Selasa, 21 September 2010

Wajah-wajah Kesayangan Di Hari Raya.....

Memandangkan semalam ada yang berkecil hati wajahnya tak dimasukkan dalam n3, hari ni aku persembahkan semua sekali..... 


Are U Readyyyyyy!!!!!! Here we Gooooooooooooooooo............

 Ayahbonda terchenta.....

 Family adik pompuan aku yang no.1....

Yang ni adik pompuan aku no. 2. Suami dia jauh di perantauan sana nun (arab saudi). Hari raya pakat duk nangis depan lappy jer la. Nasib baek ada sky-pe. 

Yang ni pulak adik pompuan aku no. 3. Anak dia la si Fatin debek yang pandai posing tuh. Jangan memain dengan adik aku yang ini tau sebab dia ni kojernya polissss. Tembakkkk kangggg!!!

Ni lagi sorang gegirl dalam rumah kami. Adik pompuan aku yang no. 4 merangkap gegirl paling bongsu dalam keluarga. Masih anak dara muda belia.....hahaha (korang ada calonnnn ka??)

Satu-satunya adik lelaki yang aku ada dan paling bongsu dalam keluarga. Dia ni memang suka manjakan anak-anak buah pastuuuuu sakattt sampai anak buah nangis punnnn dia jugakkkkk. Bujang lagi ni tauuuu....

Dalam ramai-ramai ni sorang jer pict, yang takde. Siapa lagi kalau bukann abang aku yang merupakan abang sulung dalam keluarga walaupun dia sebenarnya abang kami yang no. 2. Abang sulung aku yang no. 1 sebenarnya telah menemui Penciptanya selepas seminggu melihat dunia.

Harapnya takde la yang berkecil hati lagi lepas ni. Kalau ghase nak interprem lebih2 bukak blog sendiri sorang satu k....... hahahaaaaaaaa   

Isnin, 20 September 2010

Raya!!! Raya!!! Raya!!!!

Sana sini bercerita pasal raya sampai semputtt nafas aku kejor n3 korang......hahaha. Seronok betulll tengok kemeriahan raya kawan-kawan semua. Serius cakap aku jelesssss banyakk sangattt sebab aku ada sikittt jer koleksi piccas raya. Rugiiiiii!!!!

Sebelum bukak cerita raya, nak kongsi sikit citer sebelum raya aku. Petang Selasa adik aku dah jemput kakak dia neh balik kampung. Kecohhhh betull dia bila mak tak buat sekut raya tahun ni. Sesedap rasa dia paksa rela kakak dia ni buat sekut raya. Siannn hubby aku kena tinggal dan terkontang kanting keseorangan kat rumah. Tu la, orang sibuk nak balik beraya dia tak habis-habis dengan kerja. Dah tanggungjawab katanya, nak wat camne????.....huhuhu. 

Malam raya pulak dua-dua anak aku demam raya. Kalau sarah dapat pakej demam batuk dan selesema, danish pulak demam n muntah. Danish ni kan, 2 hari sebelum raya dia dah raya dulu. Punya tak tahan godaaan tengok sekut raya mama dia yang asyik keluar masuk oven, dia pi ngap masuk mulut pulak. Sabo jer la mama dia ni tau!!! 

Sarah demam hingga raya ke-4. Berserabai jer dia di pagi raya dengan hingus meleleh....huhuhu'

Memandangkan hubby aku kerja pada hari raya, pagi syawal aku raya kat rumah mak aku dulu. Lepas jumaat hubby balik jer dari kerja baru la terkocoh-kocoh kami gi beraya rumah mil pulak. Tahun ni kat rumah mil meriahnya luar biasa sikit sebab semua adik beradik ada kecuali family abang ipar aku yang no. 2. Rugi besarrr aku datang lambat, tak dapat nak bergambar ramai2 coz masing2 dah tukar uniform dek kepanasan.....hehehe

Jommm tengok aksi raya yang sempat disnap....

Ahli keluarga yang tak pernah nak cukup korum. Family abang ngan adik aku belum sampai lagi waktu ni. Dorang berdua raya rumah mil dorang dulu. Pasangan masing-masing dari kampung sebelah jer, berlari pun boleh sampai. Adik pompuan bongsu aku pun takde dalam pict. ni sebab dia tukang ambik gambaq.

Kami bertiga di hari raya. Abah melaram baju raya kat ofis jer la, namapun kerja kan.... 

Awal pagi lagi danish dah bersiap nak solat sunat aidilfitri kat masjid. Kali ni terpaksa follow tok bak sebab abah kerja. Paling seronok bila dia dapat duit raya dari jemaah masjid... "mama....ustaz bagi danish duit raya".....hehehe... 

