Ahad, 17 Mei 2009

TERIMA KASIH CIKGU........

Tarikh 16 Mei datang lagi. Hari yang sangat bermakna buat aku walaupun aku bukanlah seorang guru. Kepada semua insan bergelar pendidik di luar sana, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU. Semoga jasa dan pengorbanan kalian mendidik anak bangsa mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari yang maha Esa.

Buat guru2 yang pernah mendidik aku dari zaman tadika hingga ke menara gading, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU . TERIMA KASIH CIKGU kerana sabar dengan kerenah anak murid mu ini...

SELAMAT HARI GURU juga buat semua warga pendidik dan pengasuh di TADIKA/TASKA CEMERLANG AL-ABRAR yang telah bersusah payah mendidik dan menjaga puteraku Danish Ikwan.  Danish, please..... jangan nakal2 dan dengarlah cakap teacher...... 

Yang ni pulak, kad ngan hadiah yang aku belikan untuk Danish kasi kat teacher dia hari ni. Malam tadik aku suruh dia siapkan kad tu..... abaikan aja tulisan ngan color yang tak berapa nak lawa tu ya.... apa nak buat, budak baru nak belajar la katakan.......

14 comments:

mama idzareef berkata...

hai..salam kenal jg..happy belated birthday to danish..

Ain berkata...

mama idzareef: terima kasih.... singgah la selalu ya...

Tanpa Nama berkata...

has pun ada belikan kad teachers day utk guru class ac..

MAMADANISH78 berkata...

pandainyer danish...
mamaD doakan jd budak yg pandai...:)

Zareda Norman berkata...

anak dara kak zar pun kalut buat kad untuk cikgunya.. penin.. kejap nak tampal kejap nak tulis.. huhuhu

zieha berkata...

heee..pandai dah danish menulis,,suka tgk lengok tulisan tu..:) teringat zieha pd zaman sekolah dulu mcm2 stail tulisan dibuatnya:)

Tanpa Nama berkata...

alahai sweetnye....kreatif danish....camni laa baru betul, cam lieya punye tak aci sebab lieya yg buat kan...anak2 tinggal bawak jek hi hihihihi....mesti cikgu danish terharu tu.....

Ciklinn berkata...

yerlah linn pun kalut gak buat kad utk teacher aliff.... cantiklah tulisan tu..yg penting boleh di baca.... hehheheh kreatif lak tu..

ainie aziz berkata...

sweetnya...pandai danish kenang jasa cikgu dia. gud boy!

kakLuna berkata...

untung cikgu zaman skrg..

Linda Latip berkata...

alahai thotfull nye mama danish nih..untung cikgu die :) thnks cikgu²!

Ain berkata...

honeylanz: kalau dulu takde can nak kasi cikgu kita card kan? mana la ada duit nak beli. so skrg ni, sekurang-kurangnya dpt gak kesempatan sediakan untuk cikgu anak-anak kita...

mamadanish78: danish ni kuat main kat sekolah....tchr dia cakap dia kurang cocentrate, pikir nak main jerk.

zareda norman: bagusnya budak skrg ya kak, cuba hadiahkan yg terbaik untuk orang yg mereka sayang.

Ain berkata...

zieha: tulisan danish tu kira elok sangat dah dari tulisan mama dia masa sekolah dulu. Hancusss......

lieyalatif: sebenarnya ain tulis kat kertas lain dulu, pastu suruh dia buat atas kad tchr dia. Kalau suruh dia buat semua sendiri, tak tau la jadi kad apa.... hihihi..

ciklinn: hooorey..... ciklinn dah kembali. setahun sekali kalut takpe kan ciklinn. ain fenin fikir nak carik adiah utk tchr dia.. kat sini tak banyak kedai yg jual sourvenier...

Ain berkata...

ainie aziz: pepagi dia dah excited nak gi skull, pasal nak bagi hadiah kat cikgu dia.

kakluna: lagik beruntung kalau anak2 murid tak melawan cakap cikgu kan???? ain sbnrnya kesian ngan nasib cikgu2 zaman skrg, pelajar2 dah makin kurang ajar dan tak hormat cikgu lagi. semoga Allah jauhkan anak2 kita dari berperangai seperti itu.....

linda latip: thanks u singgah cik linda .....I biasa2 je la. Ada rezeki kita jumpa k.

Related Posts with Thumbnails