penakut, makanya tak dapat la aku bayangkan keadaan dia bila rasa nak buang air nanti. Lupa pulak nak pesan tadi, pergi toilet siap2 waktu rehat, ajak kawan temankan. Dah la dia ni jenis yang kerap jugak nak buang air. Part nak bukak seluar satu hal jugak. Confirm terhegeh-hegeh nak longgarkan tali pinggang.....huhuhu. Jangan kencing dalam seluar udah ler danish, malu ngan kengkawan nanti.....

 'muka ceria habis, tapi bergenang air mata sebenarnya'

Korang pulak macam mana? Ada jugak yang satu geng dengan aku hantar anak ke darjah 1 hari ni kan? Apa cerita agaknya pagi tadi dengan karenah anak masing2? Jom la share kat sini......

p/s: Perkara KEDUA tu kita sambung lepas ni k. N3 ni terpanjang sudaaaaa. SURPRISE!!!!!! 

Selasa, 14 Disember 2010

Kerja bertangguh buruk padahnya...


Pernah tak kengkawan beli reload henfon yang gunakan sistem 'tembak' tu?

Alkisahnya pagi tadi aku singgah la kiosk surat khabar untuk reload henfon aku yang dah kering kredit tu. Salesgirl tu mintak la aku tuliskan no. phone sbb kat situ takde jual reload jenis card. Lepas dah bayar aku terus balik rumah coz aku assume dia aku terus top upkan henfon aku. Kebetulan pulak masa keluar beli top up tu, henfon aku tinggalkan dalam keta....

Tunggu punya tunggu sampai berejam-rejam, top up tak masuk2 jugak. Dalam hati aku cakap....adik manis ni mesti dah lupa. Bila en. is pergi balik ke kiosk tu, baru la top up aku masuk. Memang sah sah la terbakar telinga adik manis tu terkena laser mulut en. is.

Ingat tau adik manis, lain kali jangan buat lagi macam ni. Buatnya orang yang beli top up tu duduk jauh dari kiosk awak, tak ke niaya orang tu nak datang tuntut balik top up yang dia beli!! huhu....

Isnin, 13 Disember 2010

Mama kemaruk sudaaaa....


Kesian tak tengok sarah terlentok macam ni?....

Dah macam kanak2 terabai pun adoooo.... Dengan tak berseluarnya, anak sapa la ni??.....

Mama sarah tu asyik sibuk jer memanjang. Kat ofis sibuk, kat rumah lagi la buat-buat sibuk. Anak kecik terlena kat sofa pun sampai tak sedor.....huhu

Nasib baik la sarah tido tak lasak tau, kalau tak haruss tergolek kat atas lantai....

Nak tahu tak???? Mama sarah sekarang ni tengah kemaruk MEMBAKING!!! hahaha.....

Masa sarah terlena ni, mama sarah tengah sibuk masak kek cokelet moist untuk sarah.....


Saaayang mama....

 

Isnin, 6 Disember 2010

Bila nak surut neh???


Itu bukan air banjir kat depan rumah aku tau, tapi air banjir pinjam kat SINI....

Rumah aku masih lagi selamat dan selesa untuk didiami. Takde air banjir walau setitik pun, air hujan tahap sederhana dan terkawal tu ade la....

Apa point sebenarnya taruk tajuk SURUT kat atas tu erk????

Yang sebenar-benarnyaaaaaa, tugasan aku ni yang belum menampakkan tanda2 nak surut. Makanya kemunculan aku la yang akan terus SURUT dan SURUT nanti......hahaha

p/s: RINDUUUUUUUUUUUU pada kengkawan semuaaaaaaa.....hukhuk 
Related Posts with Thumbnails