Sabtu lepas seawal jam 5 pagi kami bersiap untuk ke Kuala Terengganu. Destinasi yang dituju adalah Terengganu Equastrian Resort. Bukan nak gi menunggang kuda, tapi sebab Danish ada kejohanan teakwando kat sana. Buat pertama kalinya danish terlibat dengan kejohanan besar camni dan semestinya mama ngan abah sangat-sangat teruja.
Kejohanan ni sebenarnya berlangsung selama dua hari (6-7 Ogos), tapi kami cuma hadir untuk sesi kedua sahaja. Sesi pertama (6 Ogos) melibatkan pelajar sekolah menengah manakala pada sesi kedua (7 Ogos), kanak-kanak dari tadika dan sekolah rendah pula beraksi. Memang cukup meriah sekali memandangkan dalam satu masa 4 gelanggang pertarungan dibuka sekaligus.
'sebelum pertarungan bermula'
'sebahagian dari peserta kanak-kanak tadika'
'warm-up sikit'
'pose sebelum sesi taklimat'
'menunggu giliran dipakaikan protector badan dan kepala'
'pemakaian jaket dibantu oleh senior'
'topi ni penting untuk protect kepala'
'bersedia untuk bertarung'
'here we go!!'
'penyokong setia yang berpeluh kepanasan'
Keputusannyaaaaaaaaaaaaa........
Danish kalah dalam pertarungan tersebut. Dia sikit pun tak melawan bila ditendang bertubi-tubi. Untung lawan danish tu sebab dia boleh tendang sampai ke kepala danish. Mama pulak yang terlebih risau takut danish pengsan..... huhuhu.
Walaupun kalah mama tetap kasi danish hadiah. Penghargaan untuk danish sebab danish semakin berani. Ada peluang kita join lagi next next year.
'basikal yang jadi idaman danish sejak sekian lama'
p/s: selamat menyambut ramadhan buat semua.