Khamis, 21 Mei 2009

MARI BELAJAR ABC

Memandangkan ibu Sarah bersemangat nak ajar Sarah ABC, aku belikan Sarah buku ni. Asalnya nak carikan blok ABC yang pakai cantum-cantum tu, tapi tak jumpa la pulak. Buku pun buku lah, janji Sarah sukeeee. Harap-harap lepas ni Sarah takde lah nak rampas buku abang Danish lagi. Cian kat abang, nak buat homework pun tak senang. 

Tengok tu..... berianya Sarah belek buku sampai bibir pun termuncung-muncung. Bila ibu sebut 'A', sarah cakap 'Air'. Mana idaknya, pergi mana-mana dia mintak air. Selagi orang tak kasi, selagi tu mulut dia tak berhenti sebut 'nyak air'. Untungnya ada buku ni, bila dia nangis, umpan jer ngan buku ni dia terus diam. Takde la dia meraung lama-lama. 

Bila baca buku ni, Sarah paling suka part yang ada gambar binatang. Sarah ni sebenarnya suka tengok kambing. Buat bunyi kambing pun dia pandai..... tiap kali mama nak pergi atau balik kerja, mata Sarah mesti melilau carik kambing lepak kat depan pagar rumah. Pastu siap wak bunyi 'berk....berk' lagik. Kengkonon panggil kambing ler tu......


10 comments:

honeylanz berkata...

ery pun ada satu buku kecik mcm gini. cuma bukan alphabet tp Toys

Mama Qaseh berkata...

Hehe so sweeett Sarah nie..
Qaseh pn sya li kan buku2 cmtue..
Lum pndai bca jnji dorg dpt tgk2 gmbar n knal wrna..
Memg bgus tuk pglihatan dorang sbnrnya..

sis_nita berkata...

wahhhh.. akak teruja ngan blog berwajah baru nehh.. aderr lelebahhhh.. maduuuu..!

mama idzareef berkata...

baguss sarah..rajin2 baca buku..jgn jd cam abg idzareef ni..24 hours main je... ;p

Mama-Danish & Sarah berkata...

honeylanz: ain ingat nak belikan lagi satu buku utk sarah. Yang ada gambar binatang jer.... mesti dia lagik ralit ngan buku tu nanti..

mama qaseh: setuju ngan sya.... elok kalau dari awal tanamkan minat suka membaca kat anak2 ni. walaupun dia tak reti nak baca.... yang penting dia respons dengan apa yang dia tengok...

Mama-Danish & Sarah berkata...

sis nita: hati2 kak, nanti kena geget susah....

mama idzareef: ain nak tunggu sarah ngajor abang dia membaca nanti..... adoiiiya....bila la danish nak kenal ngan semua huruf alphabet ni.

atie berkata...

Buku sarah tu cantiklah ain warna warni....esti suka sarah kan, dapat baca buku.....bagus2 kecik2 dah rajin...

KV berkata...

aku byk belikan dina buku2 cenggini kt kedai bundle. MMg dia excited ah.

Mama-Danish & Sarah berkata...

atie: sarah memang suka sangat ngan buku ni. nak kena beli lagi ni, sbb baru ada satu. itupun ain letak kat rumah ibu dia.

Mama-Danish & Sarah berkata...

kv: buku pun ada jual kat kedai bundle ke? aku tak pernah jumpa... untung ler kau dapat beli ngan harga yg lebih murah.

Related Posts with Thumbnails