Khamis, 21 Mei 2009

MARI BELAJAR ABC

Memandangkan ibu Sarah bersemangat nak ajar Sarah ABC, aku belikan Sarah buku ni. Asalnya nak carikan blok ABC yang pakai cantum-cantum tu, tapi tak jumpa la pulak. Buku pun buku lah, janji Sarah sukeeee. Harap-harap lepas ni Sarah takde lah nak rampas buku abang Danish lagi. Cian kat abang, nak buat homework pun tak senang. 

Tengok tu..... berianya Sarah belek buku sampai bibir pun termuncung-muncung. Bila ibu sebut 'A', sarah cakap 'Air'. Mana idaknya, pergi mana-mana dia mintak air. Selagi orang tak kasi, selagi tu mulut dia tak berhenti sebut 'nyak air'. Untungnya ada buku ni, bila dia nangis, umpan jer ngan buku ni dia terus diam. Takde la dia meraung lama-lama. 

Bila baca buku ni, Sarah paling suka part yang ada gambar binatang. Sarah ni sebenarnya suka tengok kambing. Buat bunyi kambing pun dia pandai..... tiap kali mama nak pergi atau balik kerja, mata Sarah mesti melilau carik kambing lepak kat depan pagar rumah. Pastu siap wak bunyi 'berk....berk' lagik. Kengkonon panggil kambing ler tu......


Rabu, 20 Mei 2009

ERTI KAWAN

Aku sangat tertarik ngan email ni. Apa erti kawan pada anda? Apa kata aku gunakan e-mail ni untuk lihat carta aku kat nombor berapa. hahaha...... cam carta lagu erk!!! Kerja kengkawan senang jerk, letakkan jer komen kat n3 aku ni....... aku nak tengok berapa ramai kengkawan yang sayang kat aku. Kalau aku dapat kurang dari 10 respons aku stop blogging. qiqiqi..... aci ke????   

kata mak,

KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......


kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....


kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....


kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....


kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan, kawan makan kawan!!


kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........


kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....


kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......


kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!


dia tetap kawan....
tau tak sebab ape???

sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!! 

walaupun kita mempunyai kekasih, tapi
KAWAN tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
KAWAN tetap paling berharga.

Tinggalkan komen jika kamu anggap aku KAWAN selamanya,

Publishkan di blog kamu juga dan lihat berapa banyak KAWAN yg sayang kamu.

Selasa, 19 Mei 2009

AWARD DARI KENGKAWAN

AWARD KALI NI DARI PN. HANIS. LAMA SANGAT DAH AKU TERIMA, TAPI TERLUPA NAK BUAT N3. SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIIKUTI:

1) LETAKKAN LOGO AWARD DI BLOG ANDA

   - SAYA DAH LETAK DAH NI...... TERIMA KASIH YA HANIS.

2) ANUGERAHKAN AWARD INI KEPADA 10 BLOG YANG ANDA ANGGAP PALING BERINSPIRASI DAN SANGAT MESRA

- PENERIMA SETERUSNYA ADALAH KV, AINIE AZIZ, HONEYLANZ, KAKLUNA,  KAK ZAREDA, NONIE AZIZ, CIKLINN, KAK ATIE, UMMUMISHKAH DAN JUGA SEMUA PENGUNJUNG YANG BELUM DAPAT AWARD NI. SILA AMBIK YA.... JANGAN SEGAN-SEGAN TAU...... 

3) PASTIKAN ANDA NYATAKAN PENGHARGAAN ANDA MELALUI 'BACKLINK' BLOG YANG ANDA ANGGAP PALING BERINSPIRASI DAN SANGAT MESRA. 

- AMPUNNN, AKU TAK RETI NAK BUAT YG NI. SESAPE LEH TULUN AJAR??

4) INFORMASIKAN PENERIMA AWARD MENGENAI AWARD YANG MEREKA TERIMA DENGAN MENYATAKAN KOMEN DI BLOG MEREKA.

- KEJAP AGI AKU GI LETAK KOMEN

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

AWARD SETERUSNYA DARI ADIK AKAK YANG DAH JADIK PAKAR CHEF KAT DAPUQ SEKARANG NI. HAHAHA...... ADA KER CHEF DUK KAT LAM BILIK??? THANKS YA ERYNN. CANTEKKKK!!!!!

Ahad, 17 Mei 2009

TERIMA KASIH CIKGU........

Tarikh 16 Mei datang lagi. Hari yang sangat bermakna buat aku walaupun aku bukanlah seorang guru. Kepada semua insan bergelar pendidik di luar sana, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU. Semoga jasa dan pengorbanan kalian mendidik anak bangsa mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari yang maha Esa.

Buat guru2 yang pernah mendidik aku dari zaman tadika hingga ke menara gading, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU . TERIMA KASIH CIKGU kerana sabar dengan kerenah anak murid mu ini...

SELAMAT HARI GURU juga buat semua warga pendidik dan pengasuh di TADIKA/TASKA CEMERLANG AL-ABRAR yang telah bersusah payah mendidik dan menjaga puteraku Danish Ikwan.  Danish, please..... jangan nakal2 dan dengarlah cakap teacher...... 

Yang ni pulak, kad ngan hadiah yang aku belikan untuk Danish kasi kat teacher dia hari ni. Malam tadik aku suruh dia siapkan kad tu..... abaikan aja tulisan ngan color yang tak berapa nak lawa tu ya.... apa nak buat, budak baru nak belajar la katakan.......

Related Posts with Thumbnails