Ahad, 17 Mei 2009

AKHIRNYA IA MILIKKU

Pagi semalam, suami aku bikin suprise.... dia kasi aku hadiah untuk Hari Ibu. Tak sempat lagik aku nak mintak, dia macam tau-tau dahhh. Hadiahnya sungguh la aku tak duga..... selama 6 tahun kami kahwin, kiranya memang aku tak pernah berangan nak dapat adiah cam gini. Sungguh la aku terharu.... Untuk cik abang sayang "THANK U SOOOOO MUCH". 


Khamis, 14 Mei 2009

MENGENDAP SIAPA TU??

Maisarah ni kan, pantang nampak orang masuk bilik, dia sibuk nak masuk sekali. Aku memang dah sedia maklum agenda dia bila dapat masuk. Pertama mesti nak panjat katil, walaupun lepas tak lepas, dia tetap gigih usaha. Kalau nasib dia baik, abang Danish tolong push dia naik.

Kedua, bila dah berjaya naik atas katil, dia buat scene berguling-guling plak macam dlm pilem hindustan tuuu.... ada hati nak jadik cam Rani Mukherjee gamoknya. Terlebih berguling karang jatuh katil baru dia tauuu.....

Ketiga, kalau dia tak dapat naik atas katil, dia buat agenda kemas mengemas.... tak dapat punggah pampers, dapat punggah seluar baju kat lemari abang dia dah kira syurgoooo. Part ni, mulalah mak rimau start engine nih ...... mana idaknya, penat kemas ni tak ilang lagik, dia dah tambah homework mama dia dah.... Gerammm aku ngan budak kecik neh!!! 

Last2 kan, pasal nak elakkan gadoh ngan budak kecik yang tak tau pape ni, tiap kali aku atau abah dia nak masuk bilik, kami kunci atau tutup pintu.... huhuhu...... cian kat dia kannnn... sapa suruh tak duduk diam..... ada jerk kerja nak dibuatnya....... 

"tok-tok-tok" bukak la pintuuuu. Ni lah gerak gayak budak kecik nyuruh  orang  kat dalam tu bukakkan pintu..... takde nak dilayannya aiihhhh..... 

Budak ni kan, dia memang tak kenal erti putus asa..... Dah ketuk2 tak nampak jalan, dia try intai-intai la pulak..... apa lah orang tu buat kat dalam agaknyaaaa......

Tengok tu, bukan main beria lagi dia......terbongkok-bongkok kat depan pintu bilik. Boleh nampak ke Sarah????

huhuhu.......dia dah start buat muka sedih dah..... mintak simpati orang kat luar tulun dia la tuuuu..... nangis la nape tak nangis?? Mesti orang tu buka pintu punyaaaa......

Akhirnya, dapat jugak budak kecik ni masuk dalam.... tak larat nak main lagik dah..... penat duk mengendap tadik.. masa untuk tidoooooo......

Selasa, 12 Mei 2009

BIRTHDAY PARTY KAT TADIKA

Petang semalam aku sempat sms teacher Danish, mintak dia ambilkan gambar Danish waktu potong kek. Sempat la kami membluetooh sementara nunggu hubby aku datang ambik. Kata teacher Danish, gambar gelap sikit la kak sebab masa potong kek tadi takde letrik. Nape la teacher tak nyalakan aje lilin kat birthday kek Danish tu.... harus terang lagik bersuluh giteww.... ni dia hasilnya bergambaq dalam gelap....... 

Birthday kek yang tak lawa

Potong jangan tak potong

Kengkawan yang sabar menanti

KAD UNTUK MAMA

Petang semalam aku dapat kad dari Danish. Khas untuk mama sempena ngan Hari Ibu. Sungguh aku terharu walaupun idea tu datang dari teacher dia. Kurang-kurangnya color ngan tulisan tu dia buat sendiri. Mama suka sangat aiiihhh. Thank you Danish...... tahun lepas pun Danish ada kasi kad tuk mama jugak kan?? Ada lagi mama simpan...... tak sempat nak belek2 fail semalam, pasal Maisarah tu membuas di tahap gaban. Takmo tidur sampai mama nak makan pun tak boleh. Pantang nampak mama masuk dapur, dia sibuk nak follow... hiksss

Pandangan Depan

Pandangan Belakang

Related Posts with Thumbnails