Siapa kata budak demam tak leh beraya??? Sarah totapppp ceria walaupun sok sek sok sek kontrol hingus dari keluar....hahaha

Mama with anak dara yang tak abih2 malu2 mioewwww.... 

Posing dengan abang danish pulakkkk....

Budak kecik yang chubby tu sepupu kami tauuu..... nama dia fatin. 

Kalau bab posing serahkan ajer kat fatin.....

Posing lagi dengan adik bongsu mama. Budak kecik baju oren tu sepupu kami e-chah. Siannnn dia tak dapat nak raya ngan abah dia sebab abah dia kerja kat arab saudi. 

Daaaaaaa...... 

Ahad, 19 September 2010

Yeayyyyy......yeaaaahhhhh, I'm Back!!!!

Hari ni aku kembali bekerja...... bokorjo lah kito sekuetnyo......

Hari ini jugak kembali semula ketuk-ketuk keyboard, buat senaman jari jemari, buat kerja ofis sikit-sikit, blogging manyak-manyak tapi satu entry pun belum muncul kanssss.....

Gitulah kalau sakan bercuti, bila nak mulakan balik rutin lama jenuh nak carik mood dan semangat. Dari tadi duk tarik nafas dan hembus, tarik dan hembuussss lagiii dan lagiiiii, satu kerja baru jalannnn.....

Ada sapa-sapa rindu aku tak??? Takde???? Uwaaaaaa..... Kalau ada yang rindu tapi segan nak ngaku tu, I tempek gambo ni just for U. Yang tak rindu sila tutup mata k......hehehe

 'posing dulu sebelum keluar beraya'

Aku punya ghairah nak bercuti, sampai tak sempat nak ucap Selamat Hari Raya untuk korang semua. Jangan majukkk yerk, raya kan sebulannnn kira sempat lagi kan kan....

Dengan perasaan penuh bunga-bunga, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog MAMA-DANISHSARAH. Tak kira la yang setia ke, silent reader ke, skodeng jer ke, semuaaaa skali la ya. Ampun maaf dari kami sekeluarga andai ada tersilap kata, terkasar bicara. Sesungguhnya kami semua hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.....huhuhu.... 

A big thank you pada semua kengkawan yang hadiahkan e-card raya yang satu pun aku tak sempat ambik. Bukan ku tak sudi tapi kaluttt betul sebelum cuti raya hari tu. Tak sempat langsung nak update blog. Aku cuma sempat skodeng aktiviti korang jer... 

Gambo raya lepas ni k..... aku nak sambung buat kerja dulu.  

Sabtu, 4 September 2010

Produk kecantikan merbahaya di pasaran, Hak kita di mana?

Apa agaknya perasaan korang bila korang tahu produk kecantikan yang korang pakai tu merbahaya? Ditarik balik dari pasaran?

Malam tadi aku dikejutkan dengan panggilan dari adik aku yang mengatakan produk kecantikan yang kami pakai didapati merbahaya!! Dia dapat tahu dari akhbar. Sepantas kilat aku bukan merto online untuk kepastian. 


credits to metro online

Memang ada berita mengenai produk merbahaya tersebut (sebagaimana di atas), tapi untuk mengesahkan produk tersebut betul-betul produk yang kami gunakan agak sukar. Gambar diblurkan manakala jenama produk dan pengeluarnya tidak dinyatakan. Kenapa agaknya segala identiti produk ni dirahsiakan, sedangkan kementerian kesihatan dah sahkan ia merbahaya untuk digunakan??? Dan kenapa jugak produk ni masih lagi berada dalam pasaran, kalau memang ianya merbahaya kepada pengguna???  

Untuk mengelakkan sebarang risiko, aku dah stop gunakan produk ni bermula malam tadi. Walaupun sedikit terkilan sebab baru minggu lepas aku beli stok baru (80 henggit melayang), nak tak nak terpaksa la redha. At least aku bersyukur, aku bukan pengguna tegar produk ni. Set pertama yang aku beli pertengahan tahun lepas, hujung bulan lepas baru habess pakai. Sepatutnya kalau betul-betul pakai, 2 bulan dah kena beli baru.

Now, aku pening nak pakai produk apa untuk muka. Dah la kulit muka aku ni jenis kering, tambah pulak hari-hari duk terperuk dalam air-con, lagi la kusut masalah dibuatnya.....huhuhu............... 

Berita penuh kat SINI.

p/s: setahu aku produk yang kami guna sekarang ni keluaran tempatan bukannya luar negara, tak sampai 5 tahun pun dalam pasaran. Makin konfius aku dibuatnya!!!  
Related Posts with Thumbnails