Ahad, 12 Julai 2009

DUGAAN DATANG LAGI...

Tak sampai pun sehari aku nak happy2, sekali dugaan datang lagi. Alkisahnya petang jumaat hari tu tengah budak dua badik ni main, Sarah tetiba jer nangis. Memula aku buat bodoh jer la, sbb dia ni kan manjanya terlebey sikit. Bila dia nangis tak berhenti, aku pujuk2 dan ajak dia mandi. Diam la kejap. Time aku nak pakaikan baju dia, tetiba lak dia nangis lagi. Pekena ngan Sarah ni??? Aku takde buat pape pun, dia nangis jugakkk.....Belek punya belek, aku tengok jari tangan belah kanan dia bengkak.....Ropenya jari dia tersalah urat masa Danish cuba nak peluk dia. Hangin jugak aku ngan Danish sbb tak pandai main ngan adik..... tapi takkan aku nak salahkan dia. Bukannya dia sengaja pun.... benda dah jadi, kalau marah pun bukannya boleh putar balik kan???

Semalam tangan Sarah dah bengkak camni. Dia nak buat pape pun, tangan dia mesti duk ala-ala penari algogo gitew....... tangan mengerekot. Mungkin dengan cara tu boleh buat dia bertahan dari sakit. Bila tunjuk ngan mak aku, mak aku cakap sapu minyak ubat jer..... nanti tangan Maisarah akan baik sendiri. Hubby pun sependapat ngan mak aku. Malam tadi aku ajak hubby gi klinik utk dptkan nasihat doktor lak.... Alhamduillah, keadaan dia tak serius. Kalau dlm masa dua minggu lagi bengkak tu tak surut jugak, baru doktor suruh datang balik utk buat x-ray.

"Agogo"

Jumaat, 10 Julai 2009

AWARD DARI MYA_HANNY

Thanks to Mya yang sudi kasi aku award ni.... Akak suka sangat ngan bear yang cute ni. Comellllllll. Kalau anak dara akak nampak, dia mesti meroyan nak ambik.... budak tu pantang kalau nampak bear.

Doakan  akak menjadi ibu yang terbaik diantara yang terbaik di luar sana ya.  Bukan senang tauuuuu, banyak betul dugaan yang terpaksa ditempuhi.... semoga  usaha kita menjaga amanah Allah ini dipermudahkan olehNya. 

Buat semua kengkawan yang bergelar ibu,  jom share award ni sesama. Silalah ambil dah tampal kat blog memasing ya... 

Khamis, 9 Julai 2009

PENGUMUMAN

SUKANYA HATI AKU NAK UMUMKAN ANAK DARAKU NAN SEORANG ITU TELAH KEMBALI MENYUSU SEPERTI SEDIAKALA......

ALHAMDULILLAH..........

TERIMA KASIH BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER YANG TAK PUTUS-PUTUS MEMBERIKAN DORONGAN DAN KATA-KATA SEMANGAT UNTUK AKU YEAAA.

I LOVVVVEEEEEE U ALLLLLL VERYYYYYYY MUCHHHHHHHHH.

MMUAHHHHHHH.

Rabu, 8 Julai 2009

APA NAK DIKATO

Aku tak koje ari ni.... bukan sbb nak gi Cuti-Cuti Malaysia tapi terpaksa jaga si kecik pasal ibu dia tak sihat. Ibu dah domammmm dahhhh. Nasib la kans, Sarah tu bukan nak gi ngan orang yang dia tak kenal. Orang sentuh dia pun dia dah melalak, kalau orang ambik jawabnya melolong ngalahkan hantu polong ler..... Pernah gak ari tu aku tinggalkan kat nursery. Sampai jer kat office aku terus call nursery tanyakan pasal Sarah. Dia nangis dari mula aku tinggal tak berhenti-henti sampai tak keluar sore dah... sib baik gak hubby aku tak kerja ari tu. Pi la ambik balik si Sarah ni bwk datang kat office aku.... Haru biru mata hitamku tauuuuu..

Apa citer dah ya kes majuk dak kecik tu? Meh aku story mory in the morning glory.... buat penawar hati aku yang duka lara neh..... Suka tak suka korang layannnn je la. Keadaan masih lagi tak berubah. Malam tadi dia berjaya habiskan satu botol jer, itupun minum dlm kete... Aku kasi lagi waktu dia nak tido, dia dah start geleng-geleng. Setakat pagi ni, baru minum satu botol susu jugak.... angka yang sangat mengeciwakan hati aku. Aku pun try jugak kasi dia minum dalam botol air, 2-3 kali sedut pastu dia takmo. Aku akan usaha dan usaha lagi sampai dia jatuh cinta dan tangkap lentok ngan susu tuuuuuuu. Aku kan tabah dan kuat orangnya. "YES-YES-YES".

Ni la pic yg sempat aku capture pepagi tadik masa tengah breakfast. Fresh from my norkiah oven tauuu. Pic budak yg majuk takmo susuuuu sedang mamam rotiii. Sibbb baek dia tak majuk takmo makannn erk. Kalau dua-dua dia majukkk, mati oooooooo. Tata.....Titiii.....Tutuuuuuuuuu...


"saya mamam roti ngan lontong jer pagi ni"

"mata tak lepas pandang abah di sebelah"

"yummmy-yummmy"
Related Posts with Thumbnails