Jumaat, 12 November 2010

Raja Farah Selamat Bernikah


Dengan sekali lafaz, Raja Farah sah bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qayyum Bin Dato' Zakaria pada jam 11 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Raja Aziz Raja Ngah bertempat di Tropika 2, Bukit Jelutong, Shah Alam dengan mas kahwin sebanyak RM888.

Moga2 lepas ni takde lagi la gossip panas tentang raja farah. Kita doakan rumahtangga mereka kekal bahagia hendaknya. 
  

Shamrin Fotograf meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

Sumber: Kosmo

p/s: teringat kenangan masa aku sekolah menengah dulu, driver bas sekolah aku suka betul pasang lagu kumpulan fotograf. Minat benar dia dengan suara shamrin agaknya....

p/s: al-fatihah untuk arwah. 

Khamis, 11 November 2010

Penengan Halimah Jongang...

Tak sia-sia aku terbukak cerita halimah jongang malam tadi. Aku dapat satu idea bernas untuk psikokan danish. Motif utama adalah seperti di bawah:
 

Tahun depan dah nak masuk darjah satu, tapi danish ni tak habis2 dengan habit dia suka kepoh hisap puting botol susu. Kalau nak tido mesti macam ni. Botol susu wajib kat mulut (even susu dah lama habis dia minum) pastu tangan mesti gentelkan bucu kain, bucu bantal atau pape ajer kat lobang hidung atau telinga. Nak kasi minum susu dalam cawan takmo pulak dia. 

Waktu danish tengah khusyuk tengok cerita halimah jongang malam tadi, aku cakap dengan dia macam ni....

"tau tak sbb apa gigi dia (halimah) jadik camtu?? Masa dia kecik2 dulu, dia macam abang jugak la. Suka hisap botol susu. Nak ke gigi abang jadi gitu??. Kekgi kawan2 panggil abang 'danish jongang'....." 

Danish diam sambil fikir apa yang aku cakap....

"Mama......danish takboh la hisap botol. Buang ar botol ni mama...."

Wahhhhh, berbunga-bunga hati mama dia ni dengor. Elok pun tido malam tadi dok kepoh botol susu. Kita tengok jer la nanti dia boleh bertahan ke idak. Lepas ni kena la cuba pujuk dia minum susu dalam cawan. 

hehehe..... 

Thank you Nuffnang

Sangat-sangat teruja dengan perkembangan akaun nuffnang aku lately. Alhamdulillah semakin banyak BE yang melekat dan terus melekat setiap hari. Now dah ada 10 BE yang sedang running. Macam tak percaya pun ada. hehehe.....




Thank you sooo much pada yang sudi membaca dan setia melayan celoteh merapu aku ni. Pada yang rajin blogwalking tapi tak baca pun n3 aku, kalian jugak aku hargai. 

A big thank you to mr. nuffy yang baik hati. Jangan segan2 nak kasi lagi dan lagi.....hehehe 

p/s: line internet dah jadi macam tenuk. sakitttt jiwa raga aku kalau berterusan macam neh!!!
Related Posts with Thumbnails