Rabu, 11 Ogos 2010

Vote For Sarah - Gaya Adik Pa&Ma

Semalam mama sarah gatai tangan anto gambar sarah kat ruangan Gaya Adik Majalah Pa&Ma....

Bila mama bukak jer website tu hari ni, wahhhhhh gambar sarah dah keluaq dahhhh.....

Sukaaa la tue.....hehehe

Sudi la kiranya aunty-aunty dan kakak-kakak yang budiman sume vote untuk sarah ya....

Klik KAT SINI tauuuuu..... tadi gambar sarah ada kat page no. 1 dan paling atas sekali. Macam yang kat bawah ni. 


Sedey pulak tengok tarikh lahir sarah tue. Mama yang salah submit ke dorang yang salah publish erk?? Mesti mama yang terlepas pandang nie.....huhuhu 

Terima kasih banyak-banyak ya. Mmmmmmuahhhh!!!!! 

Ahlan Ya Ramadhan

 credits to google

Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan penuh berkat. Selamat menjalani ibadah puasa dari kami sekeluarga. Semoga ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ni, ramadhan lebih bermakna buat aku. Anak teruna nan seorang tu dah tunjukkan minat nak puasa. Gigih bangun sahur pagi tadi walaupun makan sikit jer. Nasib baik dia makan banyak kurma. Hopefully dapat la bertahan sampai maghrib. 

Untuk anak mama Danish, selamat belajar berpuasa. Ingat pesan mama, tak boleh makan dan minum atau masukkan apa sajer dalam mulut termasuk hisap botol susu kosong!! Batal pose danish nanti danish jugak yang rugi. 
  

Selasa, 10 Ogos 2010

Kejohanan Terbuka Teakwando

Sabtu lepas seawal jam 5 pagi kami bersiap untuk ke Kuala Terengganu. Destinasi yang dituju adalah Terengganu Equastrian Resort. Bukan nak gi menunggang kuda, tapi sebab Danish ada kejohanan teakwando kat sana. Buat pertama kalinya danish terlibat dengan kejohanan besar camni dan semestinya mama ngan abah sangat-sangat teruja.
 

Kejohanan ni sebenarnya berlangsung selama dua hari (6-7 Ogos), tapi kami cuma hadir untuk sesi kedua sahaja. Sesi pertama (6 Ogos) melibatkan pelajar sekolah menengah manakala pada sesi kedua (7 Ogos), kanak-kanak dari tadika dan sekolah rendah pula beraksi. Memang cukup meriah sekali memandangkan dalam satu masa 4 gelanggang pertarungan dibuka sekaligus. 

 'sebelum pertarungan bermula'

 'sebahagian dari peserta kanak-kanak tadika'

 'warm-up sikit'

 'pose sebelum sesi taklimat'

 'menunggu giliran dipakaikan protector badan dan kepala'

 'pemakaian jaket dibantu oleh senior'

 'topi ni penting untuk protect kepala'

 'bersedia untuk bertarung'

 'here we go!!'

 'penyokong setia yang berpeluh kepanasan'

Keputusannyaaaaaaaaaaaaa........

Danish kalah dalam pertarungan tersebut. Dia sikit pun tak melawan bila ditendang bertubi-tubi. Untung lawan danish tu sebab dia boleh tendang sampai ke kepala danish. Mama pulak yang terlebih risau takut danish pengsan..... huhuhu. 

Walaupun kalah mama tetap kasi danish hadiah. Penghargaan untuk danish sebab danish semakin berani. Ada peluang kita join lagi next next year.  

 'basikal yang jadi idaman danish sejak sekian lama'

p/s: selamat menyambut ramadhan buat semua.  

Ahad, 8 Ogos 2010

Lets Join Ducth Lady Mums Club Now!!!


Berita baik untuk parents yang menggunakan susu membesar Dutch Lady untuk anak masing-masing. Jom la sama-sama join Dutch Lady Mums Club. KLIK SINI. 

Setiap ahli Dutch Lady Mums Club yang berjaya mengumpul barcord/kerajang timah daripada pek/tin susu membesar Dutch Lady layak mendapat mata ganjaran serta menebus hadiah menarik dari Dutch Lady. Aku gerenti  kengkawan semua mesti suka dan teruja. Tak caya??? KLIK SINI.  

Ahli Dutch Lady Mums Club juga layak untuk menyertai Peraduan Dutch Lady Mums Club yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta PROTON EXORA. Setiap penyertaan yang ke-100 pula akan mendapat RM50 baucer membeli belah. 


Sekiranya kedua-dua hadiah diatas tidak ditakdirkan menjadi milik anda, jangan bersedih!!! Ini kerana setiap penyertaan layak yang diterima dalam tempoh peraduan akan menerima 2X mata ganjaran. Fuhhhhh berganda tu!!! 


Sempena bulan ramadhan, ahli Dutch Lady Mums Club juga berpeluang  memiliki hadiah diatas. Menarik dan memang dabommmm......

Cepat-cepatttttt join Dutch Lady Mums Club dan rebut peluang untuk mendapatkan hadiah di atas sekarang!!!

p/s: tiba-tiba aku jadik duta Ducth Lady tak berbayar....hehehe. Now aku jugak gigih isi borang kontest di atas. Rugi la tak join sebab aku already the members of this club. Anak-anak pun memang guna susu ni dari kecik sampai besor.   

Pict. adalah ehsan dari Dutch Lady. Thank you.  
Related Posts with Thumbnails