Khamis, 16 Julai 2009
KUALA LUMPUR....... AKU DATANG
Untungya datang KL kali ni, penginapan aku ditaja sepenuhnya oleh my sil. Skang ni aku menginap kat The Zon, Ampang. Alaaaaa...... apartment a.k.a hotel Datuk K ngan Datin Ct tu.... Punya la besar gedabak ruang dlm apartment neh, tapi kans, hampeh tull bilik ada dua jer...
Alang-alang aku dah ada kat sini, ada ke sesape nak jumpa ngan aku neh? Gila punya perasan kan? Macam la fofuler sangat...... hihihi...... idak ler gitewwww.... kalau aku tak koba, kang korang ckp aku dtg sini tak koba plak.
Misi aku hari ni adalah terjah KLCC. Nama pun dah menginap dkt area tu, mesti lah kena gi tempat tu dulu.... Hajat di hati nak masuk kat Aquaria. Nak tengok ikan2 besau bersenang lenang kat dlm tu...... Ntah berapa kali dah datang KLCC, tapi sekali pun tak pernah masuk lagi Aquaria tu.....
p/s: woiiiiiiii ikan...... tunggu aku datang yerk....
Rabu, 15 Julai 2009
TIPAH TERTIPU
Biasanya bila korang beli sesuatu barang, korang tengok tak packing dia. Maksud aku kuantiti dia ke, ingredient dia ke, tarikh luput ke....... selalunya kalau aku la kans, aku selidik dulu sume2 ni..... bukan apa tau, aku ni, kalau gi beli barang, kadang2 tu sampai ke kuantan sana nun. Kena la mengecek kan.... idak ker parah bila dah salah beli nanti, jauh lak nak gi nukornya....
Tapi tang selidik menyelidik ni takde la kat hubby aku tu. Dia kalau shopping mopping main bantai ambek dan letak jerk, pastu bayor.... Lagik satu kan, dia ni suka buat stok barang keperluan banyak2 kat rumah. Lagi la kalau rege barang tu murah..... ala....macam kes susu yg dak kecik tu takmo minum tu la...... konon nak untung, sekali bankrup terussss..... qiqiqi.....
Kali ni aku nak citer kes beli pampers lak..... dua bulan lepas hubby aku beli la stok huggies ni dalam 6 bungkus. Stok untuk tiga bulan katanya. Rege pun boleh tahan la murahnya......

Awal bulan lepas, hubby tambah lagi stok Huggies Sarah ni. Dia beli lagik 5 bungkus.... Rege nak kata murah tu idak ler juga. bese-bese jer......
Cuba korang tengok kat packing huggies tu betul2..... model tu dah bertukar kan???? Baby tok arab plak dorang ambik.... anak sapa la neh...... anak korang ke???
Yang aku nak citer sebenornya bukan pasal baby tu, tapiiiiiiiii...... kuantiti pampers tu..... Orang Yahudi ni dah kurangkan jadik 80 keping.... Kalau aku beli 5 bungkus, maknanya aku dah rugi 20 keping...... manyak tuuuuuuuuuuuu. Boleh guna utk seminggu tauuuuu..... (padan muka aku kans, sokong lagi yahudi tu...).
Skang ni kalau korang nak beli pampers hunggies ni, baek korang tgk dulu kuantiti dia. Mana la tahu, kot2 bernasib baek dapat stok huggies yang lama. Jimattttt la ckit kan.......
Selasa, 14 Julai 2009
IKAN PIRANA
Besornya ikan ni sebijik mcm spesis ikan pirana....
Dalam kete dia sibuk tanya aku "mama, ikan ni boleh goreng dok mama?"
Adoiyaaaa "mana boleh goreng Danish, ni kan ikan kertas..... tak boleh makan"
Kalau ikan ni boleh makan, untung la mama tak yah beli ikan lagi.
Mama suruh jer Danish produce ikan ni banyak-banyak.
Isnin, 13 Julai 2009
DIA TERISTIMEWA
Hari ni aku nak kenalkan kengkawan dengan seseorang.....
Seseorang yang sangat penting dan bermakna dalam hidup aku....
Seseorang yang banyak berjasa pada aku....
Seseorang yang kalau dia takde atau sakit buat aku mati kutu....
Seseorang yang tak pernah mengadu penat atau berkeluh kesah dengan aku....
Seseorang yang tak pernah merungut apa-apa pada aku....
Seseorang yang tak pernah jemu dan putus asa mendidik dan mengasuh puteriku.....
Seseorang yang sanggup korbankan kepentingan anak-anak sendiri demi anakku...
Dialah ibu dan mama buat anak kecil ku....
BU....
Terima kasih atas segalanya....
Terima kasih atas perhatian dan kasih sayang yang tak pernah putus buat anak mama Maisarah....
Jasa ibu akan mama kenang sampai bila-bila....
Semoga ibu bahagia selalu hendaknya...
IBU INSAN TERISTIMEWA....
Bu, mama mintak maaf sbb mama cilok foto ni dari blog ibu....
Saje mama nak kenalkan ibu dengan sahabat-sahabat mama kat luar sana...
Siapa tahu kalau suatu hari nanti sahabat mama juga akan bergelar sahabat ibu....
Buat kengkawan yang ingin mengenali siapa Ibu Sarah....
Klik di SINI yea

