Jumaat, 3 September 2010

Pencarian Malam Lailatul Qadar

Salam pagi Jumaat yang indah,

Sekadar perkongsian dan panduan untuk kita semua......

Pesan junjungan besar  NABI MUHAMMAD S.A.W. (selawat dan salam keatas baginda) adalah malam Qadar berlaku pada suatu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari malam LAILATUL QADAR 

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

 credits to here
 
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 8 hb September 2010. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Credits untuk ainnoraini. Thank you.  

Khamis, 2 September 2010

Redeem Time..... Huggies Playtent

Sudaaaa tiba masanya untuk proses menebus hadiahhhhhh. Dari minggu lepas lagi, aku duk tangguh, akhirnya hari ni berjaya jugak mengepos.... 

Sebelum tu kena la pastikan points mencukupi ya kengkawan. Nak dapat manyak ni bertahun lamanya kumpul. Rugiiii betul sebab before this tak tau pun ada program redemption ni.......huhuhu  


Tak lama lagi dapat la banglo 2 bijik, sebijik untuk sarah dan sebijik lagi untuk sepupu sarah e-cah....


Saper nak kasi banglo free kans..... huggies jer baek hati tau.....

Nak beli banglo yang real tak mampu lagi neh, belasah jer la banglo menan ni dulu....

Lepas ni, anak dara mama jangan nak sepah2 kan menan kat rumah mama, sila sepahkan dalam banglo kamuuuu.......

Sendiri kemas yerk, mama dah tak koser dah nak tolong.....hehehe

Makan Sahur

Entah kenapa, lately dah makin hilang selera nak makan sahur......

Kalau awal-awal puasa dulu, setiap kali sahur makan nasi, sekarang ni ikutkan hati nak minum air kosong dengan makan kurma jer.....

Tapi tu la, kang ada pulak yang fengsannnnn sebelum berbuka. Aku ni dari kecik kalau puasa memang kebulurrrr punya. Sejak dah jadi bini orang ni baru ok sikit. Kalau tak ok pun kena buat ok jugak, kalau tak siapa yang nak masak.....hahaha.....

Nasib baik danish tak ikut macam aku. Walaupun sahur lebih kurang nasi langsung takmo, dia tetap menten bertenaga sampai ke petang. 

Ni kudapan sahur aku pagi tadi, benda lain tak lalu dah nak telan. 

credits to google

Boleh la dari tak bangun langsung macam orang tuuuuuuuuuuu..... dapat jugak pahala bersahur kan kan.... 

Rabu, 1 September 2010

Kampung Girl......

Sementara menunggu mood datang....

Layan jer la pict. anak dara ni.......hukhuk


Wajah yang menyimpan seribu rasa.....

Seribu rahsia.......


Entah apa la yang difikirkannyaaaaa....

Related Posts with Thumbnails